°37°

696 117 7
                                    

(LISTEN TO THE SONG FOR GREAT EXPERIENCE!)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(LISTEN TO THE SONG FOR GREAT EXPERIENCE!)

Credit to: [Tuturu!~] nyeongcat, Youtuber

Yeonwoo memandu sambil bersiul. Dia parkingkan keretanya di hadapan lobi sahaja. Pizza dan beberapa lagi makanan di jinjit sebelum dia melangkah masuk ke dalam lobi. Dia berselisih dengan seseorang. Tiba-tiba rasa tidak sedap hati. dia kemudian pandang orang yang lalu di sebelahnya. Topeng muka dan topi menyukarkan pengecaman wajah.

Mungkin dia ada hal dengan unit biasa agaknya. Kenapa macam dia cedera je...

Tiba-tiba bahunya dilanggar menyebababkan, beg plastik yang membawa donat terjatuh di lantai. seorang gadis rupanya yang melanggarnya. "maafkan saya. Maafkan saya"

"tak.. apa.."

Hatinya tiba-tiba rasa lain macam. Donat yang jatuh itu dikemas gadis itu sebelum diberi semula kepada Yeonwoo. Yeonwoo senyum tapi dia percepatkan langkah. Macam ada sesuatu yang tak kena.

Segera dia menaiki liff. Punat ditekan laju. Kenapa hatinya kuat mengatakan Jungkook dalam bahaya?

Pintu liff terbuka. Gelap. Suram. Takkan Jungkook tak bangun tidur lagi? bilik aku pun gelap... baru dia mahu membuka langkah ke arah pejabatnya, kelihatan ada cecair merah yang seperti..

DARAH??!

"Jungkook?!!!"

Plastik pizza jatuh. Semakin dia melangkah, semakin jelas kelihatan sekujur tubuh yang sedang terbaring lesu di atas lantai.

"JUNGKOOOK!!!!!"

Air mata mengalir. Segera dia mendapatkan tubuh itu, pipi lelaki itu ditepuk sambil meraung namanya. Tak mungkin... Nama Jungkook tidak berhenti meniti di bibir Yeonwoo.

Namun,
Tiada jawapan,
Tiada sahutan,
Tiada reaksi,
Hanya kaku tak bergerak.

Yeonwoo menggelengkan kepalanya. Macam mana boleh jadi macam ni?!

"Tak Jungkook jangan tinggalkan aku..." dia menggengam tangan Jungkook yang mempunyai kaca. Wajah Jungkook yang lesu itu ditatap dengan mata berair. Segera telefon di ambil. Nombor kecemasan didail.

"To..tolong..."

Air matanya menitis lagi. kata-kata Jungkook berlegar dalam kepalanya.

"Mana tau lepas ni dah tak dapat dengar saya cakap I Love you lagi.."

Tubuh kaku Jungkook tetap dalam pelukan Yeonwoo. Air mata berjuraian. "Kalau kau sayangkan aku jangan tinggalkan aku! Kau dah janji nak bersama aku! Jungkook..."

[𝑪] Absolute Boyfriend ʲʲᵏWhere stories live. Discover now