A.D Corporation,
Di pejabat Raiden,
Raiden menatap skrin komputer yang terpancar gambar Yanti di dalam Instagram.
Tok! Tok!
Raiden mengendahkan ketukan pintu lalu dibuka terus.
Lisabell berjalan mendekat lalu menolak komputer untuk melihat skrin.
"Rindu?" Lisabell menatap wajah Raiden.
"Semua dah terlambat nak rindu..." Raiden memblok akaun Yanti.
"Pasal pertunangan kita..."
"Lisa... aku tak nak cakap pasal ni buat sementara ni..." Raiden berdiri menghadap tingkap.
"Kau dengar dulu apa yang aku nak cakap..."
Raiden terdiam.
"Aku akan batalkan pertunangan kita..." Lisabell melihat Raiden yang masih dalam lamunannya.
"Pasal aku gugurkan anak tu... sebenarnya tu bukan anak kau..." Raiden menatap Lisabell.
"Aku cuma tidur dengan kau saja... tapi kita tak lakukan apa-apa pun... aku cuma nak kau jadi bapa dia sebab lelaki yang terlanjur dengan aku tu aku tak suka..." Muka Raiden berona merah dengan kemarahan.
"Siapa laki tu?" Raiden menyoal.
"Jeonghu... tapi Raiden... aku kesiankan kau, jadi aku gugurkan kandungan tu supaya kau tak tahu... tapi rahsia ni lama-lama boleh pecah juga..." Lisabell menatap Raiden yang terlihat kecewa.
"Kalau kau bagitau aku sekarang pun dah terlambat..." Raiden bersandar di meja.
"Kau tak perlu batalkan pertunangan kita..." Raiden menatap wajah Lisabell.
"Aku rasa kau tak terlambat lagi..." Lisabell memberi sekeping nota.
"Tak sangka dia dah boleh tulis bahasa Korea..." Lisabell tersenyum Raiden mengambilnya lalu membaca isian tersebut.
"Yanti?" Raiden berjalan keluar tiba-tiba Lisabell menahan.
"Dia kata jumpa dia kat situ pukul 9 malam ni... kalau lambat dia pergi..." Raiden mengangguk.
"Jangan terlalu tergesa-gesa... nanti kau juga yang terlepas... Masa aku jumpa dia pun mood dia tak elok..." Yanti melepaskan tahanan tangannya.
"By the way... dia cantik bila bertudung..." Lisabell memuji dan berlalu pergi.
Di taman permainan berdekatan dengan Apartment Louise,Raiden berlari ternampak susuk tubuh yang bertudung sedang memeluk dirinya.
"Yanti..." Raiden berlari dengan embangan air mata lalu memeluk tubuh Yanti secara tiba-tiba.
"Yanti... saya rindu awak... maafkan saya... saya cintakan awak..." Raiden memeluk erat tubuh itu tapi pelukannya dilonggarkan lalu terlepas.
Yanti membalik badannya menghadap Raiden.
"Raiden... mulai sekarang... awak jangan buat saya macam tu lagi... " Yanti mengeluarkan sampul surat lalu memberikan kepada Raiden.
"Laporan makamah syariah?" Raiden mengambil lalu membuka dan membaca.
'Pernikahan tidak sah antara Fath Raiden dan Ardina Yanti kerana Fath Raiden telah melakukan hal yang dikira keluar dari ajaran agama Islam maka, Raiden telah murtad dari agamanya'
Raiden terkejut.
"Saya bukan isteri awak sejak kita bernikah... jadi awak tak perlu nak menyintai saya..." Yanti berkata-kata.
"Bagaimana saya boleh menyintai orang yang boleh meninggalkan Allah... sebab orang itu juga akan meninggalkan saya... baik saya jangan bertepuk sebelah tangan." Yanti memberi ayat pedas sehinggakan Raiden menangis lalu menggenggam bahu Yanti dengan erat.
Yanti menempis.
"Awak dengan saya bukan muhrim... awak juga ajar saya jadi sesat... dan awak juga yang buat saya berdosa..." Yanti melihat Raiden yang menangis dihadapannya.
Yanti menahan air matanya dan berlalu pergi.
Tubuh Raiden rebah di lantai. Dia menangis sehingga seluruh tenaganya hilang. Jeritannya memeritkan hati Yanti yang beredar dari situ.
Raiden... tolong jangan maafkan saya... saya manusia tak berguna... jangan pernah maafkan saya...
___________
5 Mei 2020
YOU ARE READING
CINTA YANG KABUR
RomanceLights Cover From @Fafathia "CintaYang Seumpama kabus" 'Cinta akan hadir tanpa kita sangka dan kabur saat kita memerlukan' Deep Qoute from @Fafathia 💌💌💌 Cinta? Kasih Sayang? Aku sudah banyak mendengar bahawa cinta ini perlu mengorbankan segalany...