~.~.~.~.~.~
Yeonwoo duduk termenung di hadapan tingkap di dalam bilik Jungkook. Setelah kes Suho dan Charlotte Lee tu habis, dia tak habis-habis diganggu wartawan dan pelbagai jenis spesies itu. Beberapa kali juga dia dipanggil ke mahkamah untuk memberikan keterangan.
Suho dijatuhkan hukuman penjara 30 tahun manakala Charlotte Lee dipenjara seumur hidup. Ada terbit rasa kasihan namun segera dihapuskan. Perempuan jenis itu tak layak dikasihankan.
Dan masuk hari ini, cukup 144 jam Jungkook tidak sedarkan diri. Malam semakin larut, tiada tanda yang Jungkook akn bangun. Setiap hari dia datang jumpa Jungkook, berbual, namun Jungkook tiada reaksi.
Kaku sahaja. Ibarat Yeonwoo bercakap dengan batu. Sekujur tubuh Jungkook dipandang. Kenyataan doktor bahawa Yeonwoo perlu menunggu itu sangat memeritkan.
Berapa lama lagi harus dia menunggu?
Berapa lama dia harus berjaga dari tidur hanya untuk melihat Jungkook sedar?
Berapa lama lagi dia harus tahan hati yang sudah memuncak merindui?
Dan berapa lama lagi dia boleh kuat demi lelaki itu?
Sesungguhnya ia tiada jawapan. Siang malam silih berganti. Jungkook langsung tak bertindak balas. Yeonwoo menghembuskan nafasnya. Malam semakin sejuk. Barangkali mahu hujan.
Yeonwoo pergi ke arah Jungkook dan melabuhkan punggungnya di atas sofa. Dia meletakkan kepala di atas katil Jungkook beralaskan kedua-dua tangannya. Memorinya melayang kepada kejadian sebelum Jungkook ditimpa kemalangan.
FLASHBACK~
"asyik saya je yang nyanyikan untuk awak. awak tak nak nyanyikan untuk saya ke?"
"Eh! Tak kuasa aku! Daripada aku menyanyi untuk kau baik aku tidur. Lagi berfaedah.."
"Eh! Menyanyi untuk saya adalah perkara yang berfaedah tau. Bila awak menyanyi, ia rasa seperti jiwa awak betul-betul dekat dengan saya. Jadi bila satu hari nanti, saya tak terjaga ke, saya sakit ke.. awak bolehlah nyanyikan untuk saya. Bak kata orang, music can heal."
"siapalah yang ajar kau kata music can heal. Medicine yang boleh heal! Apalah! Belajar sampai Amerika itu pun tak tau!"
"Sayang, untuk pengetahuan awak, medicine seorang Jungkook terletak pada seorang gadis yang dicintai bernama Yeonwoo. Awak penawar saya.."
END OF FLASHBACK~
Yeonwoo teringat perbualannya bersama Jungkook sebelum kemalangan ini terjadi. Yeonwoo tersenyum dan memejamkan matanya. Rindu. Itu sahaja perasaan yang dapat digambarkan. Bibirnya bergerak mengalunkan lagu.
Jemari Jungkook bergerak.
Open at 0:44. Credit to: ashyleygold25, Youtuber
"dalbiccmajeodo gureum dwie sumeun bamcheoreom
gaseumi kkamahge muldeureoyonaerineun bie geuriumeul dama bonaeyo
hoksi geudaega nal ijeobeorilkka bwaunmyeongiramyeon badadeurilgeyo
sarangiran ge joega doendamyeondasi bol su issgessjyo
jeongmal saranghandamyeonuriga jeongmal inyeoniramyeon
(If we were destined.)"Dengan perlahan dia bangun dan mendekatkan bibirnya bertemu di dahi Jungkook. Kuat harapannya agar Jungkook sedar waktu itu juga. Cecair hangat mengalir dari bening matanya. Mata terpejam rapat. "Jungkook...."
"Am I late?"
Suara itu...
aku tahu itu...
Mungkinkah dia...Yeonwoo jarakkan wajahnya dengan Jungkook. Mata Yeonwoo terbuka. Dan kini, seperti masa terhenti. Jarum jam yang berdetik itu terhenti dengan tiba-tiba. Mata yang redup. Iris mata yang coklat kini sedang tepat memandang wajahnya. Turun pula pada senyuman yang melengkung manis. Yeonwoo ibarat tak percaya.
Tangan kekar milik lelaki itu menyapa lembut pipi Yeonwoo. Yeonwoo menyambut sapaan tangan itu. digenggam erat tangan itu seperti takkan dilepaskan. "Jung—Jungkook??"
Jungkook melebarkan senyumannya. Sudah lama rasanya dirinya tak mendengarkan suara gadis itu memanggil namanya.
"I call you in longing every day... you didn't answer me and now.."
"Try say my name again.."
"Jungkook.."
"Ya, sayang.."
Buat kali ini, apabila Yeonwoo memanggil Jungkook, lelaki itu menyahut. Lalu, air mata mengalir semahu-mahunya. Senyuman akhirnya terlakar juga di bibir Yeonwoo. "I feel like I've never been able to reach you.."
"And now..."
Jungkook bangunkan sedikit tubuhnya. "You've been able to reach me.." satu kucupan kejap hinggap di bibir Yeonwoo. Gadis itu mengetap bibirnya. Air mata memang tak payahlah cakap dah banyak mengalir. Jungkook menyeka air mata itu.
"My chest.. it's really hurt." Yeonwoo menyentuh dadanya sambil menangis kesyukuran. Mungkin kerana menahan tangisan yang beraja. Dan Jungkook memaut tubuh gadis itu dan memeluknya. "Sekarang awak dah ada saya... dan saya akan menjadi pengubat dalam setiap sakit awak. And only you, Yeonwoo.." Yeonwoo mencantas.
"can be the best medicine for Jeon Jungkook."
Mereka tertawa kemudian malam yang hujan itu dipenuhi dengan pelukan hangat dan suara dua manusia yang akhirnya disatukan selepas kian lama.
Min Menyampuk;
~Mat ari raye aidilfitri, readers! Kalau Min ada salah silap, Min susun sepuluh jari tangan dan kaki memohon maaf. 0-0 ye yang-yang~~Vote!
YOU ARE READING
[𝑪] Absolute Boyfriend ʲʲᵏ
Fanfiction"Akhirnya.." Aku mengerutkan kening. "Akhirnya apa?" "Sekarang hanya ada kita berdua.." bibirnya digigit. Aku telan air liur. Dia sengetkan kepala dan memandang aku. "You and Me." . 𝑪𝒐𝒗𝒆𝒓 𝒃𝒚 𝒎𝒚𝒔𝒆𝒍𝒇 ❤︎ Dalam proses memperbaiki jalan...