BAB 16

647 16 11
                                    

Petang. 30 Mac 2020, 2 hari sebelum Perintah Kawalan Pergerakan Fasa Ke - 2 bermula.

Datuk Norman hanya melihat pemandangan pohon-pohon di bukit melalui tingkap. Tangannya disilangkan ke belakang. Dadanya berombak menahan kemarahan. Sepanjang dia mengambil alih Bestari Raya Mental Health Institute (BRAMH) sejak 5 tahun yang lalu, belum pernah ada lagi kes pesakit dia hospital ini berjaya melarikan diri. Dan harini, perkara yang menjadi mimpi ngerinya telah pun terjadi di mana 2 orang pesakit mental yang paling bahaya dan paling penting di hospital ini telah pun terlepas sehingga membunuh seorang jururawat yang bertugas. Kehilangan dua orang pesakit ini bukan sahaja membahayakan nyawa orang lain, malah nyawanya serta semua kakitangan di hospital ini. Hal ini demikian kerana dua orang pesakit ini datang dari keluarga yang mempunyai nama baik di negara ini. Keluarga mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk menjaga reputasi keluarga sehingga mengurung anak mereka di institut mental ini untuk mengelakkan daripada diketahui oleh pihak media. Dia kemudian menjengah kembali ke sebuah katil hospital kosong di wad persendirian khas itu. Kemarahannya semakin bertambah. Dia kemudian memalingkan wajahnya ke arah seorang jururawat lelaki yang ditugaskan olehnya untuk menjaga dua orang pesakit khas daripada terlepas. “You had one job. One. Fucking. Job Nazrin! Bodoh! Benda senang pun tak boleh buat!”

Nazrin hanya membisu setelah dimarahi majikannya. Dia menunduk. Dia mengaku ini kesilapan dan kecuaiannya sehingga menyebabkan dua orang pesakit terpenting di hospital ini telah terlepas. Dan yang paling teruk, seorang jururawat wanita telah pun terkorban menjadi mangsa kepada dua orang pesakit itu. Nazrin kemudian memalingkan wajahnya ke kiri. Mayat Azura yang merupakan salah seorang jururawat di hospital mental ini sedang terbaring longlai. Tudung putihnya basah dengan darah akibat darah keluar memancut dari kelaran pada leher mangsa. Semakin menebal rasa bersalah dalam dirinya.

“Ni, mayat pompuan ni, siapa nak jawab dengan keluarga dia?!” kata Norman sambil menyepak-nyepak mayat wanita itu sehingga bergerak-gerak jasad jururawat itu.

“You’re lucky on this one. She came from an orphanage, was married but divorced. No kids. No contact with ex-husband for the past three years. No relatives at all. In other words, dia mati pun nobody will notice. Well except for our staffs here.” kata Dr. Erick yang baru tiba di wad persendirian itu. Tangannya mencampakkan rekod peribadi kakitangan ke atas meja.

“Berapa ramai staff kita yang dah tau pasal ni?” soal Norman.

“So far, only the people in this room.”

Norman menarik nafas lega. “Thank god!” Dia kemudian memandang semula wajah Nazrin. “Tapi, we still have a bigger problem here. Kau ni memanglah Nazrin. Kau tau kan dua orang pesakit yang hilang tu siapa? Anak VVIP kau tau tak!? Tak boleh ke kalau kau nak cuai pun cuai kat pesakit lain?! Yang ni jugaklah kau boleh terlepas!”

“Saya mintak maaf Datuk.” balas Nazrin sambil menunduk.

Norman kemudian mengambil rekod peribadi kakitangan lalu membalingnya dengan kuat ke arah Nazrin. “Kalau sampai dua orang tu tertangkap, mati aku kau tau tak?! Gaji aku, gaji kau, gaji semua orang dekat hospital ni semua bergantung dekat 2 orang pesakit ni kau faham tak?!!!”

Nazrin tidak membalas.

“Aku nak kau setel mayat Azura ni, pepandailah kau nak tanam ke bakar ke yang penting jangan sampai ada orang tau dia dah mati. Lepastu aku nak kau Nazrin, pergi cari dua manusia sial tu sampai jumpa. Kau faham!”

Nazrin hanya mengangguk. Datuk Norman kemudian berjalan meninggalkan wad persendirian itu.

-----

Malam. 30 Mac 2020, 2 hari sebelum Perintah Kawalan Pergerakan Fasa Ke - 2 bermula.

Kereta Land Rover milik BRAMH diparkir ke tepi. Dr. Erick dan Nazrin kini berada di dalam sebuah hutan kecil yang terletak beberapa kilometer daripada tempat mereka bekerja. Hutan ini tidak pernah dimasuki oleh orang luar kerana ini merupakan tanah persendirian milik keluarga Datuk Norman yang telah dibeli atas perancangan untuk membina lagi beberapa blok baru untuk institut ini. Namun perancangan ini telah dihalang oleh keluarga dua orang pesakit mental yang penting di hospital itu iaitu Bushra dan Nuh kerana keluarga mereka tidak mahu orang ramai tahu tentang kewujudan hospital ini. Bonet belakang kereta dibuka. Mayat Azura sedang berada dalam keadaan berbungkus. Dr. Erick dan Nazrin segera mengangkat jasad Azura lalu dibawa masuk beberapa meter ke dalam hutan. Nazrin hanya mengikuti gerak langkah Dr. Erick. Setelah hampir 30 meter berjalan akhirnya mereka berhenti. “Naz, pergi ambil cangkul dalam boot kereta. Ambil dua tu ya.” arah doktor berbangsa Cina itu. Dia kemudian mengeluarkan sebatang rokok dari poketnya lalu dinyalakan api. 

TUMPANG - Sebuah cerita seram PKPWhere stories live. Discover now