“Aina baby, you dekat mana? Dah pukul berapa dah ni.”
Langit diluar sudah pun beransur gelap. Mata aku mengerling ke nombor digit jam yang terpapar pada radio. Jam menunjukkan angka digit 19:40 atau lebih tepat lagi 7.40 malam. Memang patutlah suami aku membebel kerisauan. Barangkali sebab risau tiada siapa yang nak masak untuk makan malamnya. Aku tahu, suami aku Iqmal bukan risau sangat tentang diri aku ni. Dia tahu aku pandai jaga diri memandangkan keperibadian aku yang lebih tegas dan kasar darinya. Aku pun sebenarnya pun risau dengan perut suami aku. Mana tidaknya, stok barang dapur sudah habis di rumah. Kalau ada maggi, pasti suami aku tahu nak masak sendiri tapi masalahnya secubit garam pun tiada di rumah. Itu baru fikir tentang suami, belum lagi aku fikir tentang anak aku, Boboi.
“Dear, i ni still dekat highway LEKAS. I pun risau tak tau sempat sampai rumah before 8.” balas aku.
“Baby you buat apa sampai kena lalu highway LEKAS? Bukan you pergi beli barang dapur dekat Mydin je ke? Kenapa sampai lalu highway bukan jauh sangat pun rumah?”
Memang pada perancangan asalnya aku hanya keluar untuk membeli barang dapur sahaja dan sebagai pertukaran suami aku ditugaskan untuk menjaga anak kami di rumah. Jika diikutkan hati aku memang malas nak melangkah keluar dari rumah, apatah lagi terpaksa memandu beberapa kilometer untuk ke Mydin. Boleh sahaja aku menyuruh suami aku untuk membeli barang dapur seperti yang dilakukan oleh suri rumah-suri rumah yang lain namun aku bukan tidak kenal dengan suami aku ni, suruh beli timun dia beli terung, suruh beli keropok Tam Tam dia beli makanan kucing. Jadi untuk mengelakkan pembaziran seeloknya aku yang pergi beli barang dapur sendiri. Namun, tepat-tepat lepas aku bayar barang-barang di kaunter boleh pula aku dapat satu panggilan telefon dari majikan aku, Datin Mira Filzah Yudhiyono yang menyuruh aku ke butik sebentar untuk menyelesaikan beberapa urusan penting sebelum aku dibenarkan bercuti sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan. “I memang beli barang dekat Mydin tapi tiba-tiba Datin Mira telefon suruh datang butik. I kena settle few things before cuti kalau tak habis PKP nanti bertimbun kerja I.”
“Hmm… Okaylah kalau macam tu. You bawak kereta elok-elok. Jangan rushing sangat bawak laju-laju. You tak payah risau I dengan Boboi, tadi jiran sebelah ada hantar lauk, chicken cook red. Sedap jugak dia masak.”
Aku menarik nafas lega. Aku bersyukur kerana suami dan anak aku tidak perlu berlapar sementara menunggu aku pulang ke rumah. Eh jap. Wait a minute. Jiran sebelah? Ah sial! Rumah aku corner lot, jadi hanya ada satu sahaja jiran sebelah iaitu Selena Gemas, janda terhangat di Bandar Teknologi Kajang. “Selena ke yang bagi?” soal aku untuk mendapatkan kepastian.
“Iyalah you. Siapa lagi jiran sebelah kita kan?” balas suami aku.
Cis! Memang tidak salah lagi! Makin risau aku dibuatnya. Dada aku berombak dengan jelas sehingga menyebabkan kerongsang tudung Swarovski aku yang dibeli di Jalan Tar pada ramadan 2015 berayunan seperti sebuah bot yang dilambung ombak di tengah laut. Bukan aku tak tau Selena Gemas tu memang dah lama nak try laki aku. Tak boleh jadi ni aku kena cepat sampai ke rumah. Kalau lambat-lambat nanti aku risau, nanti bukan Selena je yang nak try laki aku tapi laki aku pulak yang lebih-lebih nanti. Yelah, kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang. Kalau takda orang, takkan katil bergegar. Ish! Apa aku merepek ni! Cepat Aina cepat! “Dear you jangan nak borak-borak dengan dia eh! I balik se-”
Panggilan terputus. Tidak sempat untuk aku memberikan amaran keras terhadap suami aku. Tak guna betul. Aku memeriksa telefon pintar aku. Mati. Nasib baik telefon aku yang mati. Kalau laki aku yang letak telefon sebelum aku habis cakap, aku risau laki aku yang mati nanti. Kang tak pasal aku pulak dapat title J macam Selena Gemas. Boleh tubuh Kelab Janda Bandar Teknologi Kajang. Aku cuba hidupkan telefon pintar aku beberapa kali namun gagal. Ah sudah, habis pula bateri telefon aku. Time macam ni lah nak habis bateri. Menguji kesabaran aku betul. Aku segera mencampakkan telefon pintar aku ke tepi sehingga terpelanting ke atas karpet kaki di ruangan tempat duduk penumpang hadapan. Pedal minyak kereta Myvi aku dihenyak kuat.
YOU ARE READING
TUMPANG - Sebuah cerita seram PKP
HorrorPerjalanan Aina yang keluar memandu hanya untuk membeli barang dapur dan singgah sebentar ke tempat kerjanya kini bertukar menjadi satu masalah besar baginya setelah kereta Myvi miliknya tiba-tiba rosak semasa memandu di lebuh raya LEKAS. Dengan bat...