Seminggu kemudian,
3:30 petang,
Rumah Agam Tuan Aiden,
"Aku terima nikahnya Ardina Yanti binti Mohd Alif dengan mas kahwin sebanyak RM30 ribu ringgit tunai dan sebentuk cincin permata..." Raiden melafazkan akadnya lalu orang disekeliling mengangguk sah lalu bacaan doa pengantin dibaca oleh tok kadi.
"Amin..." Seluruh ruang rumah itu mengaminkan kebahagian mereka.
Raiden curi-curi melihat Yanti yang sedang memujuk ibunya yang menangis.
"Mak... Yanti bukannya matipun... janganlah menangis..." Yanti membisik kepada ibunya yang menangis kegembiraan.
"Fath... kau duk tercegat apa kat sini... pergi kat bini kau... nah..." Dato Aiden memberi cincin permata kepada Raiden yang masih didalam kotak.
Raiden berdiri dan membetulkan kain sampinnya lalu melabuhkan punggungnya dihadapan Yanti yang menunduk.
Raiden membuka kotak cincin lalu mengambil sebentuk cincin permata dan mengangkat tangan Yanti yang lembut bak sutera.
Raiden menyarungkan cincin itu di jari manis Yanti lalu Yanti mengucup lembut tangannya.
"Cium dahi dia..." Datin Aminah membisik.
Raiden mengusap pipi Yanti lalu mendekat di dahinya dan mengucup lembut.
Raiden melihat wajah Yanti yang mengenakan tudung putih bersih. Tiba-tiba mood Raiden berubah menjadi menyampah selepas Yanti menjeling kearah lain.
Mereka mengambil beberapa keping gambar di taman berdekatan lalu memasuki kereta untuk pulang ke rumah.
Dalam perjalanan,
"Omma nak tanya nih... gambar ni nak frame besar ka kecil?" Datin Aminah menyoal sambil melihat gambar-gambar yang baru di hantar oleh photographer di telefon.
"Kecil..."
"Tak nak..."
Datin Aminah dan Yanti terkejut manakala Firdaus sedang fokus melihat jalan.
"Omma printlah sepasang... tapi yang kecil..." Yanti menyejukkan hati Datin Aminah.
"Aku kata taknak, taknaklah..." Raiden meninggikan sedikit nadanya sambil tangannya yang menyimpul menghadap tingkap di sisinya.
"Siapa nak bagi kau?" Yanti menyoal dengan kekerasan.
"Habis tu kau suruh Omma print dua tu asal?" Raiden menikam mata Yanti.
"Kenapa tak boleh? Bukan duit kau... lepas tu nak angin... perangai macam budak kecik..." Yanti menjeling tikaman anak mata Raiden.
"Tapi duit mak bapak aku jugakkan?" Raiden membengis.
"Sudah! Korang ni baru kahwin dah gaduh... Jangan nanti nak menangis pulak macam budak kecik..." Datin Aminah naik angin.
"Esok ikut aku pergi Seoul..." Raiden melihat jalan kembali.
"Hm?! Seoul? Honeymoon?" Yanti mengangkat kening melihat wajah Raiden yang keras macam batu bata.
"Fath tinggal dekat Seoul dan syarikat Appa pun dekat sana, so Yanti kenalah ikut... takpe kan?" Datin Aminah membuat muka bersalah.
"Tak pe... tapi malam ni Yanti nak tidur rumah Mak dulu boleh?"
"Tak boleh..." tiba-tiba Raiden bersuara.
"Eh? Kau asal... suka hati akulah... mak aku..." Yanti melenting.
"Aku suami kau... sebagai isteri kena dengar cakap suami..." Raiden menyengih sambil melihat mata Yanti.
"Huh?! Sejak bila kau pandai guna hukum hakam agama pulak ni?" Yanti melihat wajah Raiden dengan perasaan tak puas hati.
"Betullah tu apa yang Fath cakap... isteri kena patuh pada suami..." Datin Aminah menyetujui kata-kata Raiden yang berbangga bersebelahan Yanti.
"Tapi Omma... Hyung ingat dia taknak mengaku yang Yanti tu bini dia... bukan main benci lagi tak sangka sayang jugak..." Firdaus menyakat Raiden yang bangga di belakang.
"Hyung!" Raiden menendang belakang kerusi kereta Firdaus yang sedang ketawa.
__________
30 April 2020
Edited - 3 Mei 2020
YOU ARE READING
CINTA YANG KABUR
RomanceLights Cover From @Fafathia "CintaYang Seumpama kabus" 'Cinta akan hadir tanpa kita sangka dan kabur saat kita memerlukan' Deep Qoute from @Fafathia 💌💌💌 Cinta? Kasih Sayang? Aku sudah banyak mendengar bahawa cinta ini perlu mengorbankan segalany...