Yeonwoo merengus geram. Wajah Lucas, Jimin dan Ji Hyo dipandang tajam. Tiga ekor manusia itu hanya tertunduk.
Tiada kata yang dapat mampu menandingi tahap ketegangan Yeonwoo sekarang. Akhirnya Yeonwoo mengeluh. Dia melihat jam tangannya.
"Habis tu sekarang macam mana? Dah dekat pukul 3.00.. aku ada meeting pukul 4 lebih nanti. Photoshoot tu mestilah lama. Aku tak rasa sejam setengah tu cukup." Ujar Yeonwoo.
Ji Hyo menyiku Lucas dan Lucas menyiku Jimin. Jimin kemudian tersenyum kecil.
"Alatan semua dah siap. Tinggal model je takde. Kalau cik Yeonwoo join, Lucas ni dah ada, korang bolehlah jadi model-couple untuk jenama tu." Ringkas Jimin berkata. Lucas dah berkerut kening.
Yeonwoo angguk perlahan. "Aku nak dress up dulu. Ini kali terakhir aku tolong kau. Lepas ni, make sure tarikh jangan bertindih lagi. Semua model tengah sibuk tang ni kau pulak boleh buat pertindihan." Ujar Yeonwoo lalu beredar menuju ke bilik set.
Baru Jimin nak tarik nafas lega, Lucas membantah. "Hei, Jimin aku kan ada photoshoot baju kejap lagi. Kau dah lupa ke? Celah mana aku nak jadi model couple dengan Yeonwoo bila photoshoot tu masanya serentak?"
Jimin menepuk dahinya. "Alamak! Matilah aku! Macam mana ni?!!". Ji Hyo kemudian menyampuk.
"kau jangan risau, aku ada idea." Ji Hyo toleh belakang. Bilik Jungkook dipandang dengan pandangan penuh makna.
...
Hampir terkeluar biji mata Yeonwoo. Lawa memanglah lawa baju ni, tapi macam terdedah sangat je. Lagipun aku berphotoshoot dengan si Lucas, nanti apa kata Jungkook pulak.
Dah seharian aku nak pujuk dia balik. Dah lah nak pujuk dia hari tu tahap dewa susah payah aku.. Tapi nak buat macam mana, ini client international punya order.
Nak tolak, rugilah company nanti. Bukan calang dapat offer dari brand mahal. Nak-nak brand Fila, Adidas macam ni.
Nak tak nak Yeonwoo sambut je lah baju tu. Pakai je lah, photoshoot tak lama. Jangan risau ya Jungkook, sentuh-sentuh tu aku takkan benarkan terjadi saat photoshoot berlangsung. Nehi!
...
Yeonwoo pejam matanya. Dah lama sangat rasanya dirinya tak di make-up lebih-lebih ni. last buat dulu pun, waktu interview dengan Jungkook.
Itu pun dah kira lama lah tu. Demi kerjaya punya fasal, CEO sanggup turun padang. Korang hado?
Yeonwoo POV
Tiba-tiba terasa pergerakan di kerusi di sebelah aku ni. Tempat make up ni hanya model je boleh masuk. Lucas ke? Nak buka mata, yang si juru solek ni masih main-main lagi kat mata aku ni. "Lucas, kau dah siap ke?" soalku.
Diam dan tiada jawapan. Aku kerut kening. "Lucas kan kat sana tu? Aku tanya tak jawab pun!"
"sebab bukan Lucas kat sini lah, no answer."
Aik! Tak mungkin! Kenapa suara Lucas jadi suara..."Jung-Jungkook?"
"Bingo!" serta-merta mata aku buka. Apa benda yang dia buat kat sini? Nak tanya tapi wajah dan penampilan dia ... buatkan mulut lancang ni jadi terjeda.
Sekali pandang, buatkan jantung aku berdebar. Dan dia dengan sexy smirk dia, memang selalu asyik buat aku tergamam. Terdiam. Dan segala jenis ter dan sewaktu dengannya!
Aku telan air liur. Dia angkat kening.
"Kenapa awak tak cakap nak buat photoshoot? Tak ajak saya pun! Dah tu nak berphotoshoot dengan Lucas pulak! Nasib baik takdir dah tentukan yang schedule Lucas penuh dan Ji Hyo dan Jimin tergerak hati nak panggil saya. Jadilah saya model couple dengan awak hari ni." Ujar Jungkook seraya tersenyum.
Aku rasa nak siat je pipi tembam milik Jimin tu! Kalau aku dapat dia, memang nahas aku kerjakan! Kenapa tak bagitahu awal-awal? Sudahnya, buat jantung aku terkehel kat sini!
Aku pandang Jungkook atas bawah. Jungkook yang perasan pandangan aku kemudian senyum menggoda. Juru solek yang tadi sedang elok make up kan aku boleh pulak tiba-tiba keluar katanya nak cari barang.
Oh My God! Jungkook dah pusingkan kerusi aku menghadapnya. Dan kini hanya tinggal aku dan dia sahaja yang bernyawa dalam bilik persiapan ni. Aku jangan cakaplah memang dah tak senang duduk dah ni. matanya aku beranikan diri nak pandang.
"Ke-kenapa?"
"Shaky voice huh?" soalnya lalu kedudukan kami makin dekat. Jangan cakap fasal jantunglah, berdebar gegak gempita dah dalam hati aku ni. Dah kenapa kau Yeonwoo?
Sebelum ni, dia pandang pandangan pencair dia tu, aku sikit pun tak goyah. Tapi kenapa sekarang pandangan tu memang buat aku terngadah? Ah sudah!
"Mesti jantung awak berdebar sekarang kan? Pipi awak pun dah merah... suara awak dah bergetar.. awak cuba nak larikan pandangan dari saya... ermm, nampaknya saya dah berjaya sahkan sesuatu..."
Aku pandang tempat lain lalu berdehem. "A-apa kau melalut ni?!"
"Saya dah sahkan dah..."
"sah apa?"
"sahlah awak dah jatuh suka kat saya. Betul tak?"
Dan aku rasa nak menyorok bawah meja kat situ juga. Akal aku seboleh-boleh menidakkan. Tapi hati aku, tak dapat nak tipu mahupun kawal. Entah-entah betul firasat si Jungkook ni.
Tapi boleh jadi dia cuma nak uji tahap aku aje. Aku kontrol wajah. Kening aku angkat. "Just stop this nonsense! an aku kata aku masih dalam belajar, takkan jatuh cinta kejap sangat?"
"Sayang..." Gulp!
"Jatuh cinta memang boleh jadi bila-bila masa sahaja. Tak kira dekat mana, bila dan tempatnya, cinta boleh hadir pada saat hati kita menerima. Mungkin sekarang awak masih lagi keliru dengan isi hati awak, tapi percayalah, pada masa yang tepat, masa yang betul, hati awak akan berkata.. ya, aku cinta dia."
Aku terdiam mendengar bait kata Jungkook. Setiap ayatnya memang beli jiwa aku. Betul ke katanya, hati aku dah mula sukakan dia? dah mula menerima dia?
"Encik Jungkook, Cik Yeonwoo, mari kita mulakan photoshoot sekarang." Tiba-tiba Jimin mengacau suasana romantik antara kami. Haa! Memang takdir dia yang bakal diluku di kepala. Jungkook seraya tersenyum dan kemudian pandang Yeonwoo semula.
"By the way, you look so beautiful today.."
Aku tersenyum namun
"just joking"
Aku masam semula. Aku pandang cermin dan lepaskan pegangan tangannya. Boleh pulak dia main ayat beli jiwa tu?
Tangan aku ni ringan je nak bagi backhand kat dia. baru nak angkat tangan, wajahnya berada di sebelah aku. Dia tersenyum manis seraya berbisik di telinga.
"You looks beautiful every day, my babygirl~"
Erk! Dia berlalu dan mengenyitkan matanya pada aku. Aku rasa lutut aku dah longlai dah ni, tak mampu tampung gula yang bertubi-tubi dia bagi kat aku. Memang betul agaknya kata-kata Jungkook.
Mungkin aku suka dia.
YOU ARE READING
[𝑪] Absolute Boyfriend ʲʲᵏ
Fanfiction"Akhirnya.." Aku mengerutkan kening. "Akhirnya apa?" "Sekarang hanya ada kita berdua.." bibirnya digigit. Aku telan air liur. Dia sengetkan kepala dan memandang aku. "You and Me." . 𝑪𝒐𝒗𝒆𝒓 𝒃𝒚 𝒎𝒚𝒔𝒆𝒍𝒇 ❤︎ Dalam proses memperbaiki jalan...