BAB 10

1K 19 1
                                    

“In 500 meters. Take the fifth exit.”

Izzuddin terus membelok ke kiri mengikuti arahan aplikasi Waze. Alamat yang diberikan oleh Aina tiada dalam senarai alamat aplikasi ini. Sama ada alamat itu tidak pernah dimasukkan ke dalam Waze atau Aina memberi alamat yang salah, dia sendiri tidak tahu. Alamat yang ada dijadikan panduan perjalanan mereka sekarang ini hanyalah alamat ke taman perumahan Taman Bestari Raya sahaja.

“Macam mana alamat Lot 42 tu boleh tak ada dalam ni?” soal Iqmal yang masih tidak puas hati. “Haih… Aina pun satu kenapalah dia tak ‘send location’ je. Kan senang sikit.” Iqmal mendengus.

“Takpalah sekurangnya kita tahu dia kat kawasan perumahan tu. Tinggal cari jelah tak pun tanya orang-orang kat situ.” kata Izzuddin yang lebih optimis. Yelah yang hilang tu pun isteri rakannya. Bukan isterinya. Sebab itu dia masih kekal tenang. Cuba kalau isteri dia yang hilang mahu gelabah tetek dibuatnya.

“Keep right. And then turn right.”

Izzuddin hanya menurut arahan Waze. Dia susur ke kanan. Tidak lama kemudian ada satu lorong di hadapan, dia belok lagi ke kanan. Dia melihat anggaran masa yang dipaparkan oleh Waze untuk sampai ke kawasan perumahan itu. Kira-kira dalam 20 minit. Tapi itu hanyalah jarak masa untuk ke kawasan perumahan, belum lagi masa yang akan diambil untuk mencari rumah yang dimaksudkan Aina. Tiba-tiba, dari beberapa meter jauh Izzuddin dapat lihat ada sebuah kanopi terpasang di tepi jalan beserta dengan 2 buah kereta polis sedang terparkir di tepi. “Aku lupa pulak dekat sini ada road block.” kata Izzuddin.

“Habistu macam mana? Agaknya lepas tak? Eh jap! Kau kan polis. Ni masih pakai uniform ni lagi takkan tak boleh lepas?” kata Iqmal yang mula resah.

Kereta Izzuddin sudah semakin dekat dengan checkpoint sekatan jalan raya itu. Dia kemudian terlihat sesusuk tubuh seorang pegawai polis berkumis tebal dan memakai cermin mata. Pegawai polis itu merupakan ketua polis di daerah ini, ACP Masnawi yang merupakan seorang pegawai polis yang tegas, garang dan sangat mengikut SOP. Malahan, pegawai polis inilah yang tidak membenarkan Aina melepasi sekatan jalan raya tadi. Itu yang menggerunkan Izzuddin. Jikalau yang bertugas di sini hanya rakan-rakan seperjuangannya sahaja sudah pasti tidak akan menjadi masalah untuknya melepasi sekatan jalan raya ini kerana rakan-rakan polisnya masih ada budi bicara. “Yang misai tebal tu bos aku Mal. Dia ni lah yang tak bagi bini kau melepasi road block tadi. Dia ni garang gila babi memang susah nak lebih kurang.”

“Aduh, kenapa dia ada kat sini...Haihh. Susahlah macam ni.” Iqmal mendengus.

“Itulah pasal, rajin sangat dia bergerak ke checkpoint-checkpoint. Kau doa banyak-banyak jelah Mal bagi hati dia lembut sikit. Kalau kau reti baca-baca jampi ke kau trylah sembur kat dia nanti. Aku tak boleh nak jamin kita boleh lepas ke tak kalau dia yang check kita japgi.” kata Izzuddin. Iqmal semakin risau.

-----

“Ke tepilah!” Aku terus menolak Nuh dengan kuat sehingga dia hampir jatuh. Dia kemudian membetulkan posisi dirinya bagi mengelakkan dari terus jatuh. Nuh terus bertindak pantas. Dia terus merentap tudung aku. Haih aku bengang betul orang duk main tarik-tarik tudung ni. Tadi bini dia sekarang laki dia. Dahlah tudung ni aku beli mahal. Aku menabung dua bulan semata-mata nak beli tudung ni. “Ni tudung Ariani lah sial!” teriak aku lalu terus menepis tangannya sebelum menyepak kuat kemaluannya.

“Arghhh!!!” Nuh mengerang kesakitan. Dia terus terduduk ke lantai sambil memegang telurnya dengan kedua-dua belah tangan. Sakit sangat agaknya tu. Wajahnya pula berkerut macam baru lepas diperah berbiji limau yang masam ke mulutnya.

“No father’s day for you!” kata aku yang kemudiannya terus menuruni anak tangga dengan pantas.

“Jangan bagi dia terlepas!” teriak Nuh.

Bushra tidak membantu suaminya langsung sebaliknya dia terus mengejar aku. Apa yang obses sangat dia dengan aku agaknya. “Hehehehe…. Nak main lari-lari ye?” kata Bushra. Dia kemudian ketawa terkekek-kekek. Memang sah. Memang sah perempuan ni gila.

Aku akhirnya tiba di anak tangga yang terakhir sebelum menapak ke tingkap 2. Tanpa aku sedar, lantai yang aku pijak ini telah dituang suatu cecair licin seperti minyak yang aku sendiri tidak pasti minyak apa tapi apa yang pasti, aku telah tergelincir jatuh lalu tersembam ke lantai.

“Hahahahahahahaha! Macam nangka busuk! Padan muka kau betina!” Bushra kemudian sambung ketawa. Terhibur betul dia melihat aku jatuh. Dasar perempuan sial. Sambil ketawa, dia meneruskan langkahnya untuk mendapatkan aku namun langkahnya lebih berhati-hati kerana dia nampak bahagian lantai mana yang ada minyak dan mana yang tiada.

Aku cuba bangun. Tangan aku yang cuba menapak tergelincir sehingga aku tersembam ke lantai sekali lagi. Bushra yang sudah berjaya tiba di tingkat 2 dengan pantas menarik kaki kiri aku. Aku kemudian diseret untuk dibawa ke tingkat atas namun aku terus mengenggam railing tangga dengan erat. Bushra meningkatkan lagi daya kekuatannya untuk menarik aku ke atas. Namun semakin kuat dia menarik aku, semakin kuat aku mengenggam. Aku kemudian cuba menggerakkan tubuh aku ke arah yang berlawanan. Kekuatan aku nampak lebih dominan memandangkan Bushra seperti terundur ke belakang disebabkan tarikan bebanan yang terhasil dari aku. Aku mengumpul kekuatan yang berbaki. Dengan kuat aku menghadiahkannya satu tendangan pada pergelangan kaki kiri Bushra. “Arghhhhh!!!! Sakit babi!” teriak Bushra yang mengerang kesakitan. Dia kemudian terduduk lalu mengusap-usap kakinya. Aku mengambil peluang ini untuk melepaskan diri. Dengan penuh berhati-hati, aku menuruni anak tangga sambil memegang railing tangga. Setelah hampir 3 minit aku kira, aku berjaya sampai ke tingkat paling bawah. Aku terus berlari menuju ke pintu utama rumah ini yang terletak hampir 50 meter dari tempat aku berdiri. Aku mengesat kaki aku pada karpet yang berdekatan dengan aku untuk menghilangkan minyak yang melekat pada tapak kaki aku. Telinga aku kemudian mendengar bunyi tapak kaki yang kuat sedang berlari menuruni anak tangga dengan pantas. Aku dapat lihat kelibat Nuh dengan wajah yang bengis seolah-olah mahu mencabut nyawa aku. Nuh semakin menghampiri. Di belakangnya Bushra sedang mengikuti suaminya sambil mengenggam sebatang kayu golf. Ah sial. Dia dah bawak masuk kayu golf pulak. Ini kalau dia libas kat tulang belikat aku ni mahu pitam aku. Aku terus berlari menuju ke pintu utama. Setelah tiba di pintu utama, aku tanpa berlengah terus memulas gangang pintu yang berwarna hitam itu. Namun, seperti yang aku jangka pintu itu dalam keadaan yang sama seperti pintu balkoni di atas iaitu berkunci. Aku memalingkan wajah aku ke belakang namun kelibat pasangan suami isteri yang psiko itu tidak kelihatan. Aku bersyukur. Aku perlu mencari jalan keluar yang lain. Kalau terpaksa pecahkan tingkap pun aku sanggup. Namun, ada sesuatu yang berlaku membuatkan aku tersentak. Satu rumah ini tiba-tiba menjadi gelap.

TUMPANG - Sebuah cerita seram PKPWhere stories live. Discover now