Nathan merebahkan punggungnya ke atas sofa empuknya berwarna kuning mustard. Remote TV dicapai lalu ditekan punat ‘on’. Skrin tv yang gelap akhirnya bertukar terang memaparkan rancangan berita British Broadcasting Corporation. Di siaran berita itu, seorang pembaca berita wanita Scottish berambut potongan pixie cut berwarna putih sedang menyampaikan berita mengenai kemelut coronavirus yang melanda sebuah negara yang diterajui seorang ahli perniagaan terkemuka Donald Trump. Tracy yang sedang duduk menunggu kek lobak merahnya yang sedang dibakar di dalam ketuhar pembakar sempat menjengah ke ruang tamu untuk melihat siaran berita yang dibuka suaminya. Matanya kemudian tertancap ke arah pembaca berita yang sedang menyampaikan berita mengenai peningkatan kadar kematian di Amerika Syarikat yang mencecah 2,000 kematian pada satu hari. Wanita itu merupakan Carrie Grace, seorang pembaca berita yang pernah menyuarakan diskriminasi tentang bayaran gaji yang tidak adil kerana dia menerima bayaran lebih rendah berbanding rakan-rakan penyampai beritanya yang lain yang berjantina lelaki. Tracy pernah bertemu dengan pembaca berita itu beberapa kali pada tahun 1997 kerana mereka belajar di universiti yang sama iaitu University of Westminster.
“The United States has become the first country in the world to record more than 2,000 coronavirus deaths in a single day. According to-” Nathan dan Tracy tidak sempat untuk mendengar penuh berita yang disampaikan oleh Grace setelah ibu Nathan, Vandhanna terus mencapai remote TV lalu menukar ke siaran TV3. Di siaran TV3, sedang bersiaran langsung perutusan daripada Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai makluman terkini berkenaan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Fasa ke-2 yang akan dilaksanakan. “Better watch this one lah. What’s the point listening to other country news but you don’t know what happen in your country. This one is more important.” kata Vandhana.
Nathan mendengus. Dia bukan suka sangat dengan PM baharu memandangkan dia penyokong kuat gabungan Pakatan Harapan. Berbeza dengan isterinya, Tracy yang merupakan anak jati Sarawak. Tracy pula penyokong kuat gabungan parti baharu memandangkan bapa saudaranya merupakan salah seorang ahli politik dari Gabungan Parti Sarawak yang mendapat manfaat hasil perikatan kerajaan baharu ini. Sungguhpun begitu, mereka tidak pernah membenarkan perbezaan politik menjadi parasit yang mengancam kebahagiaan rumah tangga mereka. Mereka mempunyai peraturan yang tersendiri iaitu dilarang bercakap tentang politik lebih daripada 3 minit sesama mereka kerana mereka tahu lebih banyak mereka bercakap mengenai politik lebih banyak perbezaan pendapat berlaku yang akhirnya akan mendorong pergaduhan. Jadi tempoh 3 minit sudah lebih dari cukup. Nathan kemudian mendapati bahawa bukan PM yang berucap sebaliknya Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Ismail Sabri. Bagi Nathan, bukan ada beza pun dua-dua dia tak suka.
“Untuk fasa kedua PKP ini, kita akan meningkatkan dari segi sekatan-sekatan pergerakan, pada tahap kedua ini kita percaya ia tentulah berbeza daripada sekatan fasa pertama.” maklum Menteri Pertahanan, merangkap Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Ismail Sabri.
“Thank god you are already here, Ma.” kata Nathan yang bersyukur kerana dia sempat membawa ibunya ke rumahnya sebelum fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan.
Vandhana hanya tersenyum. Dia juga turut bersyukur kerana anaknya tidak pernah melupakannya walaupun sesaat. Dia juga mampu menghela nafas lega kerana dapat bersama anaknya disaat penularan pandemik yang kian merebak pantas. “Ma, dear. Dinner is served!” teriak menantunya, Tracy di ruang makan sambil menatang kek lobak merah yang baru siap dibakar lalu diletakkan ke atas meja.
Usai menikmati makan malam, Vandhana bersama dengan anaknya menuju semula ke ruang tamu. Tiba-tiba cucu perempuannya yang baru berusia setahun tiga bulan, Trisha menangis teresak-esak. Nathan segera mendukung anaknya lalu cuba menenangkannya. “Awwhh my pretty baby girl. Don’t cry okay baby.” katanya lalu mencium dahi dan pipi bayinya.
YOU ARE READING
TUMPANG - Sebuah cerita seram PKP
HorrorPerjalanan Aina yang keluar memandu hanya untuk membeli barang dapur dan singgah sebentar ke tempat kerjanya kini bertukar menjadi satu masalah besar baginya setelah kereta Myvi miliknya tiba-tiba rosak semasa memandu di lebuh raya LEKAS. Dengan bat...