Lapaen

48 4 0
                                    


Keesokannya, di sofa, chanyeol menilik majalah jawi itu lagi.

  Kini bukan dengan air mata tetapi dengan sengihan yang luar biasa. Hampir semua giginya terdedah, Kalau boleh gusi pun nak terekspos.

  "Ali---suka---main---cinta---" Aduh! Sekali lagi chanyeol tersengih. Nampaknya dia dah faham tulisan jawi itu. Itu semua dari ajaran Pak itam juga ke chanyeol.

  "Hari--hari---ali--main---cinta! Wuish!! Daebak!!"

Lagi, lagi?

  "Ali--pernah--menge--cewakan--banyak---wanita!"

  Sedar tak sedar, Suara chanyeol itu sudah terdengar sehingga ke pelusuk dapur rumah.

  "Ali---sekarang---bercinta---dengan---Si Taeyon--anak---dari---Sultan---Rajawali?" Dahi luas chanyeol berkerut menelaah apa yang dituturkan tadi.

  "Baekky!!! Ada orang rampas awek kau!!" Chanyeol melaung memanggil Baekhyun.

  Tak lama kemudian terdengar tapak kaki menghentam lantai seperti hentakan badak berlari. Tapi bezanya ia dalam rumah.

  "Sapa? Sapa rampas awek aku?!" Baekhyun duduk sebelah chanyeol.

  "Ali.." chanyeol menjawab singkat dengan muka tak bersalah.

  "Ali? Kau tau dari mana? Ali mana pula?" Tiba-tiba Baekhyun rasa gatal di kepalanya.

  "Majalah ni cakap..." chanyeol menghulur majalah jawi itu ke Baekhyun.

  "Kau nak suruh aku baca jawi? Aku mana reti!"

  "Kalau kau suruh aku baca, kau cakap aku tipu lepasni!"

Murungnya baekhyun sekarang tu.

****

  Pak itam menaiki tangga kayu rumahnya. Dia dari kebun duriannya. Tiba-tiba dia terdengar orang menangis cam budak kecik.

  "Eh, kenapa ni?" Kelihatan Baekhyun yang belakangnya diusap chen sedang menangis. Semua member disitu hanya diam sahaja melihat Baekhyun.

  Pak itam berjalan mendekati Baekhyun. "Kenapa menangis ni?"

  "Ni, Si Baekhyun dah putus harapan. Dia kata nak balik Korea. Sebab awek dia dah ada orang lain." Terang xiumin.

  "Mana dia tahu benda ni?" Pak itam menyelidik.

  "Si chanyeol baca majalah jawi tadi pastu dia sebut Taeyon iaitu awek Baekhyun bercinta dengan Ali.." sambung Suho dengan muka tak tahu apa-apa setelah itu.

  Teriakan Baekhyun semakin menjadi-jadi. Sungguh sedih apabila dilihat sekarang.

  "Cuba ambil majalah tu, Atok nak tengok."
  Chanyeol segera mengambil majalah itu lalu membuka dan menunjuk ayat itu kepada Pak itam.

  Seketika Pak itam melihat....

  "Apa lah engko ni! Bukan Si Taeyon! Tapi Si TIONG!!"

  Baekhyun segera mengangkat mukanya. Air matanya bercucuran. Nampak lah huduh sikit disitu. Tapi handsomenya banyak. Korang tergoda ke Kalau lelaki menangis camtu?

  "Hanat kau chanyeol!!! Tiong rupanya!!!"

  Baekhyun dah tarik balik kata-katanya yang mahu balik ke Korea. Dicapai iPhone z nya dan mendail seseorang.

  "Hello yang? Yang tak apa-apa kan?" Baekhyun menelefon taeyon. Manalah tahu Si taeyon diapa-apakan oleh Ali walaupun perkara ini salah dan tak logik difikir dek akal.

Ramadhan Bersama EXOWhere stories live. Discover now