°46°

717 92 22
                                    

~

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

~.~.~.~.~

Kereta Porsche hitam itu memandu perlahan di jalan yang agak sempit untuk menuju ke gudang terbiar. Yeonwoo memerhati cermin pandang belakang. Terdapat sebuah kereta yang turut mengikuti kereta Yeonwoo. Yeonwoo menarik dan menghembus nafas. Fikirannya sedikit terganggu.

YEONWOO'S POV

Aku memejam mata tatkala kereta aku betul-betul telah berada di hadapan sebuah gudang lama yang terbiar. Kawasan itu begitu sunyi dan dalam. Memang tempat yang sesuai untuk menyorok. 

Tiada tanda-tanda dihuni penduduk. Nampaknya, memang ini rancangan yang telah diatur begitu teliti. Dan ini ibarat langkah bunuh diri bagi aku.

Tapi, aku tahu aku tidak hanya akan berurusan dengan Suho sahaja.

Mesti perempuan gila tu ada sama.

Dan pastinya mereka dah rancang satu pelan yang lebih gila daripada perangai mereka.

Ini semua demi rasa tamak yang beraja.

Tingkap kereta aku diketuk. Aku celikkan mata. Kelihatan tiga orang lelaki bertubuh sasa menghampiri dengan cermin mata hitam di wajah mereka. Dan aku perlahan mengalihkan tubuh menghadap wajah bengis dan tegang itu.

Pandangan sedingin ais aku lemparkan. Kalau mereka fikir, aku takut... mereka salah.

Aku langsung tak gentar.

Ingat dengan tiga orang ini boleh tumpaskan aku?

Mungkin mereka ingat aku cuma gadis biasa.

Nyata mereka silap.

Pintu kereta aku buka luas lalu tangan aku ditarik keluar dari perut kereta. Aku merengus tanda rimas. "Aku boleh keluar sendirilah! Tak perlu tarik-tarik!" serta-merta aku rentap tangan aku. Wajah mereka aku jeling. Seorang sedikit gempal, seorang tinggi lampai dan seorang lagi botak licin.

"Bawak aku jumpa Suho sekarang. Sebelum aku hilang sabar."

Namun, tiba-tiba seorang lelaki yang sedikit gempal tubuhnya mencempung tubuh aku manakala yang seorang lagi terus menekup hidung aku dengan sejenis kain kasa. Aku meronta-ronta untuk melepaskan diri. Belakang badannya aku pukul dengan kuat sehinggakan lelaki itu mengaduh kesakitan.

"Tak guna!" lelaki itu menjatuhkan badan aku dan memijak bahagian belikat di tubuh ku. Aku menyeringai kesakitan. "Sakitlah bodoh!!"

Seorang lagi mencangkung dan tersenyum sinis ke arah aku. Dia terus menekup hidung ku dengan kain kasa tadi. Pipi ku dia cekup erat sehingga menyukarkan aku untuk bernafas. Aku mahu bangun namun kaki si gempal tadi makin giat memijak aku ibarat aku ini seperti karpet alas kaki.

Pandangan aku mulai kelam dan menjadi semakin kabur. Mata aku berkelip berkali-kali sebelum mata aku tertutup lama. Yang hanya aku dengar, bunyi tawa yang semakin kuat dan kuat.

End Yeonwoo POV

...

"Perempuan tu mana? Aku dah tak sabar nak hentak muka berlagak dia tu!" lantang suara seorang perempuan bergema dalam gudang yang tertutup. Hanya ada satu lampu yang menerangi kawasan gelap tersebut. Dan satu-satunya jasad yang diikat pada kerusi itulah yang berada di bawah mentol yang menerangi.

Dia tergelak puas. Detak detuk kasut tumit tingginya jelas kedengaran bersama dengan tawanya yang mengilai. Perempuan berusia lingkungan 40 tahun itu berjalan mengelilingi gadis yang sedang terpejam mata diikat di kerusi. 

Dia dekatkan jarak mereka. Dagu gadis itu dipaut kasar supaya menghadap matanya. Dia tersenyum puas. Akhirnya...

"Yeonwoo, Yeonwoo... kau ingat kau boleh hidup senang lepas kau dah rosakkan peluang aku untuk dapatkan harta mak bapak kau?" dia ketawa mengekek.

"Kau salah, Yeonwoo! Aku pernah janji yang aku akan bunuh kau, dan aku akan tunaikannya. Sebab orang yang mungkir janji ni orang yang jahat kan?" dia gelak jahat lagi sebelum wajah Yeonwoo ditelengkan ke kiri. 

"Aku tak jahat Yeonwoo. Aku bijak. Kalau sebelum ni, kau tiada kelemahan, sekarang kau ada. lelaki tu buktinya. Dan sekarang, kau dah terjerat dalam perangkap aku. Lebih tepat lagi, perangkap maut kau sendiri!!" dia ketawa mengekek jahat.

Puas hatinya!!

[𝑪] Absolute Boyfriend ʲʲᵏWhere stories live. Discover now