Seblaes

40 5 0
                                    


Snif...snif...

"Perrghhhh!!! Wangi betol bau masakan kat masjid ni."

Mereka baru sahaja melepasi pagar masjid, tetapi bau masakan itu sudah menusuk hidung sorang-sorang.

Masing-masing memakai T-shirt dengan seluar trek saja. Nak gotong-royong takkan nak pakai kemeja? Think it...
Tapi an, pakai baju centu pon Suho dah bising sebab lama. Tak tahu lah Kalau pakai baju raya dengan kain samping bagai. Kena ambik masa berapa jam eh?

"Eh korang. Tak tipu dhoe bau dishes dekat sini. Kalah masakan D.O hyung." Itu kai. Sempat lagi dia menjolok sarang tebuan.

"Aku mogok taknak masak lepas ni.." D.O mengumam sorang-sorang namun ada sorang yang dengar, Lay. Dia berpaling melihat D.O dengan muka innocent khas dia itu. "Jangan D.O, kebuluran nanti..."

Setelah berjalan sambil menghirup bau masakan kat situ, mereka tiba di kawasan belakang masjid. Mereka disapa oleh Tok Imam Ngah.

"Ha! Meh! Sorang kacau dodol ni..." Mereka mendekati kawah besar yang sedang mendidihkan sesuatu yang berwarna coklat keemasan itu.

"Dudul? Pe mende tu?" Chen menilik benda yang ada dalam kawah itu. Asap berkepul keluar membuatkan muka chen menjadi tempat dimana wap menjadi air. Cam tudung periuk bahagian dalam.

"Tok imam! Mana bubur lombok tu?" Sehun membuka suara. "Ha!, bubur lambuk tak buat lagi.. Meh tiga orang tolong Pak Sood bikinnya." Arah tok imam Ngah.

Kini tinggal lima orang yang takda keje. Yang pergi buat kerja itu chen yang tengah mengacau dodol, tiga orang lagi, chanyeol, xiumin dan sehun bersiap untuk membuat bubur lambuk.

Yang tertinggal ialah Lay, D.O, Baekhyun, Kai dan Suho.
Kai melilau mencari sesuatu.
"Hyung! Tu lah agaknya yang bau sedap tadi!" Jari kai menghala ke arah satu kuali yang kecil sedikit daripada kawah. Seorang makcik tengah mengusahakan memasak benda itu. Mereka mendekati makcik itu.

"Makcik.. apa yang makcik masak tu?" Suho bertanya sambil jarinya menunjuk sejenis sayur hijau yang dimasak itu.

"Ini dipanggil kangkung goreng belacan. Sedap tahu.." jawab makcik itu.

"Gamaknya bau belacan yang pungent semacam tadi kan..?" D.O bercekak pinggang mencerna bahan dalam masakan itu.

"Belacan tu apa makcik?" Baekhyun menggaru-garu pahanya yang dirasakan gatal itu.

"Ni ha.." makcik itu menghulurkan belacan ke tangan orang berdekatan. Orang itu ialah Lay. Lay mengambil seraya menciumnya.

"Puh!!! Busuk betol!! Macam bau ketiak engkau!!" Lay memberi kepada Baekhyun. Berharap Baekhyun mengambilnya cepat-cepat.

"Tak nak ahh... nanti kena tangan Aku! Jijik Jik jik jik.." baekhyun menolak tangan lay yang ada plastik belacan itu.

Lay segera meletakkan belacan itu kembali.

"Kalau macam tu memang busuk, kalau dah masak nanti sedaplah." Terang makcik itu.

  Mereka refleks ber oh ria.

  "Ha, kamu lima orang tu! Meh sini." Tik imam Ngah memanggil dari kejauhan. Segera mereka meninggalkan tempat memasak itu untuk ke halaman masjid.

  "Dua orang tolong sapu daun-daun kering kat sini Lepastu kutip and then bakar."
  Wuish banyak benor tok imam nak suh mereka buat ni. Mereka ni sebenarnya pantang tengok penyapu. Asyik nak lari je.

  Mereka senyap. Berat hati nak ambik penyapu itu. Ada yang dah tergerak hati nak ambil tetapi rasa tak sedap hati pulak.

Ramadhan Bersama EXOWhere stories live. Discover now