"Ha nilah rumah Pak Itam!" Kata Jol. Member EXO melihat sekitar rumah itu. Bersih, cantik. Tidak seburuk yang mereka fikirkan."Weh! Ada buaian gantung lah!!" Kai melompat pergi dari kerumunan membernya kearah buaian jaring yang diikat pada dua tiang di tepi rumah tersebut.
Tidak lama, Sehun mengambil selangkah ke tepi. Selangkah lagi ketepi. Selangkah lagi. Akhirnya ikut bergabung dengan kai membiarkan member yang lain termenung melihat rumah yang ingin ditempati itu.
"Macam tak ada orang je?" Ujar D.O.
"Haish! Sapa kata tak da orang. Tu sapa? Yang duk melambai-lambai tu. kan Pak itam duk tercegat kat anjung tu. takkan tak nampak!" Jol membuka suara."Aik?"
"Ehh??"
"He eh eh..??"
"Bila masa pula Pak itam tu duk tercongok kat situ?"
"Kejap takda. Kejap ada. Kejap ada kejap takda..."
Akhirnya persoalan itu dapat disimpulkan dengan satu jawapan.
"Itam kan..." itu jawapan dari baekhyun."Oooo"
"Dah lama Tok tunggu kamu semua! Mari masuk! Panas kat luar tu! Tok dah sedia kopi satu cawan sorang ni! Meh meh nanti sejuk!" Pak Itam menjerit dari anjung.
"Dah lama Tunggu, tak terasa ke nak pergi cari? Ha? Nak suruh kita ni kering tengah jalan baru nak angkat ekor pergi?" Chen menggumam dengan gigi terkacip. Hanya membernya sahaja yang dapat mendengarnya.
"Haip! Shuuhh... diamlah. Jom naik!" Arah chanyeol. Chen mengeluh.
Mereka pun naik. Jol sudah pulang mahu menyiapkan kerjanya di warung.Mereka bersalaman dengan Pak Itam. "Hoi! Hitam! Putih! Naik lah! Meh salam ngan atok ni!" Hitam itu kai, putih itu sehun. Lay memanggil dengan cara yang sadis. Terasa Pak Itam.
Kai dan sehun berdecak sebal. Nak berayun pun tak boleh!
****
"Atok dah lama tinggal kat sini. Atok tahu lah serba-serbi kat kampung ni. Haritu si manager kamu yang datang tengok rumah-rumah kat kampung ni untuk diluluskan untuk kamu tinggal. Jadi, rumah atok juga lah yang jadi mangsa..." kata Pak Itam panjang lebar.
"Macam tak ikhlas je bagi kita duduk." Baekhyun berbisik ke telinga chanyeol. "Diamlah"
"Atok?"
"Ye lay? Ada apa-apa soalan nak tanya?" Tanya Pak Itam."Kenapa... kampung ni namanya... Kampung Penyepak?"
"Ha ah lha tok, ganas betul nama kampung ni..."
"Kan, tadi kat papan tanda pun ada cop tapak kaki tadi. Kenapa eh?"
Pak Itam tergelak besar. Dia memegang perutnya. Keluar airmatanya. Member EXO disitu membuat muka keliru mereka.
"Dah sejarah dia macam tu, nak buat camna?" Itu lah jawapan ringkas dan padu dari Pak Itam.
Ada yang menggaru kepala, ada yang mengepal penumbuk, ada yang mengacip gigi dan lain lain lagi apabila mendengar jawapan tak patut itu.
"Nak terkentut pulak kami mendengar ye?" Xiumin menstabilkan suasana walaupun nada agak ketara nak marah.
Mereka membuat ketawa palsu supaya Pak Itam tak berkecil hati.
![](https://img.wattpad.com/cover/223492668-288-k654654.jpg)
YOU ARE READING
Ramadhan Bersama EXO
FanfictionPabila sembilan ketul habang ensem berpuasa, gamaknya macam mana ya? Baca pastu enjoy pastu vote pastu comment pastu share pastu letak lam reading list pastu suka ati lah..