BAB 15

660 18 4
                                    

Jamil meneruskan langkahnya namun menambah kepantasan dengan lebih. Di belakangnya dua orang individu sedang mengejarnya tanpa menunjukkan sedikit pun hasrat untuk mengalah. Yang mengejarnya, seorang lelaki beruniform polis dan seorang lelaki berbaju kuning cair berkolar. Jamil kini sedang berlari menuruni anak tangga yang menuju ke tepi longkang besar. Dia terus berlari tanpa memandang ke belakang. 

“Laju pulak budak ni lari!” kata Iqmal yang mula tercungap-cungap mencuri nafas. Dah berapa meter jauh dia lari meninggalkan kereta. Izzuddin tidak membalas sebaliknya dia terus mempercepatkan lagi langkahnya. Dia terus menuruni anak tangga mengikuti langkah budak berambut undercut itu. 

“Berhenti! Jangan lari!” teriak Izzuddin setelah berjaya menjumpai semula kelibat budak itu. Mujur budak itu masih ada dalam pandangannya. Dia yakin dia akan berjaya menangkap budak itu.

Jamil memalingkan wajahnya ke belakang. Izzuddin semakin menghampiri. Dia mula cuak. Tanpa disedarinya, terdapat sebiji batu bata berwarna jingga terletak tidak berapa jauh dihadapannya. Jamil telah tidak sengaja melanggar batu itu sehingga kakinya tersungkur. Dia tersembam ke tanah sebelum tergolek beberapa kali. Jamil kemudian berguling dan hampir terjatuh ke dalam longkang besar. Izzuddin segera merentap tangannya lalu menariknya dengan pantas bagi mengelak dari terus terjatuh. Jamil hanya baring dalam keadaan pasrah. Dia tercungap-cungap kerana terlalu penat berlari ditambah pula dengan rasa gelisah kerana hampir jatuh ke dalam longkang besar. Dia dahlah tak reti berenang.

Iqmal kemudian berhenti berlari lalu berjalan perlahan menghampiri Izzuddin dan Jamil. Dia tercungap-cungap. “Kenapa kau lari dik. Penat kitorang kejar tau tak?!”

“Tuan...to..tolong jangan tangkap saya…” Jamil merayu sambil mencuri nafas.

“Aku ni ikutkan hati tak nak tangkap kau tau.” kata Izzuddin. Dia kemudian menampar kepala budak itu. “Tapi sebab kau ni lari sampai aku kena kejar kau, memang aku humban kau masuk lokap!”

“Lokap?! Tolong tuan! Saya taknak masuk lokap! Saya ni budak lagi.. Baru form 3..”kata Jamil lalu menangis kerana takut dengan ugutan Izzuddin. 

“Dah dah jangan menangis. Sekarang ni aku tanya..”

“Wuuuu...wuuu...wuuuu….” Jamil terus menangis seperti anak kecil. 

“Tak payahlah menangis! Kau berhenti menangis sekarang!” Izzuddin mula bengang. 

“Wuu….wuuu.. Saya tak nak masuk lokap...wuu… camna saya nak kerja kerajaan kalau ada rekod jenayah.. Wuu..”

“Amboi jauh benar kau fikir. Dahlah, aku tak tangkap kau tapi kau kena jawab betul-betul soalan aku ni.”

Jamil terus serta merta berhenti menangis. Dia terus memalingkan wajahnya ke arah Izzuddin. “Apa dia tu tuan?” soalnya bersahaja. 

Izzuddin sekali lagi menampar kepala Jamil. “Engkau berlakon je eh tadi!”

Iqmal tidak mahu membuang masa dia terus bertanyakan soalan. “Dik, dekat sini kat mana rumah Lot 42?”

Jamil terdiam seketika. Dia cuba memproses soalan Iqmal. “Hmm… Tak silap saya tak ada lot 42 kat taman ni.”

Iqmal terdiam. Dia memandang Izzuddin. Izzuddin membalas pandangan itu lalu memalingkan semula wajahnya ke arah Jamil. “Kau betul ke ni? Jangan nak tipu!”

“Bbetul tuan… Saya tak tipu. Saya dari lahir sampailah sekarang memang dekat taman ni saya hidup. Setiap hari saya round-round taman ni tapi semuanya alamat rumah biasa. Takde pulak lot-lot bagai. Yang selalu saya dengar lot-lot ni dekat kubur sana tu. ” kata Jamil. Dia kemudian terdiam seketika. Lalu kepalanya teringat sesuatu. “Tapi!”

TUMPANG - Sebuah cerita seram PKPWhere stories live. Discover now