Balik jer dari sekolah, aku dan Elyn masuk bilik dan letak beg kat atas rak kat tepi almari pakaian. Aku panjat tangga naik ke katil aku di tingkat atas. Aku letakkan baki duit perbelanjaan aku harini dalam tabung botol ridsect yang tertampal pada dinding berhampiran meja katil. Lepas tu aku terus ambil tuala dan turun pergi ke dapur.
Kakak aku, Azira tengah makan nasi goreng.
" Mok ayoh dok balik agi ko? "
" Dok ". Jawabnya dengan malas.
" Eryz mano? Dok keii la dok balik lagi. Kul 5.00 doh ni ". Soalan aku dijawab dengan bahu yang dijongket. Kak Ira ni memang malas sikit bab nak bersoal jawab dengan orang time dia tengah makan. Aku hanya pandang dia atas bawah.Elyn masuk dan menyapa Kak Ira. Kak Ira cuma mengangkat kepala untuk membalas sapaan dari Elyn.
" Eryz mano eh? Takdok pun dale bilik...". Elyn pula yang bertanya. Macam tadi juga. Dia cuma jongket bahu untuk jawab soalan tu.
" Keluar kot...Aku pun dok napok kelibat yo jugok ".
" Doh kito baru sapa rumoh...Meme la dok napok. Maybe yo lepak nga Tikah kot...". Di hujung ayat itu diikuti dengan tawa.
" Gi mandi mung! Bau ni. Mati selero aku kekgi. Kul brapo doh ni dok cekak mandi lagi. Shuh shuh...". Kak Ira beri arahan pada aku dan Elyn dengan gaya tangan menghalau. Aku mencebik dan berlalu. Dalam bilik mandi, aku mengeluh dengan diri aku. Aku dah cuba untuk konsisten kan penjagaan diri. Setiap kali mandi aku pakai sabun. Pakai syampoo. Tapi tetap takde hasil.
Aku gelengkan kepala untuk hilangkan fikiran pasal tu. Aku pulas pili air dan mandi macam biasa.********************************
Harini mak ayah aku janji nak bawak kitorang jalan-jalan ke bandar. Aku, Elyn dan Eryz pakai baju warna sedondon. Kami pakai baju warna merah hati. Aku pakai kemeja, Elyn pakai T-Shirt dan Eryz pakai blouse. Dari dulu lagi aku memang kurang minat dengan baju kurung. Mak aku selalu jer membebel sebab aku macam jantan dia cakap.
Aku selalu kenakan baju T-Shirt dan tracksuit. Tak pun aku akan pakai kemeja dengan seluar slack. Sama la dengan Elyn dan Eryz. Tapi Eryz tu nampak la sikit keperempuanannya. Tak macam aku dan Elyn. Hahaha. Tudung kitorang pakai warna hitam. Aku dan Elyn cuma pakai tudung sarung tu. Tak payah susah-susah belit sana belit sini. Pakai kancing situ sini.
Kami pergi ke pasaraya untuk beli baju dan keperluan yang lain. Dua hari lepas cikgu Adnan minta pelajar kelas aku untuk beli set kelas seni. Takde la banyak mana nak kena beli tu. Elyn pun ada barang yang nak dibelinya. Eryz pula tak banyak songeh. Ikut aje.
Lepas sesi pemilihan barang dah selesai, kami semua letakkannya di kaunter pembayaran. Lepas dah selesai semua, aku dan dua lagi angkat barang letak dalam bonet kereta. Masa letak barang tu, dada aku rasa sakit, senak macam kena cucuk dengan kaki meja. Betul-betul kat tengah-tengah dada aku. Sakit oiii. Aku sesak nafas sikit. Aku masuk kereta terus urut dada aku. Tapi tak reda pun. Otak aku pula memusingkan peristiwa lalu...
********************************
Masa tu aku, Elyn dan Eryz baru darjah dua. Hari tu hari kedua puasa, hari Isnin. Pagi tu abah Eryz dan Muhammad, Faizal dikejarkan ke hospital kerana sakit jantung. Kami semua memang risau. Umi diorang, kak Norliza atau kitorang lebih suka panggil dia kakak jer.
Kakak yang lain kitorang panggil dengan nama. Macam Kak Ira dan Kak Lin. Kakak setia temankan suaminya. Aku yang masih budak masa tu pun tersentuh. Kakak selalu juga menangis tengok suami dia. Sedih bercampur risau kalau-kalau dia tak dapat bersama lagi. Tapi perancangan Allah memang lebih baik kan.
Pada 6.30 petang tu, aku, Elyn, Eryz dan yang lain dikejutkan dengan berita yang tak terduga. Abang Joe yang khabarkan berita itu. Nama abang Joe ialah Johari. Aku dan Eryz yang baru nak makan terus hilang selera. Airmata Eryz mula mengalir dari kelopak matanya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Gelora Dunia Negatif
AcakElya mempunyai kembar dan anak saudara yang sama umur dengannya. Elya, Elyn & Eryz merupakan anak beranak yang selalu 'bertiga' apabila pergi ke mana-mana sejak sekolah rendah. Umur yang sama membuatkan mereka menjadi lebih akrab berbanding adik-ber...