BAB 17

631 16 2
                                    

“Tolong lepaskan saya! Saya tak ada kena mengena dengan semua ni! Tolonglah saya nak jumpa anak saya, suami saya… Tolong…” Aku terus merayu tatkala aku di arah masuk semula ke dalam rumah neraka ini. Ketiga-tiga lelaki yang tidak dikenali itu hanya memandang wajah aku dengan riak muka yang kusut. Tiada seorang pun yang membalas rayuan aku.

Seorang lelaki memakai hoodie hitam berdiri di muka pintu. Wajahnya kelihatan lebih muda berbanding dengan dua orang lelaki yang turut bersamanya. Berdasarkan apa yang dengar, namanya Nazrin setelah dipanggil berkali-kali oleh seorang lelaki berbangsa yang lebih berusia daripadanya. Lelaki tua itu pula bernama Erick. Nazrin duduk dengan wajah yang resah. Dia kemudian memandang wajah aku dengan rasa kasihan. Aku dapat rasakan yang dia sedang bersimpati terhadap keadaan aku. Aku cuba merayu kepadanya. “Cik, tolong lepaskan saya cik… Saya merayu…. Saya dah tak sanggup lagi nak tengok semua ni.”

Nazrin hanya membalas dengan raut wajah yang lebih simpati. Aku tahu dalam keadaan sekarang ini, dia hanya orang yang terpaksa menuruti arahan dua orang lelaki pertengahan usia itu. Namun aku tetap mahu mencuba manalah tahu rasa perikemanusiaannya akan menguatkan lagi naluri hatinya untuk menyelamatkan aku dari keadaan ini.

“Nazrin, give me a hand here.” pinta Dr. Erick yang sedang berada di muka pintu memerhatikan mayat Vandhana. Nazrin yang dalam keadaan termangu terus bangun tanpa banyak bicara. Dia kemudian keluar dari rumah itu bersama Dr. Erick. Datuk Norman pula sedang berada di dapur mengacukan pistol ke arah Nuh dan Bushra. Tidak lama kemudian, Nazrin dan Dr. Erick masuk ke dalam rumah sambil mengusung mayat Vandhana. Mayat Vandhana diletakkan tidak berapa jauh di hadapan aku. Aku rasa sebak melihat mayat wanita tua itu yang sedang kaku tidak bermaya. Aku rasa terkilan kerana tidak berjaya keluar hidup-hidup dari rumah neraka ini bersama dengannya. “Kenapa korang bunuh dia….” soal aku lalu air mata aku terus mengalir kerana tidak mampu bertahan lagi. 

Nazrin kemudian terduduk di atas sebuah kerusi di ruang tamu. Dia masih tidak boleh terima tindakan majikannya yang menembak orang yang tidak bersalah sesuka hati. Seolah-olah di negara ini tiada undang-undang. Mujur Datuk Norman sudah pun memasang silencer siap-siap. Kalau tidak habis satu kawasan perumahan ini dapat dengar bunyi tembakan yang kuat. Nazrin mula ketakutan dengan apa yang telah berlaku. Dia secara tidak langsung telah terlibat dengan satu pembunuhan. “Come on. 

We’re not done yet.” kata Dr. Erick. “Move her to the kitchen.” arahnya.

Nazrin kemudian menarik lengan aku. Aku yang dalam keadaan lemah cuba untuk bergelut namun kudrat yang berbaki tidak mampu membantu aku untuk meloloskan diri. “Cik...tolong..” rayu aku lagi.

“Saya mintak maaf.” balas Nazrin tanpa sedikit pun memandang ke wajah aku. Dia mungkin tidak sampai hati.

Bushra dengan Nuh pula kini tangannya diikat oleh Datuk Norman dan Dr. Erick. Datuk Norman pula masih dengan perbuatannya, mengacukan pistol ke arah Bushra dan Nuh kerana khuatir kedua-dua pesakit di hospital sakit jiwanya bertindak di luar kawalan. Kepalanya sedang runsing memikirkan tindakan apa yang perlu dibuat. Dia kemudian memandang ke arah aku setelah aku tiba di dapur bersama Nazrin lalu diletakkan bersama dengan Bushra dan Nuh. “Kau siapa? Kau tuan rumah ni ke?”

Aku menggeleng pantas. “Saya cuma orang luar. Kereta saya rosak tepi highway, diorang jumpa saya and offer saya untuk stay rumah diorang satu malam dekat rumah ni…”

“And you accepted that offer? From a stranger?” soal Dr. Erick pula.

“Bodoh kan? Hihihihi..” Busha mencelah. Dia kemudian terus ketawa lalu melemparkan senyuman yang menyeringai ke arah aku.

Jahanam punya betina. Aku kemudian menjustifikasi tindakan aku. “Saya stuck sorang-sorang dekat highway sebab kereta rosak, takkan nak tidur tepi jalan malam-malam.” balas aku. “Saya tak ada pilihan.”

TUMPANG - Sebuah cerita seram PKPWhere stories live. Discover now