Aku melihat jam dinding reka bentuk moden yang tergantung di ruang tamu rumah Nuh dan Bushra. Jam menunjukkan pukul 10.30 malam. Kira-kira 20 minit juga aku ditinggalkan keseorangan di ruang tamu ini. Bushra memang sudah tidak nampak kelibatnya sejak kami tiba di rumah ini. Nuh baru 20 minit yang lalu dia naik seketika. Katanya mahu menyalin baju dan mengemas bilik tetamu yang disediakan untuk aku. Tekak aku mula kering. Kalau ye pun hidanglah air fresh orange ke. Segar sikit tekak aku ni. Ni belum lagi cakap pasal perut. Meriah betul perut aku malam ini. Lepas sekor sekor cacing berdansa dalam perut aku. Lapar sangat agaknya. Aku memandang sekeliling. Cantik rumahnya. Hiasan yang dipaparkan hanya minimal namun sudah cukup melengkapi rumah yang berkonsepkan moden dan boleh jadi minimalis. Sofa yang aku duduk ni pun nampak sederhana sahaja namun warna fabrik yang digunakan iaitu kuning mustard menaikkan seri ruang ini. Tidak lupa juga keempukan kerusi ini yang selesa sehingga membuatkan aku hampir tertidur sementara menunggu mereka.
Mata aku tidak berhenti melilau. Aku merasakan seperti ada yang kurang tentang rumah ini. Oh! Baru aku sedar, tiada satu frame gambar manusia pun di dalam rumah ini. Yang ada cuma frame kanvas gambar pemandangan gunung ganang, hitam putih bandar New York dan beberapa lagi gambar pemandangan alam. Tapi tidak ada satu pun gambar keluarga yang digantung. Hmm...Aneh sekali. Rumah ini agak sunyi. Mereka meninggalkan aku di ruang tamu ini tanpa membuka televisyen untuk aku. Remotenya ada depan mata aku tapi takkan aku nak buka TV sesuka hati di rumah orang ni. Lagi pula Nuh dan Bushra tidak ada mengeluarkan ayat seperti ‘buatlah macam rumah sendiri’ kepada aku. Kalau ada pun aku masih segan.
“Maaflah kak Aina buat akak tunggu lama.” kata Bushra sambil tersenyum mesra yang sambil menuruni anak tangga. Di belakangnya, Nuh turut tersenyum. “Allah! Lupa nak hidang akak air. Maaf ye kak, datang rumah kami ni kering tekak.” kata Nuh pula.
“Eh… Tak apa… Huhuhu…” balas aku. Aku masih rasa janggal dengan Bushra kerana tindakannya di dalam kereta sebentar tadi. Pelik benar. Tadi bukan main marah sekarang tiba-tiba mesra. Mungkin Nuh dah pujuk agaknya. Macam mana agaknya Nuh pujuk dia eh? Sampai 20 minit dekat atas, jangan-jangan Nuh ‘beri salam’ tak tadi? Muka Bushra nampak puas semacam je. Tudungnya pun sudah hilang entah ke mana. Hishh! Apa ni Aina! Busy body betul lah aku ni!
“Akak tunggu kejap ye, Bushra buatkan air.” kata Bushra lalu berjalan menuju ke dapur.
“Susah-susah je dik...Huhu.”
“Ish mana ada susahnya.” kata Nuh yang kemudian duduk di sebuah sofa yang bertentangan dengan aku. Dia kemudian memandang ke arah televisyen yang tidak dihidupkan. “Lahh akak…. Kenapa tak bukak tv ni? Bosan akak tunggu lama-lama dekat bawah ni takda hiburan.”
“Ehh takpalah huhu…”
“Silap sayalah jugak lupa nak bukakkan tv.” kata Nuh. Dia kemudian menghidupkan televisyen. Siaran berita Astro Awani terpapar. Nuh segera menukar ke siaran HBO. Filem Game Night yang dibintangi Rachel McAdam dan Jason Bateman sedang bersiaran. Aku pernah menonton filem ni dengan suami aku. Filem yang agak menarik bagi aku. Kedua-dua pemain utama filem ini nampak mempunyai chemistry dan menjiwai watak mereka sungguhpun mereka hanya berlakon di dalam filem komedi. Nuh kemudian memandang aku seperti mahu memulakan bicara. “Akak sebenarnya dari mana tadi?”
“Akak asalnya beli barang dapur dekat Mydin belakang rumah je pun. Tapi tiba-tiba bos akak call suruh datang butik untuk uruskan stok baru sampai dengan adalah benda-benda lain akak kena settle sebab akak manager kat situ. Boleh pulak orang yang hantar tu lewat sejam itu yang akak lambat gerak balik. Tengah rushing-rushing nak balik boleh pulak kereta rosak.”
Nuh mengangguk faham. “Oh apa nama butik akak?”
“Butik Miravalet. Butik kami laris jualan tudung je. Bushra tak pernah pergi ke butik tu”
YOU ARE READING
TUMPANG - Sebuah cerita seram PKP
HorrorPerjalanan Aina yang keluar memandu hanya untuk membeli barang dapur dan singgah sebentar ke tempat kerjanya kini bertukar menjadi satu masalah besar baginya setelah kereta Myvi miliknya tiba-tiba rosak semasa memandu di lebuh raya LEKAS. Dengan bat...