Di atas kapal terbang menuju Icheon, Seoul, Korea,
9 pagi,
Yanti melabuhkan punggungnya di kerusi yang ditetapkan atas tiket.
Yanti melihat sebelahnya mempunyai kerusi kosong dan bersebelahan karusi kosong itu (bersebelahan tingkap) mempunyai seorang wanita yang agak seksi tapi baginya sudah biasa.
Tiba-tiba Raiden melabuhkan punggungnya dikerusi bersebelahan gadis itu.
Yanti hanya memandang lalu mengeluarkan telefon untuk melihat status dan story rakannya.
10 minit kemudian,
Yanti menutup telefonnya selepas mendengar pengumuman dan memasukkan ke dalam beg lalu mengeluarkan sebuah buku dan pensil.
Kapal terbang sudah melalui langit menuju tanah Korea,
Yanti terasa loya lalu menutup mulutnya sambil melihat sekeliling supaya tidak diperasankan orang.
Yanti mengangkat tangannya untuk memanggil pramugari. Seorang pramugari dari Korea datang menyapa.
"You have mint?"
Pramugari itu berjalan ke kafeteria untuk mengambil gula-gula dingin kepada Yanti.
"Thank you..." Yanti mengambil gula-gula itu dan membuka plastiknya.
"Can I have two glass of wine?" Raiden meminta.
Yanti hampir tersedak gula-gula itu.
"Sure sir..." Pramugari itu menunduk hormat lalu mengambil apa yang dipesan Raiden.
"Fath... Fath..." Yanti memanggil Raiden yang berbual dengan gadis sebelahnya.
Raiden memandang Yanti dengan memek pelik.
"Dugu... aniya... who are you? Why you call me Fath? Who, Fath?" Raiden sedikit menyengih.
"Sir... this your wine... thank you..." Pramugari itu menunduk hormat lalu beredar.
"Enjoy yourself..." Raiden mengangkat gelas wine lalu meneguk sedikit.
Raiden kembali berbual dengan gadis bersebelahannya dengan gelak, tawa.
Yanti mula mual lalu melelapkan mata selepas mengeluarkan gula-gula.
Di Korea,
12:10 tengahari,
Di dalam perut kapal terbang,
Raiden mengejutkan Yanti yang nyenyak dibuai mimpi dengan kasar sehingga Yanti terasa sakit dibahagian lengan.
Yanti membuka mata terlihat hanya ada beberapa orang saja di kapal terbang lalu melihat Raiden berjalan keluar dari kapal terbang.
Di lobi Icheon International Airport,
Yanti berjalan mengheret beg bagasinya sambil menguap. skaf tebal dikeluarkan lalu melilit leher.
Dia mengeluarkan telefonnya dan nyalakan kuasa. Tiba-tiba Raiden menarik lengan Yanti ke tempat yang sedikit tersorok.
"Adudududu..." Yanti mengaung kesakitan.
"Kau tak payah nak menyanyi lagu Blackpink kat sini..." Raiden melepaskan genggamannya lalu mencari sesuatu di dalam beg.
"Ambik ni... tukar sim kad kau... kat sini tak boleh guna sim kad Malaysia... by the way... kau baliklah dulu..." Raiden mengeluarkan telefonnya lalu menaip.
Aku taulah... ingat aku ni bodoh sangatkah...
Yanti menatapnya penuh bengis.
"Aku dah hantar nombor rumah dengan password kat nombor tu... nanti ada driver datang ambik kau depan tu..." Raiden menunding jari di tempat menunggu kenderaan.
"Tukar cepat... nanti dia call kau... lagi satu bilik kau yang nombor dua..." Raiden meninggalkan Yanti lalu lesap dari kawasan itu.
_________________________
Dugu- Siapa
Aniya- bukan/tidak
__________
3 Mei 2020
YOU ARE READING
CINTA YANG KABUR
RomanceLights Cover From @Fafathia "CintaYang Seumpama kabus" 'Cinta akan hadir tanpa kita sangka dan kabur saat kita memerlukan' Deep Qoute from @Fafathia 💌💌💌 Cinta? Kasih Sayang? Aku sudah banyak mendengar bahawa cinta ini perlu mengorbankan segalany...