Memang bala betullah hari Yeonwoo hari ni.
Di kala pagi yang mendung pada waktu cuti umum ni, sejuk dan damai di mana sesuai untuk tidur, boleh pula dapat panggilan emergency dari Ji Hyo kata proposal untuk brand dari luar negara sampai hari ni. dah tu, banyak pula! Yeonwoo perlu check kesemua dokumen barulah Ji Hyo boleh teruskan yang selebihnya.
Aduh! Susahlah jadi CEO ni... Yeonwoo memang dah malas sampai nak bawa kereta pun malas. Dia berdiri di muka pintu. Badan diregangkan. Mulut Yeonwoo lagi tadi terkumat-kamit menyumpah seranah sesuatu. Kereta! Datanglah sini jemput aku! Kan best kalau kereta ada autodrive. Tak payah nak memenatkan sendi otot masuk gear, tekan pedal berbagai-bagai.
YEONWOO'S POV
Kebetulan yang sangat menarik. Jungkook baru keluar dari rumah sambil melihat telefon bimbit. Haih? Mendung-mendung ni dia nak keluar ke? Takkanlah dia pun kena panggil buat kerja sekali? Kalau dia kena panggil, bolehlah aku tumpang dia pergi kerja! Tak payah susahkan diri bawak kereta ke sana?
Serta-merta aku capai telefon bimbit. Contact Mamat Otak Putus Fius~ aku tekan. Terus aku buka loud speaker. Kau tengok? Sampai begitu sekali tahap kemalasan yang beraja dalam jasad aku!
Mata Yeonwoo memandang Jungkook yang hampir masuk ke dalam perut kereta namun terganggu dengan panggilan telefon. Jelas lelaki itu tersengih dan terus menyambut. Hek eleh!
"Hai babygirl~ tiada angin dan ribut kenapa call pagi-pagi ni? dah terindu sangat ke? Kalau rindu, saya terjah masuk je rumah awak." Yeonwoo mencebik.
"Banyaklah kau! Aku tengah elok buat tahi mata, Ji Hyo call kata aku kena panggil pergi sana sekarang. Alang-alang kau keluar tu, aku ingat nak tumpang sekali pergi sana." Jungkook pandang ke rumah aku dan nampak susuk aku yang memeluk tubuh dan bersandar di dinding rumah. Jungkook melambai.
"Tapi pergi mana eh?"
Aku merengus. "Pergi office lah.. takkan pergi masuk dalam hati kau pulak.." Seraya itu mulut aku katup segera. Ini memang terlajak kata tak boleh tarik balik ni! Dari jauh dah nampak senyum nakal dia tu. Hailaa Yeonwoo, kau ni memang tau!
"Bagus juga kalau awak pergi ke dalam hati saya. Lepastu duduk dan stay terus kat situ. Jangan risau, hati saya sentiasa terbuka untuk awak." Jawabnya seraya membuat flying kiss dari jauh. Aku angkat kening. Lebih kepada cover malu je ni. "dah habis! Cepat sini datang.." ujar aku lalu menamatkan panggilan.
Aku nampak dia segera start enjin kereta porshe kuning dia tu. Mamat ni pagi-pagi lagi otak dah senget. Sebaik nampak kereta Jungkook masuk ke dalam perkarangan rumah, aku terus bergerak masuk dan duduk di seat depan. Tapi sebenarnya aku agak kagum dengan lelaki ini. Dari jarak jauh mahupun dekat, apa yang dia pakai mahupun simple tetap nampak bergaya.
Kemudian aku pandang depan, nanti ada kantoi karang buat jatuh saham aku je! Aku berdehem dan mulakan perbualan. "Kau pun kena panggil ke?"
Jungkook kerling aku. "Tak de lah."
Aku berkerut. "dah tu, kenapa tak cakap awal-awal? Buat susah kau je nak hantar aku. Aku ingat kau pun kena panggil tu yang aku buli kau ni.." ujar ku serba salah. Ye lah, aku pun benci kalau orang kacau cuti aku. "baik kau rehat kat rumah.." sambung ku. Mata aku pandang dia. kereta kini berhenti di lampu isyarat. Dia hadapkan sedikit tubunnya pada aku.
"Babygirl... you're my mi casa and when I with you I feel rich.." ujarnya kemudian tersengih. "everywhere is home if you're by my side.."
Dia dia membelai lembut rambut aku secara kejap dan sambung pemanduan. Aku tak boleh buat apa selain tersenyum dan melebarkan senyuman dan menunduk ke bawah. Jujur aku cakap, memang aku terasa satu perasaan yang sudah lama aku tinggalkan sejak dahulu bila aku bersama dia.
"Hei.. daripada senyum kat dashboard tu baik awak senyum kat saya. Bertambah rasa cinta~" ujarnya seraya menoleh kejap pada aku. Aku kemam bibir. Terdengar dia gelak kecil. Hisy! Pantang asyik usik orang jem amat ni.
"Boleh singgah beli breakfast dulu tak? Saya lapar sungguh ni. niat nak masak tak jadi sebab tiba-tiba rasa malas pulak hari ni." aku angguk kemudian aku tertawa. "kau? Masak? Really? Pfftt!" aku tergelak. Jarang dengar lelaki boleh memasak. Jungkook angkat kening. "Apa? Tak percaya lah tu saya pandai masak.."
Aku Cuma angkat bahu. "jarang dengar lelaki pandai masak, pernah sekali Jimin masak makanan sebab kitorang kena overtime sampai malam, hangus and nasib baik tak terbakar pantry tu.." aku bantai gelak lagi. ingat lagi reaksi Jimin, dengan muka dia yang hitam akibat asap yang menebal. Last-last beli mi segera makan ramai-ramai.
Jungkook geleng kemudian gelak.
"Itu Jimin, Yeonwoo. Ini Jeon Jungkook, lelaki yang hatinya telah awak curi... Tak sama dengan dia, sayang."
Bergetar tulang rusuk bila dia bercakap seperti itu. bila perkataan sayang tu muncul, rasa nak tercabut tulang dalam badan. sudahnya aku diamkan diri dan ikut sahaja rancangan Jungkook.
MIN MENYAMPUK;
~suhu badan; 38 Darjah celcius sekarang~
YOU ARE READING
[𝑪] Absolute Boyfriend ʲʲᵏ
Fanfiction"Akhirnya.." Aku mengerutkan kening. "Akhirnya apa?" "Sekarang hanya ada kita berdua.." bibirnya digigit. Aku telan air liur. Dia sengetkan kepala dan memandang aku. "You and Me." . 𝑪𝒐𝒗𝒆𝒓 𝒃𝒚 𝒎𝒚𝒔𝒆𝒍𝒇 ❤︎ Dalam proses memperbaiki jalan...