3

129 17 3
                                    

8 : 30 malam,

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

8 : 30 malam,

Yanti terlelap di kereta Mers milik Dato Aiden.

"Raiden kata tak nak! Tak nak lah!!!"

Jeritan itu mengejutkan Yanti yang terlelap di kerusi belakang.

"Fath Raiden! Kau jangan biadap!" Jeritan Dato Aiden menyegarkan Yanti lalu dia memerhati dari dalam kereta.

"Kau sapa nak jerit kat aku huh!?" tiba-tiba tamparan Dato Aiden melekat di pipi Raiden sehingga bibirnya pecah.

"Abang!" Datin Aminah terkejut dengan tindakan itu.

"Sial punya orang tua!!!" Raiden menumbuk wajah Dato Aiden.

"Ya Allah... siapakah dia?" Yanti terkejut dengan tindakan seorang anak yang begitu derhaka.

Perasaan marah mula menghantui lubuk Yanti.

"Fath!! Sudahlah..."

Datin Aminah memegang lengan Raiden tiba-tiba Raiden menempis kuat sehingga Datin Aminah tersungkur.

"Kau jangan sentuh aku perempuan tua..."

"Fath!!!"

Yanti menjerit memanggil nama hadapan Raiden. Raiden melihat Yanti.

"Perempuan tua yang kau jijik tulah mak kau! Kenapa kau nak jijikkan dia? Patutnya diorang yang patut jijik dekat kau sebab kau anak derhaka!" Yanti menjerit sambil matanya memandang tepat ke arah mata Raiden.

"Kau siapa? Ustazah? Datang nak ajar aku?" Raiden senyum sinis.

"Aku... aku bakal isteri kau..." Suara Yanti mula perlahan di ayat hujung.

"Huh?!"

Raiden mendekat.

Yanti beku di tempatnya, Raiden mendekat ke telinga Yanti.

"Isteri? Ka perempuan simpanan yang bapak aku carikan untuk aku?" Raiden merenyih.

Hati Yanti dipanah rasa benci.

Tamparan Yanti melekat di pipi Raiden tiba-tiba Raiden menghayunkan tumbukannya tapi di tahan oleh seorang lelaki.

"Raiden... sudahlah..."

Raiden menempis genggaman lelaki itu.

"Hyung... kau jangan sibuk dengan urusan aku..." Raiden berjalan keluar dari kawasan rumah itu.

Yanti begitu takut dan terkejut dengan situasi itu sehingga dia tak mampu berdiri.

"Are you okey?"

Yanti mengangguk.

"Firdaus Henry Park... abang ipar kamu..."

"Firdaus... kamu pergi cari Fath... bawa dia balik sekarang kalau tak Appa akan blok semua akaun dia..." Dato Aiden memberi arahan sambil duduk memegang dada.

"Hm... Appa pun janganlah kasar sangat dengan Fath tu... dia tu dah la panas baran..."

"Betul tu abang... Tolonglah... seminggu je..." Datin Aminah memegang lengan suaminya untuk berdiri.

"Antie... pasal pernikahan tu..." Yanti termenung sambil berbicara.

"Antie faham... ramai dah tolak walaupun..."

"Yanti setuju tapi ada syarat..." Yanti melihat anak mata pasangan suami isteri itu.

Di ruang tamu,

"Syarat apa?" Datin Aminah menyoal.

"Syarat pertama, pernikahan tak perlu besar-besar Yanti hanya nak keluarga sahaja yang datang. Kedua, tak perlu honeymoon, Yanti tak perlukan honeymoon. Ketiga, Yanti tak mahu anak. Keempat, selepas 3 tahun Yanti menikah... Yanti nak tuntut cerai..."

Dato dan Datin terkejut.

"Kecuali... kalau Yanti menyintainya... automatik semua syarat tu akan dibatalkan..."

"Baiklah... Terima kasih Yanti sebab terima Fath..." Yanti membalas dengan senyuman.

Mereka membuat sebuah kotrak dan masing-masing menanda tangan tanda persetujuan.

"Yanti nak bernikah bila?" Datin Aminah menyoal.

"Terpulang kepada Mama, Appa, Firdaus, Papa, mak dan Fath..." Yanti berdiri.

"Saya pulang dulu... terima kasih..." Yanti melontarkan senyuman dan menaiki Grab Car yang dipesannya.
_________________________
Hyung- Abang
Appa- Ayah
Omma- Mak
__________
29 April 2020
Edited - 3 Mei 2020

CINTA YANG KABURTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang