BAB 2

2K 24 0
                                    

Senja bertukar malam. Langit semakin gelap bertukar hitam sepekat kopi. Aku buka sedikit pintu untuk membenarkan angin masuk kerana terlalu panas. Angin menyusup masuk membelai tubuh aku. Nikmat sungguh. Tekak mula kering. Aku mencapai sebotol air mineral Spritzer dari ruangan compartment botol di sebelah kiri kerusi pemandu. Air Spritzer yang berbaki separuh diteguk laju bagi membasahi tekak. Tangan kanan aku kemudian diangkat untuk melihat waktu pada jam tangan aku. Jam aku merupakan jam analog jadi tiada lampu LED untuk ditekan. Aku terpaksa mendekatkan jam ke muka aku untuk melihat waktu. Jam menunjukkan pukul 8.25 malam. Hampir setengah jam aku terkandas di lebuh raya ini. Lebuh raya LEKAS. Ada dua buah kereta yang melepasi kereta aku yang tersadai di tepi jalan namun tiada satu kereta pun yang mahu berhenti untuk membantu.

Nampaknya aku mungkin terpaksa bermalam di sini. Aku memang tidak mengharapkan suami aku untuk pergi keluar mencari aku kerana buat saat ini kami hanya menggunakan kereta Myvi aku untuk bergerak ke mana-mana kerana kereta BMW suami aku kini tersadai di bengkel. Dia tidak sempat untuk mengambil keretanya semula yang sudah disiap dibaiki kerana bengkel ditutup setelah arahan Perintah Kawalan Pergerakan dikeluarkan. Jangan terkejut bila aku sebut suami aku ada kereta BMW. Bunyi have have kan? Tapi sebenarnya kereta BMW yang dimiliki suami aku merupakan BMW 525i secondhand yang bernilai RM29,000 hampir sama dengan harga sebuah Axia baru. Sanggup dia trade in Saga FLX dia semata-mata nak pakai BMW secondhand yang hanya mendatangkan beban kewangan keluarga kami. Dari bulan pertama kereta itu dibeli sampailah sekarang tak habis-habis dengan rosak sana-sini. Dari luaran memanglah kereta ini nampak lawa, nampak mahal dengan disembur cat berwarna merah metallic kalau dipandu keliling kampung terasa macam orang paling kaya. Kalau boleh nak cabut tingkap kereta kasi semua orang kampung nampak siapa pemandu dan penumpangnya. Punyalah nak menunjuk naik kereta banyak makan wang (BMW). Namun hakikatnya, kereta ini telah menyeksa poket B40 macam aku dan suami aku dengan nak menanggung kos maintenance dengan spare partnya yang mahal nak mampus. Apa boleh buat, nak jual balik pun harga dah jatuh teruk. Pakai jelah. Lagipun bila bawa balik kampung, nampaklah jugak senyuman kegembiraan mak dan ayah mentua aku bila orang-orang kampung dok puji melangit anak menantunya berjaya di Kuala Lumpur sehingga dapat pakai kereta besar walaupun hakikatnya only God knows.

Angin tiba-tiba bertiup kencang dan kemudian bertiup lembut. Aku dapat rasakan seperti ada sesuatu di belakang kereta aku. Bulu roma aku mula meremang. Aku terkandas di lebuh raya LEKAS yang terkenal dengan kisah-kisah seramnya selain karak. Abang ipar aku sendiri pernah ternampak kelibat makhluk misteri semasa memandu di lebuh raya ini pada pukul 3 pagi. Terus demam panas seminggu. Itu baru lalu, belum lagi terkandas macam aku ni. Agaknya macam-macam kelibat boleh aku jumpa malam ni. Silap-silap sekor sekor hantu buat catwalk depan aku ala-ala KL Fashion Week. Aku tak nak ambik risiko ini. Pintu kereta aku ditutup semula. Lantaklah panas bermandi peluh sekalipun yang penting aku rasa lebih selamat dengan tindakan aku ni. Aku terus mengunci kesemua pintu kereta. Mata aku terus dipejamkan lalu aku duduk bersandar. Aku nak baca-baca surah dan ayat pendinding pun takut. Selalunya benda-benda macam ni akan jadi lebih agresif kalau kita mula baca ayat-ayat dari surah tertentu ditambah pula dengan tajwid aku yang tunggang terbalik ni silap-silap diorang yang ajar aku mengaji balik. Mata yang ditutup tidak langsung aku buka. Aku dapat rasakan ada sesuatu semakin dekat menghampiri aku. Langkah kakinya dapat aku dengar dari telinga kanan aku. Semakin lama semakin dekat. Bau harum yang aku tak dapat nak diumpamakan bagaimana baunya tiba-tiba menusuk ke dalam lubang hidung aku. Tiba-tiba sahaja bau harum ini datang.

“Tuk! Tuk! Tuk!”

Tingkap kereta aku diketuk perlahan sebanyak tiga kali. Jantung aku mula berdegup dengan kencang. Peluh di dahi mula mengalir deras. Bintik-bintik peluh semakin bertambah. Aku masih tidak membuka kelopak mata aku. Aku pura-pura tidur.

“Takk! Takk! Takk!”

Kini pemegang pintu kereta aku pula ditarik berkali-kali. Mujur aku sudah kunci kalau tidak dah terbukak pintu ni.

“Assalamualaikum.”

Eh, dia beri salam pulak. Jin Islam ke? Nak jawab ke tak eh? Eh wait! Jangan-jangan ni hantu kum kum. Hantu kum kum je suka beri salam macam ni. Hantu lain suka terjah je. Dasar bangsa tak bertamadun.

“Assalamualaikum.”

Salam yang kedua. Kalau betul yang sedang ketuk cermin aku ni hantu kum kum, dia akan berambus lepas salam yang ketiga.

“Assalamualaikum.”

Yes. Finally, salam yang ketiga telah diberi. Bersiap sedialah untuk kau berambus wahai setan durjana. Tidak lama kemudian keadaan kembali sunyi. Hahaha! Berambus pun kau setan. Aku perlahan-lahan meluaskan kembali kelopak mata aku. Di hadapan aku kosong. Hanya sebuah jalan lebuh raya yang gelap diterangi cahaya lampu jalan yang malap dan ada juga yang berkelip-kelip. Aku kemudian dapat merasakan kembali ada sesuatu entiti kembali menghampiri aku. Walaupun dalam keadaan takut, aku tidak tahu kenapa kepala aku ni macam nak sangat pusing ke kanan untuk melihat entiti itu. Perlahan-lahan kepala aku dipalingkan ke kanan.

"Akak? Kereta rosak ke?"

Aku tersentak.

TUMPANG - Sebuah cerita seram PKPWhere stories live. Discover now