BAB 9

1K 23 2
                                    

Kitab Bible  yang aku jumpai tadi diletakkan ke tepi. Aku termenung seketika. Mata yang rasa sedikit kelat tadi terus segar bugar. Aku kemudian menarik tombol laci untuk memasukkan kitab injil itu ditempat yang lebih elok. Selepas menarik tombol laci, aku terlihat seperti ada wayar kabel putih yang berada dalam keadaan terikat. Aku menarik keluar kabel itu lalu membeleknya lalu aku tersenyum gembira setelah mendapati kabel putih itu merupakan kabel pengecas telefon android. Aku dengan pantas mencapai beg tangan aku lalu membawa keluar telefon pintar dan powerbank. Wayar itu kemudian dihubungkan kepada telefon pintar dan powerbank aku. Skrin telefon pintar itu akhirnya bernyala namun menunjukkan peratusan bateri 1% Charging. Aku perlu menunggu selama beberapa minit sebelum membuat panggilan telefon. Setelah hampir dua minit, bateri telefon pintar aku akhirnya menunjukkan peratusan 15%. Aku segera menekan button power lalu telefon aku berjaya dihidupkan semula. Skrin telefon aku memaparkan notifikasi panggilan tidak terjawab dari suami aku sebanyak 40 panggilan dan 20 panggilan dari ahli keluarga aku yang lain. Mungkin suami aku sudah memaklumkan kehilangan aku ini kepada keluarga aku. Aplikasi Whatsapps pula dibuka. Notifikasi mesej yang masuk menerusi aplikasi itu secara bertubi-tubi telah menyebabkan telefon aku hang seketika. Setelah telefon aku berada dalam keadaan yang baik semula aku segera membuka menyemak aplikasi itu. Terdapat 30 mesej. 3 mesej daripada bos aku, Datin Mira, 10 mesej daripada group keluarga aku dan selebihnya mesej daripada suami aku yang tercinta. Aku tidak mengambil kisah tentang mesej yang lain. Aku terus menekan nama suami aku. 

[Hubby ♥] : Syg skrg ni dh pkl brp? U kt mna? I risau lah

[Hubby ♥] : Kna tahan roadblock ke?

[Hubby ♥] : You napa i call x jwb

[Hubby ♥] : You? Napa x jwb? Why 1 tick je?

[Hubby ♥] : Hello? Hello?

[Hubby ♥] : i call u 20 kali tk jwb

[Hubby ♥] : Aina jgn cmni pls. Where r u darling?

[Hubby ♥] : pls at least tell me u kt mna

[Hubby ♥] : Boboi asyik tnya u mana… nangis2 dh dia ni.. Youu

Itu hanyalah beberapa mesej yang aku baca. Aku tidak dapat hendak membaca semuanya. Aku terus menaip untuk memaklumkan tentang keberadaan aku sekarang.

----

Proton X70 milik Izzuddin dipandu dengan kelajuan sederhana memasuki lebuhraya LEKAS. Di sebelahnya, Iqmal masih cuba menelefon isterinya lagi. Izzuddin menggeleng perlahan. Dia kemudian bersuara. “Sudahlah tu Mal. Kalau phone dia mati kau call macam mana pun dia tak dapat nak angkat. Lebih baik kau jimat sikit bateri kau tu. Kang buatnya ada emergency ke.” Iqmal kemudian terus memutuskan panggilan. Dia akur dengan nasihat Izzuddin. Dia kemudian menyandarkan tubuhnya ke kerusi. Wajahnya merenung ke luar tingkap. “Aku faham apa yang kau rasa. Aku faham macam mana kerisauan suami tu bila bini dia tiba-tiba hilang. Dulu kalau kau ingat lagi bini aku pun pernah tetiba hilang camni gak.”

Iqmal cuba mengingati kembali peristiwa yang dimaksudkan oleh Izzuddin. Setelah puas memutarkan kotak memori, Iqmal teringat dengan satu peristiwa 6 tahun yang lalu di mana ketika itu Izzuddin baru beberapa hari mendirikan rumah tangga. Peristiwa di mana isteri Izzuddin tidak pulang ke rumah dari tempat kerja. Izzuddin yang ketika itu inai masih melekat di jari terus gelabah dan panik kerana gagal menghubungi isterinya. Habis semua group-group dan kenalan-kenalan di Whatsapps yang mengenali dan berkaitan dengan isterinya dihubungi untuk bertanyakan tentang keberadaan isterinya. Menjadi kecoh seketika saat itu. Setelah hampir 6 jam tidak dapat dihubungi, jam yang ketujuh baru isteri Izzuddin menelefonnya mengatakan bahawa dia tertidur di dalam tandas pejabat dan kini baru dia tersedar setelah makcik cleaner menggegarkan pintu tandas tersebut untuk mengejutnya. 

TUMPANG - Sebuah cerita seram PKPWhere stories live. Discover now