Sementara di rumah, kai dan sehun tengah menonton TV, Dora The Explorer.
"Sebut, peta!"
"PETA!!!" Bergegar rumah dengan suara kai dan sehun.
"Kuat lagi, peta!"
"PETAAA!!!!!!"
"BODOH!!!" Itu kai. Sehun hanya sebut peta.
Tak lama kemudian,
"Anda tahu di mana swiper?"
"Tu! Di belakang kau tu!"
"Dimana?"
"Tu bodoh belakang kau! Tengah berjalan nak curik pisang Boot tu!"
"Dimana?"
"Haish..." kai menggeleng dan bergegas ke TV dan mula menunjuk-nunjuk swiper itu. "Ini... ni swiper ni... nak kata tak ada mata, ada! Ni bodoh! Ni!!!!" Kata kai sambil mengacip gigi.
"O oh! Tidak! Swiper ingin mencuri pisang Boot?!"
"Ha Kang! Baru nak terkejoeh! Baru nak terkejoedh!" Kata kai sambil bercekak pinggang.
Muka Sehun merah menahan gelak. Bukan apa. Dia telah melihat satu bala di belakang kai yang berada di depan TV itu.
Kai merasakan seperti ada seseorang di belakangnya sambil bercekak pinggang. Dengan gerakan maha lambat, kai berpaling.
"Erk... xiu--xiumin h--hyung?" Kai buat muka tak tahu apa-apa.
Xiumin mengukir smirk. "Kau mencarut lagi Kai?"Kai menggaru tengkuk. "Dora ni, tak paham bahasa..."
"Kemon lah! Tu cite je kot! Lagipun tu cite budak-budak! Kau tengok cite ni tak padan dengan taraf kau! Tak tahu diri tu besar mana, cuba tengok kat bawah tu dah besar lengan!"
Serta merta kai memandang ke bawahnya. Akhirnya tersengih-sengih depan xiumin.
"Entah kai! Rileks lah! Cita je pun!" Sehun memperkeruh keadaan. Lay yang berdiri tidak jauh dari mereka memandang dengan wajah blurnya. Tak tahu kenapa.
"Apa rileks rileks?! Kau sehun pergi sidai baju kau yang aku dah basuh. Kai pun sama! Pi sidai cepat! Aku tak harap nak sidai baju korang sebab aku tengok korang ni santai semacam je dari pagi tadi sampai ke tengah hari ni! Pergi!" Xiumin dah naik pangkat mak dah... nak membebel bagai.
Kai dan sehun berjalan menunduk ke dapur. "Kau mencarut lagi siap kau!" Xiumin menunjuk-nunjuk lubang hidung kai sambil berkata.
Selepas dua babun itu pergi, muka xiumin yang marah bertukar sengihan.
"Kalau layan TV masa ni sodap jugak, ihihihi..." xiumin mengambil remote TV dan duduk di atas kerusi berhadapan TV. Sesekali terdengar tawa xiumin.
Lay membuat muka menyampah dan berjalan ke ruang tamu meninggalkan xiumin.
Pandangan Lay tertumpu ke arah chanyeol yang menangis seorang diri sambil membaca majalah.
Lay terus mendapatkan chanyeol. "Chanyeol? Kenapa ni?!" Dengan riak risau Lay bertanya. Namun, tangisan chanyeol semakin menjadi-jadi.
"Ni... cite ni... sedih..." chanyeol berkata dalam sebak dan menunjuk-nunjuk majalah yang dibaca ke Lay.
Lay mengambil majalah itu dan meneliti. Seketika, muka innocentnya berubah jadi muka orang yang lama tak senyum.

ANDA SEDANG MEMBACA
Ramadhan Bersama EXO
FanfictionPabila sembilan ketul habang ensem berpuasa, gamaknya macam mana ya? Baca pastu enjoy pastu vote pastu comment pastu share pastu letak lam reading list pastu suka ati lah..