Tujoeh

44 5 0
                                    


  Masa berbuka puasa, suasana sepi namampus. Semuanya diamkan diri.

Kena marah dengan Pak itam katanya.

Lima orang yang selalu jadi live wire semua membisu.
  Sebab hal petang tadi lah.

  Lempar selipar ke lempar bom?
Habis patah batang pokok bunga dan bunga-bunga pun habis luruh dek terkena balingan selipar.

  Pak itam apa lagi, ceramah lah dia ke maknae Line lima orang itu hingga ke berbuka puasa tak habis-habis lagi.

  "Atok tak kira. Atok nak tengok kamu berlima ada dalam masjid malam ni." Pak itam membuka hening.

  Pastu bunyilah keluhan yang tidak diingini.
  Lepastu, keadaan kembali sunyi. Hanya bunyi dentingan sudu sahaja ketika itu.

  "Mintak maaf tok.. tak sengaja." Baru sekarang chanyeol boleh memohon ampun. Dari petang tadi, dia tak ada can pun untuk bercakap, Pak itam sebok Duk membebel.

  "Kai pon"

  "Chen pon..."

  "Baekky pon.."

  "Sehun jugak.."

  Sorang demi sorang dari maknae line memohon.

  Pak itam mendengus lelah.

  "Kalau pokok bunga orang lain takpa, ni pokok bunga kesayangan Atok. Cam mana atok tak marah.."

  "Kitorang kata T.A.K  S.E.N.G.A.J.A. Lagipun, budak yang kami berlawan tadi itulah yang kenakan kitorang malam kelmarin. Tu yang kami nak balas dendam.." kata Baekhyun cuba meyakinkan Pak itam.

  Pak itam menggeleng. Para hyung tak ambil peduli akan masalah itu sebaliknya makan dengan lahap. Nak buat apa risau, bukan masalah mereka. Hohoho. Lagipun siapa yang nakal?

  "Pipi xiumin masih berbekas tapak selipar lagi. Tak kesian kat hyung kamu ni?" Pak itam mention xiumin dalam hal ni. Tersedak xiumin dibuatnya.

  Kai melihat xiumin dengan ringisan khas. Sungguh kai rasa bersalah sangat-sangat. Banyak masalah yang dia buat, akhirnya xiumin juga yang kena.

  Sehun ditepi kai menahan gelak. Apalah Si albino tu, orang tengah bermasalah dia taknak settle malah memperkeruh keadaan.

  "Kau gelak pehhal?!" Marah kai.

  "Aku tak gelak.. bila masa pulak aku gelak?!" Sehun mengelak.

  "Tadi... kau gelakkan aku an?!" Kai masih menekan.

  "Mulut tu bebaik sikit! Aku tak gelak pon tadi!" Sehun membidas dengan tangannya yang masih ada sisa-sisa kuah kari menunjuk-nunjuk lubang hidung kai.

  "Sudah!!!"

 


Hening kembali....



  "Kita hidup ni boleh tak jangan berdendam? Cuba untuk kawal diri. Bulan-bulan poase ni tak baik gaduh. Jangan ingat nak buat salah banyak-banyak pastu nanti Mintak maaf masa hari raya je. Tak boleh macam tu!"

  Pak itam meninggikan suara.

  Semuanya menciut.

"Mintak maaf..."

  "Pergi basi dengan Mintak maaf korang...." Suho mencelah.



****

  Sudah dua minggu member EXO berada di kampung Penyepak itu. Haritu Si managernim datang nak jemput diorang balik, tapi diorang taknak balik. Katanya nak sambut raya dengan Pak itam.

Ramadhan Bersama EXOWhere stories live. Discover now