Bunyi notifikasi masuk buat Yeonwoo yang sedang mengelamun terperanjat besar. Telefon yang berada di hadapannya itu di pandang dengan aura seram sejuk. Kepala di jengukkan untuk melihat siapakah yang menelefonnya pada jam pagi ini.
Mamat otak putus fius~
Terus badannya di bawa jauh daripada telefon yang sekarang berpuaka tu lalu menyorok di belakang pintu. Bibir diketap. Kenapa mamat tu telefon pagi-pagi ni?! apa aku nak buat?? Sejak malam semalam di mana kejadian mereka bercium itu, Yeonwoo langsung tak keluar dan waktu kini sudah menginjak pukul 11.30 pagi.
Mana nak letak muka?!! Menyesal tak sudah aku! Malu weh! Jungkook tu pulak terhegeh-hegeh nak call-call lah.. ish! Nada telefon tamat dan Yeonwoo tarik nafas lega. Hyuh! Hampir tadi! Kemudian Yeonwoo turun anak tangga dan menuju ke ruang tamu dapur. Perut dah buat irama rock meminta diisi.
"Ye sabarlah perut ku. Tuan anda nak mencari makanan ni..." pintu peti ais di buka. Kosong. Hmm..
Janganlah si Jungkook datang sergah aku kat rumah ni. memang tak cukup tanah aku larikan diri. Bisik Yeonwoo dalam hati sambil menyelongkar beberapa almari. Nampak sangat dapur ni dah lama tak berasap.
Ting Tong!
Erk!
Mulut tak guna! Masin sangatlah pulak kau ni hari ni. apa bala betullah!
Ting Tong!
Apa aku nak buat ni. Kemudian, Yeonwoo pergi ke arah cermin yang berada berdekatan. Rambut dibetulkan. Pakaian dikemaskan. Menilik wajahnya sekali. Mana tahu ada tahi mata, air liur basi ke..
Eh! Kejap! Kenapa aku nak kisah penampilan aku? Selama ni tak pun? Yeonwoo tampar dirinya perlahan. kau dah kenapa Yeonwoo? Gelabah tak ingat dunia ni.
Ting Tong!
Ergh! Yeonwoo berdiri di hadapan pintu. Disembur-sembur sekeliling pintu dengan jampi serapah yang tak dikenal pasti. Mintak jauh si Jungkook tu tak sergah masuk dan buat benda 'bukan-bukan' pada Yeonwoo. Lepastu Yeonwoo buat muka selamba boleh walaupun kejanggalan tetap ada.
Pintu dibuka. Ha, kan betul! Seketul Jungkook berada di hadapannya!!! Jungkook yang sedang menunggu itu tersenyum manis berserta pakej pandangan memikat hati. Yeonwoo telan air liur.
"hai sayanggg" meleret sayang tu..
Automatik pintu yang terbuka itu Yeonwoo tutup. Jungkook yang di luar berkerut kening. Pintu diketuk. "Yeonwoo yahh..." Kenapa gadis itu bersikap pelik? Kenapa tiba-tiba sahaja dia menutup pintu? Tiba-tiba mindanya melayang pada kejadian semalam di mana bibirnya selamat mendarat pada bibir Yeonwoo.
Lah... dia malu ke? Jungkook mengetap bibirnya. Serta-merta waktu itu pintu terbuka. Wajah Yeonwoo yang jelas nampak diselambakan itu ditatap. Kening Jungkook terangkat. "Sayang.. kenapa awak tutup pintu? Awak tahu tak saya risau kenapa awak tak angkat call? Saya ingat awak tak sihat tadi.."
"err..a-aku cas phone. Silent. Tak dengar. Aku sihat." Yeonwoo menjadi kekok tiba-tiba. Mata lagi tadi cuba larikan diri daripada wajah Jungkook. Jungkook tersenyum simpul. "Kenapa tutup pintu balik? Tak suka jumpa muka saya ke?" soal Jungkook.
"Err... angin yang tutup bukan aku." Orang kalau dah kalut, jawapan tak masuk akal pun boleh keluar dari mulut. Sudah terang lagi bercahaya Jungkook nampak Yeonwoo sendiri yang tutup, boleh pula gadis itu menafikan. Jungkook tersengih.
"Ke awak teringat hal semalam.... tu yang jadi malu-malu tu... wah.. Yeonwoo dah pandai malu-malu ni ya?" usik Jungkook bersama senyuman killer grin tu. Mata Yeonwoo segera menentang mata Jungkook dan mengangkat jari telunjuknya.
"A-apa? M-malu apa? M-mana ada malu! Ja-jangan tuduh-tuduh okay?" jari telunjuk itu keras memberi amaran pada Jungkok. Jungkook gigit bibir dan mendekatkan jarak mereka. Jari telunjuk itu dipegang lembut. Terbuntang mata Yeonwoo.
"Tak salah kalau malu sayang... itukan fitrah manusia? Lagipun, awak comel apa bila malu..." kata-kata Jungkook itu dengan jelas masuk ke dalam gegendang telinga Yeonwoo. Yeonwoo ibarat daun yang bakal tanggal dari pokoknya, hanya menunggu angin datang menolaknya jatuh. Dan Jungkook inilah angin itu. berbahaya sungguh!
"Yah!!! A-apa pegang-pegang ni!" Yeonwoo cuba tarik semula jari telunjuknya dari genggaman Jungkook. Jungkook angkat kening. Dengan kekuatan lelakinya, dia menarik semula jari telunjuk Yeonwoo dan meletakkan jari itu di bibirnya.
Yeonwoo terpempan dan luruh seluruh-luruhnya dekperilaku Jungkook. Matanya terpaku pada bibir merah sensual Jungkook. Jungkookmemandangnya dengan pandangan redup.
"Semalam... bibir ni dah sentuh..." jaritelunjuk di angkat dan meletakkan pula di bibir Yeonwoo.
"Bibir yang ni.. kan?"giat Jungkook. Yeonwoo menelan air liur. Matanya tak lari dari pandang bibirJungkook. Kejadian malam semalam berlegar-legar dalam mindanya.
YOU ARE READING
[𝑪] Absolute Boyfriend ʲʲᵏ
Fanfiction"Akhirnya.." Aku mengerutkan kening. "Akhirnya apa?" "Sekarang hanya ada kita berdua.." bibirnya digigit. Aku telan air liur. Dia sengetkan kepala dan memandang aku. "You and Me." . 𝑪𝒐𝒗𝒆𝒓 𝒃𝒚 𝒎𝒚𝒔𝒆𝒍𝒇 ❤︎ Dalam proses memperbaiki jalan...