°14°

994 145 11
                                    

Rambutnya yang serabai langsung tak dihiraukan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Rambutnya yang serabai langsung tak dihiraukan. Hatinya masih berlahar. Perempuan tak guna tu memang mencabar tahap kesabaran dirinya! 

Sakit hatinya ibarat disiat-siat disebabkan Yeonwoo, anak perempuan miskin yang tak sedar diri tu! Dia kemudian tiba-tiba terdorong ke hadapan kerana brek mengejut. 

Pemandu yang memandu dipandang dengan pandangan tajam. Kakinya yang tanpa kasut menyepak tempat duduk pemandu.

"Aku upah kau untuk bawak kereta betul-betul! Kau nak aku mati ke?!!! Sial! Kau jangan main-main dengan aku!! Kau bawak kereta betul-betulllah! Itu pun aku nak ajar ke?!!" bentaknya sambil menendang dengan kuat. 

Pemandu itu hanya menganggukkan dan meminta maaf. Bukan salahnya brek mengejut. Kereta di hadapan yang berhenti dulu.

"Dah apa lagi?! BAWAK LAH KERETA TU CEPAT!" jeritnya lagi. kereta itu meluncur laju di jalan raya. Aku akan pastikan hidup Yeonwoo dalam masalah!!

"Siapa nama lelaki yang dia suka tu?"

"Menurut kajian saya, namanya Jeon Jungkook. 25 tahun."

"dia macam mana?"

"dia anak orang kaya yang asalnya duduk di Amerika dan sekarang tinggal di Seoul. Dengar cerita dia berjiran dengan Yeonwoo."

Puan Lee kemudian terangguk-angguk. Rancangan jahat bermain di minda. Dia kemudian tertawa jahat. 

"aku nak kau ajak orang kau, follow budak tak guna dua ekor tu nanti! Kau bagitahu aku semua perkara yang diorang buat. Entah-entah diorang tak bercinta dan khabar angin tentang Yeonwoo lesbian tu betull! Dengan cara tu aku boleh dapat harta dia!"

Pemandu itu hanya mengangguk perlahan.

...

"Dalam unit khas ini, kami mengkomersialkan barangan dari luar negara dan yang telah menceburi pasaran antarabangsa. Model di sini juga mendapat kursus khas yang diatur sendiri oleh cik Yeonwoo dan mereka mempunyai pengalaman bekerja di luar negara. Paling jauh model kami pernah pergi setakat ini adalah di Timur Tengah seperti Abu Dhabi dan Emeriah Arab Bersatu." Jelas Jimin kepada Jungkook.

Selepas sahaja Yeonwoo masuk ke dalam bilik pejabatnya, Jimin segera masuk ke dalam bilik pejabat Jungkook untuk menerangkan perihal jabatan unit khas itu walaupun alasan sebenarnya adalah mengelak dari dihempuk Lucas.

Jungkook mengangguk faham. "berapa banyak modal hantar ke luar negara tu?"

"syarikat kami special sikit sebabnya, pemilik jenama sendiri yang membayar kos pergi-pulang model kami ke destinasi yang dipinta. Jadi kami hanya bekalkan duit sedikit untuk kos penginapan & makanan model kami sahaja. Biasanya tak lebih 1000 euro/dollar." Jungkook angguk lagi.

"mari saya perkenalkan dengan para pekerja unit khas ini." Ujar Jimin lalu bangun daripada kerusinya. Jungkook ikut serta. 

Sebenarnya boleh sahaja kalau dia tengok melalui profile para pekerja di situ tapi biarkanlah si Jimin ni. "nanti serahkan pada saya data dan informasi terkini ya. Oh ya, ada acara penting tak lama lagi ke?"

Jimin berhenti kemudian berfikir sejenak. Kemudian dia senyum dan angguk. 

"untuk pakej pakaian sempena musim sejuk dan musim panas. Biasanya kalau tempatan, musim sejuk lah. kalau luar negara, sama ada musim sejuk, musim panas ataupun musim luruh." Jungkook angguk. 

"mesti korang buzy gila time tu."

Jimin angguk dan memuncungkan bibirnya. "terutamanya saya dan cik Yeonwoo. Saya perlu pastikan model semua ada dan alatan, prop, kamera semua dalam keadaan baik manakala cik Yeonwoo perlu pastikan make up, jenis pakaian, editing, dan banyak lagi lah dia buat. Walaupun kami ada pakar di sini, tapi mereka perlu dapatkan pengesahan cik Yeonwoo. Jadi Cik Yeonwoo perlulah buat penilaian di situ. Walaupun Cik Yeonwoo tak ambil kos modelling and comercial, dia dah belajar selama berapa tahun dengan mak dia, pengasas LeeApparel.co"

Jungkook terangguk. Dia kemudian diperkenalkan kepada pekerja di situ. Majoritinya ramah dan mudah bergaul. Jungkook tak henti-henti lebarkan senyumannya. 

Ada yang memujinya kacak, dan ramai beranggapan yang Jungkook seorang model dan bukannya head admin. Jungkook hanya senyumkan sahaja.

Selepas habis sesi suai kenal, dia dan Jimin masuk ke dalam pejabatnya semula. Jimin kemudian ambil tempat duduknya dan kemudian memandang Jungkook dengan pandangan yang penuh makna. Jungkook yang sedar tu kemudian hanya tersenyum.

 "hensem sangat ke saya ni sampai awak pandang macam nak telan?"

Jimin berdehem. "ketara sangat ya? Erm, sebenarnya saya musykil sesuatu... macam mana cik Yeonwoo dan Encik Jungkook berjumpa?"

Jungkook yang sedang ralit melihat kertas kerja yang berlambak terhenti pergerakannya. Erm, macam mana nak cakap ni! dia perlukan Yeonwoo... "err.. kenapa ya?" soal Jungkook teragak-agak.

Jimin gelak kecil. "alahai encik janganlah malu-malu~ kita-kita je tau~" Jungkook sengih. Macam aku tak tau kau tu kaki kepoh tegar dalam unit ni. Jungkook kemudian berdehem dan berharap keajaiban akan berlaku. Tolonglah!!

"err, sebenarnya..."

Tiba-tiba pintu gelangsar automatik terbuka dan wajah Yeonwoo muncul. Oh Yeonwoo, you're my heroinn!!!

"Jungkook-shi." Yeonwoo yang baru nak ber'kau' 'aku' dengan Jungkook terhenti apabila melihat figura Jimin yang sedang memandangnya dengan senyuman. Yeonwoo angkat kening dan pandang mereka silih berganti. 

"what are you doing here, budak 175 cm?"

"erm.."

"jimin Cuma terangkan pada saya fasal unit khas ni dan syarikat ni sahaja. Kan Jimin kan??" ujar Jungkook cuba membela Jimin. Jimin kemudian mengangguk laju dan diikuti dengan senyuman comel.

Yeonwoo kemudian senyum sinis. "nothing to talk about. Kalau setakat nak cakap fasal unit khas takdelah sampai 2 jam kan? Mesti kau ada tanya apa-apa kan? Kau nak korek apa lagi ni Jimin??" Yeonwoo dah agak yang si Jimin ni memang dasar kaki kepoh tegar. Jimin hanya senyum dan kemudian ketap bibirnya.

Dia tiba-tiba capai telefonnya dan berpura-pura ada orang telefon. Nama Dee dipetiknya. "ya Dee? Oh, senarai tu eh? Ada-ada! biar aku bagi kau!Haa tunggu kejap!"

Jimin pandang Yeonwoo. "Dee panggil. Erm, saya pergi buat kerja dulu lah ya.."

"telefon awak tak berbunyi pun?" soal Jungkook lurus. Jimin membulatkan matanya dan tersenyum paksa. "saya pergi dula yaaa??"

Jimin segera berlalu dan Yeonwoo beri ruang pada Jimin untuk lalu. Dasar... 

Yeonwoo menggelengkan kepalanya dan pandang Jungkook pula yang terkulat-kulat membuat kerja. Dia menghampiri Jungkook. 

"kau mesti kosongkan jadual kau lusa. Ada talk show ape benda alah tah yang si mak jemah korea tu nak tanya. Make sure kau pergi studio 5 dekat aras 15 nanti. Preparation semua kat sana. Patutnya sekarang tapi tah apa lah benda dia nak buat tu."

Jungkook mengerutkan kening. Tangannya berhenti bekerja. "Mak jemah? Studio? Preparation? Apa benda tu??"

Yeonwoo mengeluh. Dia ni lurus betullah! "hello encik Jeon Jungkook. Kau sekarang dah jadi Namja Chinggu CEO paling terkaya dan terkenal seantero Korea dan mestilah mak jemah merangkap wartawan yang suka jaga tepi kain orang tu nak temu duga dan kenal-kenal dengan kau! Ada faham??"

Jungkook kemudian angguk laju. Yeonwoo senyum sedikit kemudian lemparkan sebuah kertas yang agak tebal. Jungkook pandang. 

"ni maklumat aku, kakitangan, sejarah perkembangan syarikat. Pandai-pandailah kau baca sebelum temu bual." Ujar Yeonwoo kepada Jungkook lalu terus tinggalkan Jungkook yang sedang terpinga-pinga.

"what the heck? Kenapa dia baru bagi sekarang??"

[𝑪] Absolute Boyfriend ʲʲᵏWhere stories live. Discover now