BAB 12

841 18 2
                                    

“Engkorang tunggu apa lagi?! Tak dengar ke arahan  aku!” teriak ACP Masnawi penuh kemarahan. Dia paling pantang sekiranya ada orang yang cuba melarikan diri daripada dia. Tindakan Izzuddin hanya akan memakan diri. ACP Masnawi amat dikenali dengan sifatnya yang bagaikan harimau yang akan mengejar sasarannya dengan buas sehingga sasarannya berjaya ditangkap. Sarjan Johari yang sedang mengelap hidungnya yang dibasahi air kopi tarik Wonda bingkas bangun lalu mencapai kunci kereta polis peronda model Mitsubishi Lancer. Dia kemudian memulakan gerak langkah yang pantas untuk menuju ke kereta itu namun sempat dihalang oleh Sarjan Hasan. 

Sarjan Hasan kemudian berjalan menuju ke arah bosnya. Dia segera menjelaskan keadaan yang sebenarnya dengan harapan ACP Masnawi akan cuba memahami keadaanyang sedang dihadapi Izzuddin. “Tuan, dalam kereta tu Inspektor Izzuddin. Dia ada hal kecemasan tuan, katanya melibatkan nyawa tu yang saya bagi lepas.” jelasnya.

“Aku tau siapa dalam kereta tu. Aku kenal no plat kereta tu. Tapi masalahnya dia dah buat satu kesalahan. Pertama dia dah melanggar arahan lebih dari seorang individu dalam kereta. Kedua dia dah melarikan diri dari aku. Engko tau betapa susahnya aku nak jaga imej anggota-anggota kita dekat daerah ni? Sekarang ni dia nak calarkan imej kita semua ni? Kalau ada orang viralkan polis langgar SOP macam mana? Siapa nak jawab?” jelas ACP Masnawi. Dia kemudian berjalan menuju ke kereta polis Mitsubishi Lancer. “Kau tunggu apa lagi Johari?!”

“Tapi tuan, Inspektor Izzuddin kata melibatkan nyawa…” kata Sarjan Johari.

ACP Masnawi kemudian mendengus. Dia berjalan pantas menuju ke arah Sarjan Johari lalu merampas kunci kereta polis yang berada dalam genggaman tangan lelaki itu. “Kalau dah tak ada siapa nak dengar arahan aku lagi biar aku je yang pergi sendiri!” tegas ACP Masnawi. Dia kemudian masuk ke dalam kereta polis lalu menghidupkan enjin sebelum bergerak meninggalkan anggota-anggotanya yang berada di sekatan jalan raya itu untuk pergi mengejar kereta yang dipandu Izzuddin.

-----

Mata aku perlahan-lahan dibuka. Pandangan yang kabur beransur pulih sedikit demi sedikit. Cahaya lampu kalimantan yang terang telah menyucuk mata aku sehingga mata aku berair akibat pedih. Dalam keadaan pandangan yang kabur, aku cuba memandang sekeliling untuk mengenalpasti di mana sebenarnya keberadaan aku sekarang ini. Namun, hanya kekaburan yang dapat aku lihat. Dalam kekaburan itu aku dapat menebak sikit-sikit bahawa aku berada di dalam sebuah bilik kecil, barangkali sebuah stor? Setelah mengelipkan mata beberapa kali barulah pandangan aku pulih sepenuhnya. Kepala aku masih pening mungkin disebabkan hentakan yang kuat di kepala aku tadi. Darah yang keluar masih lagi mengalir namun tidak sederas tadi. 

“Who are you?”

Satu suara seorang wanita tiba-tiba menyoal aku. Aku tersentak lalu aku terus memalingkan wajah aku ke kiri kerana aku percaya bahawa suara itu datang dari kiri aku. Kejutan demi kejutan aku terima. Suara itu datang dari seorang wanita tua berbangsa India yang sedang duduk bersandar dengan lemah yang jauh satu meter dari aku. Dia memakai baju kelawar berwarna oren bermotifkan corak abstrak. Wanita tua itu berada dalam keadaan yang tidak terurus. Tangannya diikat begitu juga dengan kakinya. Rambutnya yang beruban pula serabai. Wajahnya yang sudah tua berkedut semakin cengkung seperti sudah beberapa hati tidak makan. Baunya pula jangan cakap, bau hancing seperti bau air kencing. Keadaanya begitu lemah tidak bermaya seolah-olah menunggu hari untuk mati. Apa jadah seorang wanita India berada di dalam sebuah rumah orang Melayu. Takkanlah ni orang gaji Bushra dan Nuh. Atau jangan-jangan dia ni pun mangsa macam aku.

“Aunty ni siapa?” soal aku kembali. Aku benar-benar mahu tahu siapa sebenarnya dia dan apa perkaitannya dengan Bushra dan Nuh.

“You tu siapa?! Are you one of them?!” soal wanita tua itu kembali yang lebih agresif namun tidak terlalu kasar kerana faktor tenaganya yang terlalu lemah.

Jadah dia boleh tuduh aku macam tu. Tak nampak ke kepala aku ni dah macam paip bocor. Terpancut sana sini. Aku terus menyoalnya. “One of them? Aunty nak cakap ni saya geng-geng laki bini gila tu? Aunty tak nampak ke kepala saya ni? Tak nampak apa diorang dah buat dekat saya?” kata aku sambil menggerakkan tangan dan kaki aku yang diikat. Ketika itu juga aku tersedar bahawa aku juga berada dalam keadaan terikat. Aku kemudian memandang sekeliling dan tepat sekali, aku berada di dalam sebuah bilik kecil yang boleh jadi juga stor kerana banyak barang-barang bertindih dan berhabuk yang disusun di atas rak dan juga lantai bilik ini.

Aunty itu kemudian membisu seketika. Dia memerhatikan aku atas bawah. Dia kemudian menyoal. “How did you ended up here?” 

“Kereta saya rosak dekat tepi highway. Mereka berdua jumpa saya kemudian nak tolong hantar saya balik rumah. Tapi polis tak bagi. So diorang decide tumpangkan saya tidur dekat rumah diorang malam ni.” jelas aku.

“Rumah diorang?! Those bastards said that?!” Aunty itu seperti tidak puas hati mendengar penjelasan aku. “Adik nak tau ni rumah siapa? This is my son’s house!” tegasnya.

Aku mula bingung. Aku masih tidak faham keadaan yang sedang berlaku sekarang ini. Mungkin Aunty itu boleh membantu menjelaskan apa yang berlaku memandangkan dia sendiri yang mengaku rumah ini milik anaknya. “I seriously tak faham. Maksud aunty?” 

"Look at those frames. Those are my son's family photos but diorang turunkan semua and put it all here on the day diorang ceroboh rumah ni." jelas Aunty. 

Aku kemudian melihat frame-frame gambar yang dimaksudkan oleh wanita tua itu. Gambar-gambar itu terletak di antara aku dan Aunty. Terdapat beberapa buah frame gambar yang bertindih hanya tiga frame gambar yang dapat dilihat dengan jelas. Gambar pertama merupakan gambar perkahwinan dua orang individu seorang lelaki berbangsa India dan seorang wanita berbangsa seperti Kadazan? Iban? Aku tidak pasti yang aku pasti wajahnya mempunyai rupa orang-orang Borneo. Cantik. Mereka berdua edang tersenyum gembira di dalam gambar itu. Gambar kedua merupakan gambar seorang lelaki India berkaca mata dan berjambang iaitu lelaki yang sama di gambar yang pertama sedang tersenyum memakai jubah konvokesyen. Di bawahnya tertera logo Universiti Malaya dan tulisan ‘Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya ke- 86.’ Ini anak lelaki yang dimaksudkan. Gambar yang terakhir yang aku dapat lihat ialah gambar seorang bayi comel yang dipakaikan rieben merah jambu di kepalanya. Aku berasa tenang melihat gambar bayi itu. Aku terus teringat akan anak lelaki aku, Boboi. Macam inilah rupanya semasa bayi. Cuma anak aku kulitnya lebih cerah sedikit. Tapi kecomelannya tetap sama. Kini aku baru tersedar setelah aku tiba-tiba teringat akan sepasang kasut bayi yang bersaiz 1-3 tahun yang aku jumpai di dalam kereta Ford Ranger biru yang aku naiki. Persoalannya sekarang di mana individu-individu di dalam gambar itu sekarang? Di manakah anak Aunty dan menantunya dan yang paling penting di mana keberadaan bayi comel ini. Aku semakin rasa tidak sedap hati. Jangan-jangan…  Aku mula kerisauan yang melampau. Ya, aku tau dengan apa yang aku baru sahaja alami tadi memang wajarlah aku risau tapi entah kenapa aku dapat merasakan ada yang lebih teruk telah terjadi dan akan terjadi kepada aku tidak lama lagi. “Apa yang sebenarnya berlaku Aunty? And macam mana boleh jadi semua ni?” soal aku yang betul-betul nak tau.

Aunty yang sedang duduk bersandar itu kemudian memandang aku. Dia kemudian memulakan ceritanya. 

TUMPANG - Sebuah cerita seram PKPWhere stories live. Discover now