"Yanti... kau suka aku eak?" Raiden melihat anak mata Yanti.
Wajah Yanti berona merah lalu pipinya diusap perlahan dengan jari Raiden.
"Kenapa? Kau... malu?" Raiden melihat anak mata Yanti semula sambil tangannya menyentuh rambut Yanti.
"Ke...kenapa pulak aku nak malu?!" Yanti menempis tangan Raiden.
"Aku tak suka kau pun... jangan perasan" Yanti menjawab soalan pertama Raiden.
"Jangan ego Sayang... nanti menyesal..." Raiden menatap wajah Yanti.
Raiden mendekatkan kepalanya dileher kiri Yanti.
"Kalau kau tak suka aku... maka kau cintakan aku, takkah begitu?" Raiden berbisik.
Angin yang lembut meniup bangunan A.D Corporation.
"Sorry... aku kahwin dengan kau pun sebab kesian kat kau... bukan bermaksud aku berminat dengan kau... so takkan ada erti cinta dan ego dalam diri aku... lagi pun kalau aku cintakan kau sekalipun... mesti aku yang menyesal, bak orang katalah, bertepuk sebelah tangan..." Yanti menolak dada Raiden dengan lembut.
Mereka saling bertatapan.
"Sebab... ramai perempuan nak kat kau... kau tengok tu... betapa ramainya tengok kau dari luar tingkap dengan perasaan cemburu dan tak puas hati..."
Yanti memuncungkan mulutnya menunjuk ke arah pejabat terdapat beberapa orang sedang melihat mereka.
"Aku rasa nanti aku keluar mesti dipanggil penggodalah, perampaslah, perempuan murahlah... So, kalau kau sendiri tak mengaku tentang hubungan kita beberapa hari ni... jangan sesekali bersikap macam suami aku..."Kaki Yanti mula menapak tiba-tiba lengannya digenggam.
"Jalan terus... lintas jalan, belok kanan... depan tu ada kedai kasut..." Raiden membuka kasut sport hitam putihnya.
"Pakai ni dulu... nanti bagi kat aku balik..." Raiden membiarkan kasut itu lalu memasuki pejabat dan menutup langsir dari tingkap.
Yanti menunduk dan memasukkan kakinya kedalam ruang kasut. Jarinya menyimpul tali.
8:30 Malam.
Yanti berada di dalam pejabat sambil mengaturkan perjumpaan Raiden dengan syarikat saham kedua terbesar di Korea.
"Siap!!!" Yanti mengeliat.
Matanya melihat jam.
Ya Allah... aku tak balik lagi... dah lah aku tak tau alamat kat mana... Raiden tunggu tak?
Yanti membuka pintu pejabat. Kosong, hanya lampu dari bandar sahaja yang mencerahkan ruangan pejabat.
Yanti turun ke lobi syarikat lalu menelefon Raiden. Tiba-tiba dia ternampak susuk Raiden berada di luar pintu sambil tertidur di atas kerusi.
Dia tunggu aku?
Yanti memasukkan telefon semula ke dalam beg dan menuju kearah Raiden.
"Ehem..." Yanti berdehem, Raiden membuka matanya.
"Kau ingat aku ni bodyguard kau nak tunggu kau habis kerja?" Raiden menyimpulkan tangannya.
"Kau boleh jekan bagi alamat kat aku... nanti pandai-pandailah aku balik..." Yanti merengek.
"Jom... kita pergi makan dulu..." Raiden berdiri sambil tangannya menyelit kedalam poket.
"Hm?!... tak perlu... aku tak makan benda yang korang makan..." Yanti menggeleng.
"Walaupun aku minum arak tapi aku tak makan benda haram..." Tiba-tiba Raiden mengambil tangan Yanti dan menuju ke kereta.
Di Gerai Makan Flower,
Yanti menatap makanan yang berada di atas meja.
"Ni makanan kat Korea... dan semuanya halal kat restoran ni... aku boleh dikatakan coustomer tetaplah kat sini, so... jangan risau..." Raiden memberikan segumpal sayur yang membalut daging kepada Yanti.
Yanti mengambil tapi Raiden tidak bagi.
"Buka mulut..." Yanti membuka mulut lalu Raiden menyuap.
Yanti mengunyah.
"Sedapkan..." Raiden tersenyum lalu Yanti membalas senyumannya.
Apehal mamat ni... hari ni baik semacam je...
_________
5 Mei 2020
YOU ARE READING
CINTA YANG KABUR
RomanceLights Cover From @Fafathia "CintaYang Seumpama kabus" 'Cinta akan hadir tanpa kita sangka dan kabur saat kita memerlukan' Deep Qoute from @Fafathia 💌💌💌 Cinta? Kasih Sayang? Aku sudah banyak mendengar bahawa cinta ini perlu mengorbankan segalany...