"Atok pergi dulu masjid, lepasni korang menyusul ye.. Atok pergi dulu.."Pak itam tidak berhenti pun di ruang tamu tempat semua member EXO tengah tengok TV sebaliknya ke pintu rumah.
"Atok! Jaga diri!" Itu sehun. Pak itam tersenyum dan berlalu pergi. Member EXO hanya menatap sahaja pemergian Pak itam. Sedih dhoe tengok Pak itam begitu. Tiberr je, takda hujan takda ribut, hujan jugak. Eh?
Selepas bayang-bayang Pak itam tidak kelihatan, kai bersuara.
"Tengok tu gaiz. Atok dah lain macam ngan kita. Terasa hati aku." Kai memegang dadanya seperti menahan sebak. Tak semenanya belakang kepala kai ditunjal Baekhyun."Xiumin hyung rasa an, anak dia tak balik kot raya nanti..." xiumin menebak. Semua member memandang xiumin meminta kepastian. Kalau Pak itam ada anak, mana anak dia? Dah kawen ke?
"Bini Atok pun tak nampak, macam mana kau tahu dia ada anak?" Dahi Suho sudah berkerut seribu. Kemon la, duduk dah hampir sebulan, biodata Pak itam pun tak khatam lagi. Apa punya penginap lah. *Facepalm*
Xiumin menghala jarinya ke dinding dimana satu frame gambar digantung pada ruang tamu. "Itu. Pompuan tu. Maybe anak tunggal dia kot.."
Tanpa disuruh-suruh, semua member berjalan mendekati frame gambar itu. Dilihat seorang lelaki yang mereka pasti itu Pak itam dan seorang budak perempuan berdiri di tepi.
"Betul kot ini anak dia..." chanyeol menambah untuk meyakinkan semua member.
Mereka semua berpaling dari dinding. "So, rancangan kita camna? Nak bikin Atok happy..." Baekhyun mengangkat bahu meminta jawapan.
"Kau kata nak buat suprise?" Xiumin throwback balik apa yang Baekhyun katakan pagi tadi.
"Takkan nak buat suprise je. Suprise! Ni haa ada makan-makan! Takkan tu je..." ala gedik Baekhyun berkata.
Yang lain menggaru kepala.
"Nombor telefon anak dia pun kita takda.." Lay mencelah. "Betul jugak.." yang lain hanya diam berfikir.
"Eh? Buku nombor telefon lah!" Chen yang melilau memandang sekeliling terjumpa buku nota kecil di tepi TV yang bertulis 'No.Telefon'
Apa lagi, mereka mencari nama anak Pak itam.
"Nama pompuan yang ada kat sini, rokiah, hawa, fatimah, khadijah ngan maryam. Mana satu?" Jari Suho teralih meniti di setiap nama di dalam buku nota itu.
"Hadoo... banyak pulak nama." Mereka terduduk di atas lantai. Cuba berfikir lagi. Lama mereka merenung masa depan. Selepas tiga puluh minit, suara keras memecah lamunan mereka. Mereka terus berpaling ke arah sumber suara itu, chanyeol.
"HA! Sorang dari member kita pergi tanya orang Kampung, tanya nama anak Atok aka Pak itam apa.. barulah kita telefon." Cadang chanyeol.
"Nak suruh sapa?" Lay menggaru telinga nya.
"Mesti nak suruh Aku an?" Kai mengerling chanyeol dengan tatapan menyampah.
"Eheheheh... mana kau tahu?" Chanyeol bertanya kai sambil lengannya menyenggol bahu kai.
"Ni kai lah. Otak korang semua ni memang Aku dah hafal. Kau nak suh Aku turun kat luar sebab aku already gelap an? Kononnya korang ni tak nak sunburn katakan...tahi betul korang ni..."
YOU ARE READING
Ramadhan Bersama EXO
FanfictionPabila sembilan ketul habang ensem berpuasa, gamaknya macam mana ya? Baca pastu enjoy pastu vote pastu comment pastu share pastu letak lam reading list pastu suka ati lah..