4 bulan kemudian…
"Baby you sure you'll be okay?" Iqmal memandang wajah aku dengan penuh kerisauan. Seluruh tubuh aku menggigil dengan perlahan. Dahi aku pula sudah bertitik-titik dengan manik-manik jernih. "Jom pergi klinik, macam tak sihat je ni?"
Aku terus menggeleng pantas. "Tak apa nanti karang lambat pulak you sampai airport. Flight pukul 3 petang kan? Sekarang dah pukul 12.30. Baik gerak sekarang." kata aku. Aku tidak mahu menyusahkan suami aku. Aku tidak mahu disebabkan keadaan diri aku yang tidak berapa sihat sejak kebelakangan ini menjadi penghalang kepada Iqmal untuk terus mendaki ke puncak kariernya. Sejak PKP yang lalu, ramai yang telah dibuang kerja atas pelbagai faktor. Malah, aku sendiri tergolong dalam senarai orang-orang yang kehilangan kerja setelah butik tempat aku bekerja telah ditutup kerana majikan aku Datin Mira tidak mampu lagi untuk menampung bebanan hutang perniagaannya. Aku dengar dia juga telah menjual beg-beg tangan berjenamanya dan kereta Ranger Rover Evoque miliknya. Sesungguhnya, pandemik Covid-19 ini telah banyak menjejaskan bukan sahaja ekonomi negara malah ekonomi rakyat itu sendiri.
Namun begitu, langit juga tak sentiasa mendung. Ada juga yang bertuah dan bernasib baik. Suami aku Iqmal kini bukan sahaja tidak diberhentikan kerja, malah dia telah dinaikkan pangkat. Dan disebabkan itu dia perlu terbang ke Kota Kinabalu dan berada di sana selama empat hari kerana syarikat tempatnya bekerja membuka lagi satu pejabat cawangan baru di sana. Penerbangan ini merupakan penerbangan keduanya yang melibatkan urusan kerja dalam bulan ini. Sebelum ini dia telah terbang ke Pulau Pinang juga atas urusan kerja. Walaupun ini merupakan sesuatu yang baru bagi aku, aku perlu akur. Lagipun kami memang tiada pilihan lain, suami aku tidak boleh melepaskan pekerjaannya sekarang memandangkan ianya tidak mudah untuk mendapatkan pekerjaan baru dalam keadaan ekonomi yang kian merisaukan.
"Should i go? Risaulah tengok keadaan you macam ni… I know it was 4 months ago tapi are you sure you okay tinggalkan you sorang-sorang ni?" soalnya sekali lagi.
"Ala.. Dua minggu lepas pun you pergi Penang i okay je…"
"Itu lain… Haritu ibu dengan ayah ada tidur sini. Sekarang you dengan Boboi je…"
"Baby i'll be fine okay? Plus you kene keep your job. You tau kan sekarang ni susah gila nak dapat kerja even i sendiri kena diberhentikan. You must go. We have bills to pay." kata aku dengan jelas. Mahu tidak mahu, risau tidak risau, Iqmal tetap perlu pergi menjalankan tanggungjawabnya sebagai pekerja. Aku tidak mahu kami mengambil risiko yang hanya akan menjejaskan prestasi kerjayanya. "So please. Jangan risau. I know how to take care of myself. Dah lupa ke yang i survived from being eaten by two psychopatics cannibals? Tu tak termasuk i escaped from being killed by a crazy Datuk and a doctor. I'm sure i'll be fine dear." jelas aku lagi. Bukan aku nak berlagak tapi untuk meyakinkan lagi suami aku supaya tidak terus risau dengan keadaan aku.
Iqmal kemudian mengangguk perlahan. "Hmm… Alright then. Kalau you dah cakap macam tu." Dia kemudian mencium dahi aku sebelum bangun dari sofa tempat kami duduk. "4 hari eh… I'm gonna miss you so bad." katanya. Aku kemudian berdiri di hadapannya. Iqmal menyelak rambut aku yang menutupi mata kiri aku lalu diselitkannya ke belakang telinga aku. "Cantik…" katanya. Matanya kemudian merenung ke arah mata aku. Aku dapat merasakan suami aku ini sudah mula menjurus ke arah sesuatu. "Rasanya sempat tak?" soalnya sambil melemparkan satu senyuman ke arah aku.
Tangannya perlahan mengusap lembut lenganku dan kini tangannya berada di pingful aku. Aku terus menepis tangannya. "Hishh! Jangan mengadalah! Nanti terlepas flight tu!"
"Alaa..tapi nanti 4 hari tak jumpa…"
"4 hari je.. Bukan 4 bulan, bukan 4 tahun! Dah! Dah!" kata aku. Jujurnya aku pun seperti mahu menurutkan sahaja kehendak suami aku namun aku tau, 'urusan suami isteri' ini bukan boleh selesai dalam seminit dua, kami ada proses yang tersendiri yang aku boleh katakan agak memakan masa. Jadi mahu atau tidak, aku perlu mematahkan hasrat suami aku. Tambahan pula, rakan sekerja suami aku, Ali akan tiba sebentar lagi untuk menjemput Iqmal ke lapangan terbang. Takkan nak buat Ali tertunggu-tunggu pula nanti. Wajah Iqmal nampak sedikit hampa.
YOU ARE READING
TUMPANG - Sebuah cerita seram PKP
HorrorPerjalanan Aina yang keluar memandu hanya untuk membeli barang dapur dan singgah sebentar ke tempat kerjanya kini bertukar menjadi satu masalah besar baginya setelah kereta Myvi miliknya tiba-tiba rosak semasa memandu di lebuh raya LEKAS. Dengan bat...