Anam

51 4 0
                                    

Sehun lagi mengumam tak jelas dengan kakinya melangkah turun dari rumah untuk ke pangkin.

Dia marah ada sebab. Si D.O pergi tarik telinganya sebab dia potong bawang salah je. Bukannya membuang bawang itu.

Kata D.O, Kalau nak masakan jadi sedap, kenalah potong bagi cantik. Cis.. buat sendiri lah senang!

Kelihatan Kai sedang mengupas buah mempelam. Hohoho, kai jadi rajin skang semenjak datang kampung ni. Kalau boleh, nak pakai kain sarong.

Sehun melemparkan bontot nya ke pangkin. Bergegar barang kat atas pangkin termasuk kai skali.

"Kau ni kenapa datang dengan muka cuka bagai?" Tanya kai dengan tangan yang memegang pisau dan mempelam.

"Si pendek tu lah! Ruin My mood je!" Sehun menyilang lengannya ke dada. Menahan amarah.

"Ko tak payah fikir la benda basi camtu. Kau tahu D.O tu camna kan. Baik kita menjauh sebelum dia mendekat. Pabila kita berasa benci akan seseorang, lebih baik kita menjauh. Itu sahaja yang boleh elak dari fitnah..." naik pangkat ustaz dah lambat-laun Si kai ni.

"Kau nak ceramah aku bagai ni kenapa? Dah la tak puasa.." sehun mengerling kai dengan buah mempelam itu.

"Aku puasa la hanat! Ni aku kupas kulit dia nak buat asam jeruk! Pak itam suh aku buat!" Kai menendang manja belakang sehun yang berani menfitnah dia.

"Nampak sangat Pak itam tengok kau sorang yang malas. Tu yang bagi keje tu. Kan? Tak Ngaku..." sehun membidas balik.

"Eh Eh... Pak itam suh kau jugak lah! Tadi Pak itam suh kau join aku skali. Aku baru nak panggil, kau dah turun! Ha, apa lagi. Ambik pisau tu!"

Sedang leka sehun dan kai mengupas kulit mempelam....

"WHHOOIIIKKK.... best betol lha! Tolak laju lagi chen!!! Wiiiii...." Kelihatan Baekhyun di dalam kereta sorong sambil ditolak chen. Kedua tangan Baekhyun terangkat seperti membuat figura stereng kereta.

"PIN PIN!!"

Dan mereka sampai di hadapan pangkin tempat kai dan sehun mengupas.

"Minyak seploh hengget! Hutang ye!!" Baekhyun menjerit girang. Chen melakukan Olok-olok mengambil pembubuh minyak petrol khayalan itu lalu mencurah di bahagian tepi kereta sorong itu.

Kalau dilihat, memang bodoh sangat permainan itu untuk diiktiraf sebagai permainan orang umur 20-an.

Dan diorang pergi meninggalkan kai dan sehun yang tekulat-kulat dengan mulut ternganga.

Dalam sibuknya kai dan sehun mengupas, gembiranya chen dan Baekhyun bermain, chanyeol pulang sorang-sorang sambil menjinjing baldi yang berisi sesuatu.

"Yeol hyung! Sini! Sini!" Dari kejauhan chanyeol mendetect kai dan sehun di pangkin. Dia berjalan ke pangkin sambil melihat gelagat chen dan Baekhyun berpusing di sekeliling rumah dengan kereta sorong.

"Hyung buat balik apa tu?" Sehun melihat sesuatu di dalam baldi.

"Tu... Si Jol sedekah ikan talapia tadi.." kata chanyeol sambil mendudukkan diri di atas pangkin.

"Wuish! Buncit betol ikan talapia ni. Kenyang aku. Tengok ni kai.. ikan talapia ni kentut woi.." kai segera menjulurkan kepalanya ke arah baldi itu untuk melihat aksi ikan talapia buang angin.

Ramadhan Bersama EXOWhere stories live. Discover now