Takbir raya menggema. (Sila takbir sendiri gaiz kalau nak ambik feel lebih.)Kelam kabut?
Ya, member EXO kelam kabut pada pagi itu. Terutamanya sehun.
"D.O hyung! Mana butang baju Melayu sehun?!" Sehun menggeledah apa sahaja yang ada di dalam bilik itu. Haritu D.O kata butang baju Melayu sehun dia letak bawah bantal sehun. Tapi takda.
"Cari bebetol lha..!" D.O dari dapur melaung. Dirinya sudah lengkap berbaju Melayu. Dia sedang memasukkan biskut ke dalam balang khas. Sekali, dia suap ke mulut. Sedap jugak Si Suho tu buat biskut. Boleh jadi bakery guy lambat laun.
Di dalam bilik hyung Line, nampaklah tiga ketul manusia. Sorang sedang belajar pakai kain samping. Sorang acah pozing depan cermin. Sorang lagi sedang mengemas kain selimut.
Lay sesekali menggaru kepalanya. Sudah berapa kali dia simpul kain itu di pinggangnya, tapi tetap longgar.
"Xiumin hyung... tolong pakaikan..""Ish kau ni Lay, pakai sendiri lah.." Suho yang sedang memoles krim di mukanya mencelah. Sesekali dia acah buat mimik muka cute depan cermin. Hmmm. Hmmm. Hmmm.
"Meh sini hyung buatkan. Tarik sini, pastu selit sini, pastu gulung." Xiumin seperti memakaikan baju kepada bayi. Cam ayah ngan anak.
"Oo... tarik, selit, gulung.. begitukah xiumin hyung?"
Xiumin mengangguk. Cepat betol Lay faham ajarannya itu."Uish! Sem jugak aku ni ye... mana crush?" Chanyeol bercakap sorang-Sorang di depan cermin di dalam bilik maknae Line.
"Daripada menilik, baik chan hyung cari butang baju Melayu sehun!" Sehun masih lagi gigih mencari butang bajunya.
"Hun, amik gambar aku sorang-sorang. Nak up insta nii.. cepat weii.." Baekhyun menghulur-hulur iPhone z nya kepada sehun yang sedang tertonggeng mencari butang baju.
"Tak nampak ke Hun tengah wat pe?!!!"
"Hun, butang baju Melayu kau ada lam almari tingkat atas tu. Hyung simpan." Chen yang baru lepas mandi, ber bathrobe lagi, mencelah.
"Nape tak cakap awal-awal!"
Sekarang, disinilah, sembilan orang manusia yang semat-semat belaka, berada di ruang tamu sambil melantak sarapan pagi.
"Amacam? Sem tak Atok?" Pak itam muncul dengan jubah pemberian member EXO itu.
"Uish! Dah macam orang muda lah tok!! Daebak ahh!!" Kai mengangkat ibu jarinya. Pak itam tersengih-sengih mendengarkan itu.
Tapi, kai saja yang beri feedback, orang lain sebok dengan pinggan masing-masing, makan mi goreng buatan D.O."Atok pegi masjid dulu ye.. lepasni korang nyusul.."
"Eh tok, jamah lah dulu mi D.O ni.. sedap auu..." D.O mengangkat muka dari pinggannya, berkata dengan mulut penuh.
"Takpe, nanti balik smayang raya, Atok makan.." selepas itu Pak itam pergi.
"Cepat betol Atok nak pegi. Baru kul 8.30. Smayang start kul 9." Kata Suho sambil memasukkan mi ke dalam mulut yang sudah tak muat nak masuk kerana terlampau banyak suapannya.
"Mentang-mentang baju branded kan..." sehun yang sudah siap makan mengambil gelas berisi air sirap dan meminumnya.
Yang lain refleks memandang sehun meminta kepastian.
YOU ARE READING
Ramadhan Bersama EXO
FanfictionPabila sembilan ketul habang ensem berpuasa, gamaknya macam mana ya? Baca pastu enjoy pastu vote pastu comment pastu share pastu letak lam reading list pastu suka ati lah..