GDN - 21

76 6 2
                                        

*Masih hari yang sama*

Keadaan asrama pada pagi hingga tengah hari itu sangatlah sepi. Bukan kerana ramai yang balik. Tapi sebab kebanyakkannya buat taik mata atas katil berdendangkan mimpi yang indah.

Elya mengambil peluang ini untuk duduk di balkoni blok. Dia memandang jauh ke luar asrama. Pokok yang menghijau tu sangat menenangkan hatinya. Elya menyeluk poket seluar track untuk mengambil phone dan earphone miliknya. Dia memakai earphone dan memasang lagu yang ada dalam playlist.

Kebanyakkannya lagu-lagu lama yang di download untuk menghilangkan bosan. Contohnya macam saat ini lah.

Kebetulan lagu yang terpasang merupakan lagu luluh oleh Khai Bahar.

Jika kau tak mampu memberiku senyum~
Usah kau hadirkan dengan kedukaan
Ooh biarlah~
Hidupku dengan caraku...

Airmata Elya jatuh tidak semena mena. Hatinya sakit bila teringatkan Qilah. Sememangnya lagu itu mengingat kan Elya pada Qilah.

" Ya Allah... Redhakan hatiku menerima takdir-Mu... Aku mohon ya Allah... Aku mohon... Aku tak kuat ya Allah... Berikan kebahagiaan kepada dia ya Allah. Aku nak tengok dia bahagia..." - dalam tangisan yang perlahan, Elya memanjatkan doa.

Elya mengesat airmatanya dan terus menukar lagu lain. Tidak mahu kesedihan berlarutan lagi. Elya melirik jam di tangan kanannya. Jam menunjukkkan sudah hampir pukul 12 tengah hari. Dia pun ambil keputusan untuk mandi dan bersiap untuk makan tengah hari.

********************************************

" Weh Eryz, Elya... Bangun. Nok gi turun make pulok " - Elyn.

Elya dan Eryz menggeliat. Macam macam ragam geliatnya tu.

' Eh... Aku mandi kan tadi? '. Hati Elya.
' Kejap... Aku rasa nak baring sekejap je tadi... Tak sangka sampai tertidur. Hahaha '. Sambungnya lagi dalam hati.

" Hurm... Jom la weh... Lapar " - Eryz.

" Jom "


Elya melihat ke arah katil Isma'. Tiada. ' Mana mak cik ni pegi? Tak nak makan ke? Huh pape je la. Baik aku buang jejauh perasaan ni. Aku still sayang Qilah, right?'. Elya saja memujuk hatinya supaya tak cepat jatuh hati pada Isma'. Takut kecewa mengundang.

Masuk saja ke dewan, mereka terus ambil pinggan dan beratur. Bahu Elyn ditepuk dari belakang. Elyn menoleh untuk melihat tuan empunya badan yang tetiba menepuknya tu.

" Hai korang ".

" Yow " - Elyn.

" Mana yang lain? "

" Tuuu " - Elyn dengan mulut yang memuncung menunjukkan arah Elya dan Eryz yang sedang ambil lauk sampai tak perasan kehadiran manusia yang menyapa Elyn.

" Owh... Aku nak join korang makan tau... "

" Okey je " - Elyn.

Tiba di meja makan...

" Dok leh aku kalu dengar lagu tu. Auto teringat Qilah. Dok move on lagi ni... " - Elya.

" Huh... Baik mung berakat nga kak Nah pado mung berakat nga yo... Tak dok function... " - Eryz. Ayatnya sedikit mengguris hati. Tapi siapa tahu niat Eryz? Mungkin Eryz hanya mahu Elya tidak terlalu memikirkan Qilah. Come on la. Dah pindah dah pun. Still fikirkan lagi kenapa? Kau bukan sampah Elya! Sedar la sikit Qilah tu tak nak kau...

' Huh fine! Aku nak move on la ni... Hadehh la author pun. I tried so hard but got so far, you know?! ' - Elya. Apa kau merepek ni Elya. Makan tu tak...

Gelora Dunia Negatif Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang