"Saya janji saya tak akan bagitau pihak polis atau sesiapa pun tentang semua ni... Tolong lepaskan saya..." rayu aku. Malam ini sahaja sudah berapa kali aku merayu dan belum lagi rayuan aku didengari. Entah kenapa aku tak serik untuk merayu sedangkan aku sedar tak ada gunanya aku merayu lagi. Aku tahu nyawa aku akan diakhiri pada malam ini. Mungkin aku telah pun selamat dari menjadi stok makanan Bushra dan Nuh tapi aku masih perlu hadapi bahaya yang baharu iaitu menjadi mayat seterusnya yang menerima nasib seperti Vandhana. Dengan apa yang Datuk Norman dan Dr. Erick lakukan pada malam ini, aku yakin menamatkan riwayat aku bukanlah sesuatu yang sukar bagi mereka. Mereka pasti mahu membunuh aku dan tidak akan melepaskan aku kerana takut aku melaporkan kejadian-kejadian yang penuh tragis ini kepada pihak polis.
Aku kini berada di dalam sebuah kereta Land Rover. Tangan aku diikat ketat begitu juga dengan kaki aku. Aku tidak keseorangan sebaliknya aku bersama dengan Nazrin yang sedang terbaring di bahagian but belakang kereta. But belakang kereta agak luas sehingga boleh memuatkan tubuh Nazrin yang masih ada ruang untuk bergerak. Tangannya juga diikat ketat sebagai langkah berjaga-jaga. Aku dapat menjengah ke ruang but kerana hanya dipisahkan dengan kerusi penumpang sahaja. Di atasnya ruang terbuka. Datuk Norman dan Dr. Erick masih berada di dalam rumah untuk memulakan modus operandi mereka dalam menampakkan penghuni rumah itu maut akibat letupan yang akan berlaku sebentar lagi. Nuh dan Bushra jugak masih berada di dalam rumah dalam keadaan terikat. Datuk Norman tidak mahu meletakkan mereka di dalam kereta tanpa pengawasan kerana takut mereka meloloskan diri lagi. Dia juga yakin aku tidak mampu melepaskan diri kerana tangan dan kaki aku diikat ketat begitu juga dengan mulut aku yang disumbat dengan kain. Dengan itu aku tidak dapat melepaskan diri pada masa yang sama menjerit untuk meminta pertolongan.
"Erghh..." Suara Nazrin yang sedang mengerang kesakitan mula kedengaran dari belakang. Dia bangkit perlahan-lahan. "Cik... Pisau..."
"Hehhh?" soal aku. Aku sebenarnya mengatakan 'Huh?' tapi disebabkan mulut aku disumbat dengan kain maka bunyinya jadi lain.
"Dekat bawah seat... Seat driver.. Ada..toolbox...." sambungnya lagi. Gaya percakapannya ala-ala Datuk Rahim Razali yang berjela-jela kadangkala penat untuk mendengarnya. "Dalam tu... ada pisau..."
Mata aku terus membungkam. Aku teruja. Peluang untuk aku meloloskan diri kembali cerah di kala malam yang gelap ini. Kedua-dua kaki aku yang terikat cuba mengais-ngais bawah kerusi pemandu. Akhirnya sebuah toolbox hitam berjaya ditarik keluar. Aku cuba untuk mencapai toolbox itu menggunakan tangan namun gagal kerana tidak sampai. Jika tangan aku lebih panjang pasti toolbox itu sudah dapat dicapai. Aku menguis pula klip toolbox itu menggunakan ibu jari kaki kanan aku untuk dibuka. Berjaya. Mata aku kini tertancap ke arah sebuah pisau libat yang terselit disebalik skru driver dan perkakasan lain. Pelekat neon yang dilekatkan pada pisau itu memudahkan lagi pencarian aku kerana pelekat itu menyala di dalam gelap.
"Dah ke....." soal Nazrin.
"Elumm.." balas aku yang sedang berusaha untuk menyelitkan pisau itu di antara kedua kaki aku yang sedang terikat.
"Lambatnya...."
"Happ ahh.."
Percubaan pertama berakhir dengan kegagalan. Aku mencuba sekali lagi. Pisau itu sekali lagi terjatuh semula ke dalam tool box. Aku mencuba dengan lebih teliti. Yess berjaya. Kini aku perlu memastikan pisau itu dapat dicapai tangan aku. Perlahan-lahan aku mengangkat pisau berkenaan menggunakan kedua-dua kaki aku dan akhirnya berjaya dicapai oleh tangan aku. Dengan pantas aku cuba memotong tali yang mengikat tangan aku.
"Erick datang..."
Aku tersentak. Aku memalingkan wajah ke belakang. Ya memang benar apa yang diperkatakan Nazrin. Di kini sedang menghampiri kereta ini. Aku mempercepatkan tindakan aku dan akhirnya tali yang mengikat tangan aku berjaya dipotong. Dr. Erick kini hanya jarak dua meter dari kereta ini. Aku terus mencampakkan pisau tersebut ke arah Nazrin.
YOU ARE READING
TUMPANG - Sebuah cerita seram PKP
HorrorPerjalanan Aina yang keluar memandu hanya untuk membeli barang dapur dan singgah sebentar ke tempat kerjanya kini bertukar menjadi satu masalah besar baginya setelah kereta Myvi miliknya tiba-tiba rosak semasa memandu di lebuh raya LEKAS. Dengan bat...