Sembieylaen

51 5 0
                                    



  Lagi seminggu nak beraya. Member EXO dah tak sabar nak beraya. Pak itam pun tak sabar juga nak beraya. (Keling words)

  Betullah kata Sooman haritu yang 'tak kenal maka menyampah, bila kenal cinta mula berputik'. Macam tu jugaklah perasaan member EXO akan kampung itu dan juga penjaga setia mereka iaitu Pak itam.

  Mereka sedar yang mereka tak boleh nak judge sesuatu sebelum merasakannya.

  Ok, biskut serampit ala Suho dah siap, nun dah ada dalam bekas dah. Buluh pun sudah dikutip oleh chen dan chanyeol haritu untuk masak lemang.

  D.O dah beli barang-barang untuk buat masakan di hari raya nanti, rendang daging especialily..

  Lampu neon, pelita raya, langsir baru, alas meja dan perkakas seangkatan dengannya dibeli oleh Xiumin dan Lay kat pekan haritu. Tunggu nak pasang je malam raya. Cuma mercun je diorang tak beli. Takut lima orang maknae Line trauma.

  Sehun dan kai telah pun siap menjemput orang kampung untuk hadir masa rumah terbuka nanti. Member mereka rancang untuk buat rumah terbuka sempena diorang datang ke Malaysia. Manalah tahu dapat fans warga veteran pula.

  Kini semua orang berkumpul di ruang tamu bagi menyatakan evidence yang diorang semua sudah melaksanakan tugas masing-masing. Pak itam ke kebun duriannya, mengais duit tambahan untuk beraya nanti.

  "Ni ha.. S-semperit aku dah siap. Tunggu makan je hari raya ni.." Suho mengangkat balang biskutnya tinggi-tinggi bagi semua membernya dapat lihat.

  "Biskut lain takda ke? Maksud aku, biskut jenis lain?" Tanya Xiumin selaku yang paling tua.

  "Ada!" Suho mengubek isi beg tangan yang besar tempat letak biskut tu dan mengeluarkan balang biskut jenis yang lain.

  "Ni... Biskut Almond Australia..."

  "Bukanlah. Almond London.." celah D.O. Suho membuat muka 'Dont judge me' kepada D.O

  Lepastu dia mengeluarkan yang lain pula.

  "Ni tart timun susu.."

  Yang lain menggaru kepala. Diorang bimbang nanti kena keracunan. Manalah tahu biskut Suho tu seperti Biskut Yaya.

  Suho mengorek lagi mencari.

  "Ni kuih mak Arab."

  Semasa Suho memperkenalkan biskutnya itu, sorang member ni menguap tanda bosan. Suho memperagakan 10 jenis biskut yang dia buat.

  Selepas itu, xiumin dan Lay menunjukkan barang-barang yang mereka beli. D.O juga tak terkecuali memberitahu resepi yang dia akan buat nanti.

  "Kai, Hun, dah panggil satu kampung dah ke?" Xiumin bertanya kepada dua orang yang elok bersandar kat dinding ruang tamu.

  "Dah.." serentak mereka berdua menjawab.

  "Chen, chanyeol? Buloh camna?"

  "Settle, bos!" Kedua capital C itu mengangkat tabik hormat kepada xiumin.

  Selepas itu pandangan semua teralih kepada Baekhyun yang menatap skrin henfon.

  "Baekky, kau kata kerja kau dah settle. Mana evidence dia?" Xiumin mencuit bahu Baekhyun.

  Baekhyun tersenyum ada makna. "Kerja aku dah siap lama dah. Sebelum korang agih tugas lagi. Kejap!" Baekhyun masuk ke biliknya mencari sesuatu.

  "BAJU RAYA!!!"

  Suara melengking memecah lamunan semua member. Plastik-plastik besar tercampak ke muka setiap orang disitu. Baekhyun melemparnya dari jarak jauh.

Ramadhan Bersama EXOWhere stories live. Discover now