GDN - 13

98 7 1
                                        

Seminggu berlalu...

"Perhatian kepada semua pelajar tingkatan 3 & 5, anda dikehendaki untuk tunggu di tapak perhimpunan selepas ini. Ulang suara, perhatian......" - pengawas bertugas

"Haihh tunggu lagi..."

"Aku penat la nok tunggu ni"

"Nok gapo bena suruh kito tunggu?"

Aku tersenyum bila terdengar omelan kawan-kawan aku. Mereka memang selalu macam ni. Kadang-kadang aku sendiri pun akan buat benda sama. Rasa malas tu memang sentiasa ada. Setiap kali perjumpaan, ketua tingkatan selalunya ulang perkara yang sama. Walaupun macam tu, dorang semua sporting. Gaduh tu biasa.

"Weh balik kekgi, kito gi lepak library meta. Aku nok cari buku sikit" - Eryz

"Ukaii. No problem bruh!" - Elyn

"Wehh...." - belum sempat aku menyatakan hasrat.

"Tamatnya ucapan oleh tuan pengetua yang kita sanjungi sebentar tadi, maka tamatlah perhimpunan kita pada pagi ini. Para pelajar dibenarkan bersurai kecuali pelajar yang terlibat dengan perjumpaan sahaja"

Pelajar lain bersurai kecuali form 3 dan form 5. Aku form 3, jadi aku pun kena tunggu. Al maklum lah... PT3 dah dekat. Lagi sebulan jer lagi masa untuk cikgu push kami semua.

"Okey semua! Dengar sini. Awak semua sendiri pun dah tahu kenapa saya memanggil awak semua di sini. Peperiksaan yang bakal diduduki oleh pelajar tingkatan 3 dah tak lama lagi dah. Begitu juga untuk tingkatan 5. Awak dah tak ada masa untuk bermain lagi. Hari ini saya nak, semua pelajar tingkatan 5 isi borang yang akan saya berikan nanti. Untuk pelajar tingkatan 3, saya akan edarkan dari kelas ke kelas. Harap awak semua boleh bagi kerjasama. Boleh?" - cikgu Malik

"Boolehh"

"Faham?" - cikgu Malik

"Faham"

"Okey... Kalau macam tu, pelajar tingkatan 3 boleh masuk ke kelas masing-masing dan pelajar tingkatan 5 sila tunggu untuk isi borang. Pelajar tingkatan 3, hari ini mungkin ramai cikgu yang tiada. Jadi pandai-pandai lah kamu semua jaga imej kelas kamu dan juga imej calon PT3 tahun ini kerana hari ini, ada pegawai daripada Pejabat Daerah akan datang melawat sekolah kita. Sekian, itu sahaja dari saya" - cikgu Malik

***************************************************

2 minggu kemudian...

Budak form 3 diberi kelonggaran semasa berada di asrama. Best kan. Memang la best. Kelonggaran dari segi study. Cikgu taknak kongkong, cikgu taknak paksa sebab masing-masing ada cara tersendiri.

Selepas solat isyak, aku dan kembar-kembi aku study kat bilik masing-masing sebab kitorang taknak study kat tempat yang bising. Bising lagu takpe.

Aku study dengan cara aku. Elyn dengan cara dia. Eryz pulak tidur. Tidur tidur dia pun markah exam tinggi. Tapi dia takde la tidur betul. Kejap lagi Eryz akan bangun untuk lepak sekejap sebelum turun makan.

Aku pakai earphone sebab taknak mengganggu pelajar lain yang turut sama belajar dekat bilik.

"Weh... Jom lepak. Kekgi ar study" - Eryz. Macam aku cakap. Dia akan bangun untuk lepak. Tak lama lagi waktu makan.

Kitorang lepak sambil makan maggi kari mentah dengan rempah. Sambil lepak pun still study. Tapi sekadar lalu camtu jer. Cara macam ni bagi aku lagi berkesan untuk faham. Bagi aku je la. Lepas 4 minit kitorang lepak....

"Aspuri!!! Turun makan!"

'Aspuri' tu singkatan bagi asrama puteri. Pelajar perempuan terus pergi ke dewan. Lapar boss. Owh lupa nak masukkan part yang badan aku membesar. Dulu dekat rumah, aku kurus sangat. Pendek pulak tu. Tapi sejak duduk asrama, aku dapat rasa perubahan pada tubuh aku. Tinggi tu takde la berubah sangat. Tapi lebar tu banyak jugak la berubah. Tapi tak gemuk. Banyak naww tapi.

Gelora Dunia Negatif Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang