" Okey semua... Girls and boys. Kesayangan cikgu-cikgu sekalian... Korang semua tahu kan, kita dah pun menghampiri ujian tak lama lagi? "" Tahuuu.... "
" Kann... Sekejap je masa ni. Walhal kita baru sahaja habis ujian beberapa minggu yang lepas... Anak-anak sekalian ingat tak? "
" Ingatt... "
" Okey baik. Sebelum saya, sebagai ketua pimpinan tingkatan 5 tahun ini, memberi taklimat mengenai ujian yang akan datang, saya nak minta izin kamu semua untuk meraikan... Sekecil kecil peningkatan yang ada di antara kamu semua, boleh tak? "
" Bolehh... "
" Baik. Dengan itu, saya menjemput teacher Rogayah untuk berucap serba sedikit. Silakan, teacher... "
" Assalamualaikum semua... Baik lah...".
Semua memberikan tumpuan sepenuhnya kepada cikgu-cikgu yang berucap di depan. Setelah berganti-ganti cikgu, barulah cikgu ketua pimpinan yang lebih mesra dipanggil ibu kembali berada di depan.
" Okey semua... Dah banyak yang kita dengar daripada cikgu-cikgu kesayangan anak-anak sekalian. Tapiiiiii.... Saya masih ada beberapa nama yang saya nak sebut. Peningkatan mereka tidaklah begitu banyak seperti kalian yang lain. But at least, mereka ada usaha untuk tingkatkan potensi masing-masing. Get ready ye. Saya sebut, kamu semua berikan tepukan sebagai tanda pemberian semangat kepada mereka, boleh? ".
" Bolehh... "
" Okey baik. Pertama, Muhd Hisyamudin. Peningkatan yang agak bagus. Daripada 3.05 meningkat kepada 3.53. Berikan tepukan ye semua "
Semua yang ada di dalam dewan memberikan tepukan semangat kepada nama yang disebut.
" Okey yang kedua, Nur.... ". Ibu menyebutkan beberapa nama yang menunjukkan peningkatan yang baik. Namun Elya tak terlalu memberikan fokus pada nama-nama yang disebut. Sehingga lah namanya sendiri terdengar.
" Seterusnya, Elyana Farhani. Peningkatan yang sangat bagus. Pointer Elya meingkat daripada 2.16 kepada 3.05. Berikan tepukan gemuruh. Tak lupa juga kepada pasangan kembarnya, meingkat daripada 3.06 kepada 3.67. Sangat bagus ya. Awak sangat berpotensi sebenarnya. Cuma memerlukan sedikit motivasi sahaja. Begitu juga dengan Eryz. Bagus ya. Awak menunjukkan peningkatan yang memuaskan guru-guru yang mengajar awak. Saya bangga dengan kamu. Berikan tepukan kepada semua nama yang disebut. Kalau kawan tu duk sebelah kamu, gosok belakang dia, cakap kat dia... Syabas, tahniah! Kamu dah lakukan yang terbaik! Lepasni, usaha lebih lagi! Kita sama-sama berjaya di masa hadapan! " - panjang betul ye kalau cikgu berucap. Ni author tak masukkan semua dialog setiap cikgu. Kalau tak, humm naya laaa.
Isma' yang duduk di sebelah kerusi Elya menggosok belakang Elya.
" Tahniah weii. Kau dah buat yang terbaik. Aku mintak maaf tau kalau aku banyak sakitkan hati kau. Banyak marah kat kau. Sebenarnya aku nak kau cepat serap apa yang aku ajar. Tapi aku pulak yang cepat panas... " - Isma'
Elya hanya tersenyum dan mengangguk. ' terima kasih sebab bertahan ajar aku walaupun kau terpaksa hadap semua tu '. Elya memalingkan mukanya dari Isma'. Mengambil beberapa saat untuknya kembali memandang 'gurunya' itu.
" Thanks ajar aku. Insyaa Allah aku akan usaha lebih lagi lepasni " - Elya.
" Okey. Aku tuntut janji kau. Jangan hampakan aku sebagai mentor kau " - Isma'.
" Tau Lya. Jangan hampakan Isma'. Penat dia ajar kau yang lembap susah nak faham tuh " - Melur. Memang suka cari masalah Melur ni.
" Amboii kau... " - Elya.
" Hahahaha " - Elyn, Eryz, Wani, Melur & Isma'.
" Aku tau laa otak aku bengap. Lambat pick-up. Tapi tak yah ar. Aku sedar laa aku sape " - Elya. Saja menyakat. Dia tahu Melur hanya bergurau. Elya sendiri dah tak terasa dengan kata-kata macam tu lagi. Kalau dengan kawan la.
![](https://img.wattpad.com/cover/224410812-288-k695107.jpg)
YOU ARE READING
Gelora Dunia Negatif
RandomElya mempunyai kembar dan anak saudara yang sama umur dengannya. Elya, Elyn & Eryz merupakan anak beranak yang selalu 'bertiga' apabila pergi ke mana-mana sejak sekolah rendah. Umur yang sama membuatkan mereka menjadi lebih akrab berbanding adik-ber...