GDN - 1

810 19 0
                                    

Di dalam hutan yang tebal, ada seorang budak perempuan yang cuba untuk memanjat pokok kerana ingin menyelamatkan diri dari digigit oleh seekor harimau liar berhampiran kawasan manusia berkelah. Namanya Elya.

Namun disebabkan Elya masih kecil, dia tak dapat memanjat pokok yang tinggi itu. Untuk mencapai dahan sahaja dia perlu memeluk dan naik perlahan-lahan. Tetapi kudratnya tidak mampu melakukan hal tersebut. Lalu Elya berlari mendaki bukit yang berhampiran untuk mencari tempat yang lebih selamat.

Saat sampai di puncak bukit, Elya terdengar seseorang memanggilnya. "Elya! Oh Elya!! ". " Itu suara Elyn...Elyn!! Elyn duk mane??!! ". Elya kemudian berpaling ke belakang untuk melihat. Tiba-tiba saja dirinya berada di atas sebuah bangunan yang tinggi di tengah bandar yang sangat sibuk.

Elya melihat sosok tubuh di hadapannya sedang mengarahkan pisau. Elya berundur langkah demi langkah sehingga akhirnya dia hampir terjatuh dari tempat itu. Dia mengeluh lega. Namun sosok itu menendangnya jatuh dengan kuat. " Aarghhh!!!! ".

Elya terjaga dari tidurnya kerana mimpi itu. " Fuhh...nasib baik mimpi. ". Elya bangun dari katil dan menuju ke arah dapur untuk mencari ibu. Dia melihat ibu di dapur sedang mengupas bawang untuk memasak gulai ayam.

Elya pergi kepada ibu dan meletakkan kepala di atas peha ibu nya.
" Alo...manjenye anak mok ni sorang..." Mak Yah, mengusiknya. Elya tersenyum mendengar kata-kata maknya. Elya kemudiannya bangun dan berjalan ke ruang tamu.

Di situ ada adik kembar nya, Elyn dan yang lain. Abang nya, Naim, anak saudara yang lebih tua, Muhammad dan Iza. Anak saudara yang sama umur dengan nya, Eryz dan seorang lagi yang lebih muda dari nya, Rizal. Mereka bertujuh mula bermain bersama-sama layaknya sebagai kanak-kanak aktif. Begitu lah rutin mereka bertujuh selama beberapa tahun.

Suatu hari, satu persatu konflik mula menghentam mereka sekeluarga. Namun mereka masih bertenang dan berbuat seperti biasa. Minggu seterusnya tiba. Iza dan Rizal dibawa pulang bersama ibunya saat mereka keluar dari pagar sekolah.

Setelah bertahun-tahun tidak bersama dengan ibu mereka, hari itu merupakan hari pertemuan mereka. Mereka tidak mengetahui bahawa saat itu adalah permulaan untuk mereka melangkah ke arah bertentangan dengan apa yang diajar oleh bapanya, Mie.

Bermula dari titik pertemuan itulah mereka mula berubah. Tidak lama lepas itu, Iza dan Rizal tidak dapat hadir ke sekolah. Beberapa minggu kemudian, berita Iza dan Rizal berhenti sekolah tersebar kepada semua orang. Ramai orang bertanya kepada Elya, Elyn, dan Eryz.

" Wehhh...betul ke Iza ngan Rizal breti sekoloh doh? ".
" Wehh sek mung, bakpe sek ye breti sekoloh? ".
" Sek ye ada masalah ke? Gape masaloh sek ye? Bakpe tibe-tibe breti sekoloh? ".
Selama 3 tahun... Elya, Elyn dan Eryz terpaksa hadap soalan yang mereka sendiri tak tahu jawapannya.

Ada sesuatu yang berlaku pada Elya dan Eryz ketika mereka darjah 5. Kejadian tu memang buat dirinya jadi benci giler pada lelaki. Dia ingat setiap gerakan. Haritu hujan turun lebat sekali. Dalam ladang tu, semua dah tidur kepenatan lepas angkat buah sawit bertandan-tandan. Elya, Naim dan Muhammad masih lagi tak reti nak rehat. Mereka bertiga pergi bawah bangsal lembu dalam kandang. Ia terjadi selepas Naim tunjukkan gambar kartun separuh bogel di depan Elya dan Muhammad. Then, Elya, Muhammad dan Naim pergi ke telaga yang ayah gali sendiri. Selang beberapa minit, Naim minta diri untuk naik rehat dan tidur. Tinggal hanya Elya dan Muhammad. Di saat itu, Muhammad ambil kesempatan ke atas dirinya yang innocent tentang hal seks ni. Dia jalarkan tangannya ke dalam baju Elya. Dua tiga kali Elya menghalangnya. Dia berbisik sesuatu, namun suara hujan menghalang pendengaran Elya. Kali ketiga Elya halang dia, dia bisikkan sekali lagi. " Bukey ado ore napok pun. Ore lain tok keii tahu hal ni. Kito jah hok tahu. Best tahu dok. Layeii jah dulu ". Elya terdiam dan biarkan semuanya. Muhammad semakin galak.

Gelora Dunia Negatif Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang