GDN - 25

77 4 2
                                        

Pagi itu terasa sepi. Memang la sepi, ramai pelajar yang balik. Di pagi Jumaat yang penuh barokah, Elya bangun daripada tidur untuk bersahur. Dia tengah puasa ganti. Hari cuti ni best la puasa. Tak banyak sangat berjalan.

Elya mencapai fon di sebelah bantal. Mencari nombor mak nya.

" Aikk... Peliknya. Mana hilang nombor mok aku ni? " - Elya.

Dia berfikir sejenak. Sedang dia berfikir, dia memandang wajah perempuan yang lena tidur di sebelahnya. Dia cuba mengingat kejadian semalam.

" Hummm... Aku rasa... Owh patutlaa " - Elya. Tiba-tiba teringat kisah semalam. Dia menawarkan henfon nya kepada Isma' dek kerana fon Isma' tak hidup. Isma' menukar simkad yang ada di dalam henfon tu.

Setelah mengingat kembali, Elya terus tukar balik sim nya. Bimbang kalau kalau mak nya ada menelefon untuk update pasal ayahnya.

Usai sahaja fon dihidupkan, Elya terdiam apabila terpapar di skrin telefon "43 missed call" daripada mak nya.

Dengan segera Elya menekan button "call back".

" Hello mok. Assalamualaikum " - Elya

" Hello, waalaikummussalam. Bakpo mok call, dok dapat? " - Mak Yah

" Owh... Sebelum tido tu ore tukar simkad nga Isma' sebab tepom dio dok idup. Dio kato nok call mok dio. Ore bagi je la... Ermm. Bakpo mok? " - Elya

" Takdok la... Mok nok bagitau jah. Ayoh takdok doh ni. Pukul 4 pagi tadi. Kalu mung raso nok balik, nok jenguk ayoh buat kali terakhir, balik lah neh.... " - Mak Yah. Terdengar suara menahan tangis di hujung kata.

" Mok letok dulu neh. Bagitau kembar tu. Assalamualaikum " - Mak Yah.

" ... A... Ayoh... Ay... Ayoh.... " - Elya. Terasa gugup bibirnya menyebut panggilan itu. Telefon di tangan terjatuh tanpa sengaja. Elya yang tadinya berdiri, kini jatuh berlutut. Airmata segera mengalir membasahi pipi walaupun bibir sudah tak mampu berkata-kata.

Elya merasa kesal kerana semalam dia tidak menukar semula simkad di telefonnya.

" Ya Allah.... Sakit ya Allah... Kenapa?... Kenapa sekarang ya Allah?... " - Elya seakan-akan menyalahkan takdir.

Dengan perasaan kesal dan gusar, Elya bangun, lalu terus keluar dari dorm Isma'. Dia menuju ke arah Elyn dan Eryz yang berada dekat dengan katil Melur.

" Siap cepat. Kita balik. Eryz, Elyn. Ayoh takdok doh... " - Elya. Dia sudah tak mampu menahan rasa. Suara nya serak kerana menahan sedih.

" Allahu rabbi.... Allah ... " - Eryz.

" Mung jange main-main Lya... Astaghfirullah... Allahu... " - Elyn.

" Mok call aku. Mok bagitau. Mung napok muko aku main-main ko? " - Elya.

Mata mereka bertiga tak mampu menahan air yang segera bergenang. Dalam penuh pasrah, mereka bersiap-siap untuk pulang.

" Hello... Aikk. Korang siap awal-awal ni nak gi mana? " - Aleesha

" Owh... Hmm. Kitorang nak balik " - Elya. Dengan wajah yang merah kerana menangis.

" Weyh... Why? Why korang nangis ni? Apa jadi? " - Aleesha

" Takde apa. Ayah kitorang dah takde. Pukul 4 pagi tadi... " - Elya.

" Innalillahiwainnailaihiroji'un. Takziah korang. Semoga korang kuat. Kuatkan semangat oke... " - Aleesha.

" Hmm... " - Elyn. Mereka bertiga hanya mengukir senyuman buat Aleesha.

Mereka bertiga berjalan ke arah rumah ketua warden. Mereka memberitahu alasan mereka untuk pulang.

" Innalillahiwainnailaihiroji'un " - ketua warden.

Gelora Dunia Negatif Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang