4

112 15 0
                                    

9 malam,

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

9 malam,

Di KLIA,

Raiden menuju ke mesin ATM untuk mengeluarkan sejumlah wang dari kad bank.

Matanya terbeliak lalu wajahnya bertukar bengis kerana akaunnya diblok.

"Bila nak pergi..." Tiba-tiba Firdaus datang menepuk bahu Raiden dengan tawa kecil.

"Hyung... Bagi kad kau... Aku nak naik flight ni..." Raiden meminta tapi dipalau.

"Kalau kau nak duit kau balik, balik rumah dan kahwin dengan perempuan tu..." Firdaus merampas kad di tangan Raiden.

"Aku taknak kahwin, tak nak lah!" Raiden menjerit sehingga membuatkan orang sekeliling memandang kearah mereka.

"Heol..." Firdaus bejalan pergi sambil mengendahkan Raiden.

"Hyung!!!"

Di Rumah Agam Tuan Aiden,

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Di Rumah Agam Tuan Aiden,

9:20 malam,

Firdaus membuka pintu rumah dan terlihat ibu bapanya sedang menunggu di ruang tamu.

"Mana budak tu..." Tuan Aiden menyoal melihat Firdaus yang keseorangan.

"Esok pagi-pagi buta Omma dengan Appa tengoklah..." Firdaus mendekat lalu menghulurkan tangan.

"Appa, Omma... Hyung nak masuk tidur dulu... Assalammualaikum..." Firdaus mengucup pipi Datin Aminah setelah bersalaman dengan ibu bapanya lalu mendaki tangga.

Pukul 3 pagi,

Tok! Tok!

Firdause membuka pintu lalu menghulurkan tuala bersih kepada Raiden.

"Pergi mandi kat bilik aku... " Raiden memasuki rumah itu lalu Firdaus menutup pintu.

"Kenapa pulak... bilik aku kan ada bilik mandi?" Raiden memberi semula tuala kepada Firdaus.

"Appa dah buat bilik kau jadi stor... tempat dia simpan barang lama..." Firdaus menggaru kepalanya dengan matanya baru bangun tidur.

"Ouh..."

"Dah kau pergi mandi aku buat makanan kat kau..." Firdaus menuju ke dapur untuk memasak.

15 minit kemudian,

Raiden melabuhkan punggungnya di kerusi sambil menggosok rambutnya yang basah.

Firdaus meletakkan lauk dan nasi kepada Raiden.

"Aku harap kau boleh makanlah lauk Malaysia ni..." Firdaus menuang air kosong kepada Raiden.

"Tak pa... aku dah lapar tak heranlah lauk apapun aku kebas..." Raiden mengambil sudu dan mencedok kari ikan yang panaskan dan sayur yang baru digoreng.

"So, kau setuju nak menikah dengan perempuan tu?" Firdaus menyoal selepas melabuhkan punggungnya.

Raiden mengangguk sambil mulutnya mengunyah.

"Cuma syaratnya, aku nak semua akaun aku unblok and kebebasan..." Raiden menyuap lagi nasi kedalam mulut.

"Bukan yang tu je kau akan dapat... A.D Corporation pun kau dapat..." Firdaus meneguk sedikit air dari gelas Raiden.

Raiden menggeleng lalu mengambil gelas di tangan Firdaus dan menelan air itu sehingga tinggal gelas kosong.

"Kau ambiklah jawatan tu... aku tak nak..." Raiden meratah baki sayur goreng di dalam pinggan.

"Ish... mana boleh... Appa tak bagi... Appa pun kata siapa kahwin dulu dapat pegang jawatan CEO tu... lagi pun takkan kau taknak, syarikat Appa tu terkenal dorh kat Asia ni..." Firdaus meyakinkan Raiden.

"Kau kahwin la cepat... kan senang... Kau pun tahu aku tak berminat kerja pejabat ni..." Raiden melihat anak mata Firdaus.

"Kau belum try... kalau kau dah try mesti nak pegang jawatan tu... Awek cun-cun" Firdaus memujuk Raiden.

"Awek aku on... tapi satu ja aku taknak ambil jawatan CEO tu... Jadi manager boleh kut..." Raiden meletakkan pinggan di singki.

"Okeylah kalau macam tu... Lagipun tempat manager tu tak dak lagi..." Firdaus tersenyum dan merapat dengan telinga Raiden.

"Awek-awek pun... kau ada bini oi..." Firdaus membisik lalu menaik tangga.

_________________________Heol- Whatever...
____________
30 April 2020
Edited - 3 Mei 2020

CINTA YANG KABURTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang