~.~.~.~.~
WAD KECEMASAN, HOSPITAL GEODAE, SEOUL
Raungan Yeonwoo tidak berhenti. Baru selepas tadi Jungkook masuk ke dalam bilik zon merah. Darah di tangannya langsung tak dihirau. Orang sekeliling mula memandangnya. Yeonwoo tak kisah. Dia hanya kisahkan seorang sahaja. Ya, Jungkook yang sedang bertarung nyawa di dalam! Inilah kali ketiga dia menangis dengan begitu teruk sekali. Dan dia menangis kerana seorang lelaki yang mula bertakhta di hati.
"Tolong selamatkan dia doktor... buat semua cara untuk selamatkan dia!" rayu Yeonwoo. Nurse di situ menahan Yeonwoo dari masuk ke dalam wad perubatan. "sabar cik Yeonwoo, biarlah doktor rawat pesakit dan Cik Yeonwoo diminta tunggu di sini."
Yeonwoo menggeleng. "dia perlukan aku... dan aku perlukan dia.." air mata membasahi laju di pipi Yeonwoo. Hanya tuhan yang tahu betapa peritnya perasaan yang di alami. Panggilan telefon yang berkali-kali langsung tak diangkat. Dia mahu Jungkook. Tiada langsung rasa mahu bercakap dengan sesiapa.
Sekarang juga dia hanya mahu dengar suara Jungkook, lihat senyuman lelaki itu dan pandangan redup lelaki itu kepadanya. Yeonwoo akhirnya jatuh di lantai. setelah berhempas pulas menangis, akhirnya dia tiada tenaga untuk berdiri lagi. dia ibarat kehilangan nyawanya. Jururawat di situ hanya mampu melihat.
Jungkook jangan tinggalkan aku...
"Mana tau lepas ni dah tak dapat dengar saya cakap I Love you lagi.."
...
Sudah hampir satu jam setengah Jungkook di dalam. Keadaan Jungkook masih kritikal dan itu membimbangkan Yeonwoo. Dari tadi matanya tidak berhenti menangis. Nasib juga ada pengawal berhampiran menghalang sesiapapun mengganggu Yeonwoo ketika ini. Ji Hyo yang sudah maklum terus menghubungi Pendakwa Jung Min Ri bagi memberitahu keadaan Yeonwoo.
Mesej masuk ke dalam notifikasi Yeonwoo. Mesej dari Pendakwa Jung Min Ri. Pada mulanya, dia langsung tidak mahu melihat. Namun, bila nama Jungkook tertera tumpuannya teralih.
Pendakwa Jung Min Ri
Cik Yeonwoo, saya tahu keadaan cik Yeonwoo masih dalam kondisi yang tidak stabil. Tetapi, pihak pendakwa memerlukan maklumat dari cik Yeonwoo sebagai saksi penting dalam kejadian yang menimpa Encik Jungkook.Pendakwa Jung Min Ri
jangan biarkan orang yang melakukan perbuatan teruk ni terlepas, cik Yeonwoo! Saya pasti Encik Jungkook takkan suka melihat Cik Yeonwoo bersedih. Cik Yeonwoo kena kuat! Demi Encik Jungkook, tolong bantu kami dan kita perlu buat sesuatu demi dia!Pendakwa Jung Min Ri
Kami dah panggil pihak JFN untuk meneliti lokasi kejadian. Saya harap cik Yeonwoo dapat tenangkan diri dan berikan keterangan. Rakaman cctv menunjukkan ada seorang lelaki yang berpakaian serba hitam masuk ke dalam pejabat sekitar waktu sebelum kejadian berlaku.Pendakwa Jung Min Ri
Mungkin Cik Yeonwoo boleh kenal lelaki ini.Yeonwoo mengesat air matanya. Lelaki?
Kejadian dia berselisih dengan seorang lelaki yang memakai topi dan ada kesan luka di wajahnya terlayar di minda. Tapi dia tidak ada hasrat untuk memikirkan perkara itu. Yeonwoo memejamkan matanya. Dia penat untuk hadapi masalah yang menimpa dirinya. Dan disebabkan dirinya, Jungkook yang menjadi mangsa.
Bilik kecemasan itu dipandang dengan harapan. Namun, makin lama pandangannya makin kabur. Dirinya dikuasai ngantuk mungkin kerana tak henti-henti menangis. Dan matanya terpejam erat semasa menunggu.
Berharap dan terus berharap. Dalam hati dia mengucapkan..
"I really love and wanna to meet you, sayang.."
MIN MENYAMPUK;
~Apa jadi dekat Jungkook? dia boleh diselamatkan ke tak? Ataupun, Yeonwoo perlu korbankan dirinya demi Jungkook?~Stay Tuned!
YOU ARE READING
[𝑪] Absolute Boyfriend ʲʲᵏ
Fanfiction"Akhirnya.." Aku mengerutkan kening. "Akhirnya apa?" "Sekarang hanya ada kita berdua.." bibirnya digigit. Aku telan air liur. Dia sengetkan kepala dan memandang aku. "You and Me." . 𝑪𝒐𝒗𝒆𝒓 𝒃𝒚 𝒎𝒚𝒔𝒆𝒍𝒇 ❤︎ Dalam proses memperbaiki jalan...