GDN - 9

118 10 1
                                    

Keadaan di kampung memang seronok. Kami tak duduk lama sangat pun kat kampung. Cuma dua minggu jer. Dalam masa dua minggu ni la perayaan anak beranak berjalan dari hari ke hari. Hari itu sepupu sebelah ayah yang datang. Hari ini sepupu sebelah mak pula. Lepastu dua pupu dan waris yang jauh-jauh pun datang. Bukannya tak diperkenalkan kepada aku siapa sepupu sepapat aku. Tapi aku ni haa pelupa tahap tua nak mampus. Setelah dua minggu berlalu, kami semua balik ke rumah.

**********************************

Pada keesokan hari, sekolah dibuka semula selepas cuti. Seperti biasa, selepas raya Aidil Fitri mesti la umat Islam sambut hari raya Aidil Adha atau raya Haji pula. Perancangan untuk perayaan Aidil Adha dibincang dalam rumah. Dekat mana nak sambut, berapa ekor lembu, kambing yang nak dikorbankan, dan siapa yang masuk dalam pembahagian binatang korban. Boleh dikatakan sibuk la. Memang sibuk gila.

" Rayo Haji tahun ni rayo kat kapung la dop. Kito gi duk kapung la pulok. Tukar angin gi duk sano. Puah doh hor duk bandar ni ". Ayah aku cakap pada mak.

" Yah ikut jah. Kalu abe raso nok gi duk kapung, Yah ikut. Kalu braso nok sambut rayo Haji tahun ni sini jah pun Yah ikut jah. Kamu kan ketua keluarga...". Kata mak yang diakhiri dengan nada gurauan mencuit hati.
Ayah senyum mendengarkan kata-kata mak. Dia lega kerana mak menerima ideanya untuk menetap di kampung. Namun, hanya ayah, mak, abang dan kakak aku je yang tahu masa ni. Aku, Elyn dan Eryz langsung tak tahu tentang ni. Apa yang kami tahu cuma beraya di sana. Bukannya menetap.

***********************************

" Kemah la baju. Sipe-sipe letok dale beg. 15 minit lagi kito gerok ". Ayah

Semua orang mengemas pakaian dan letakkan beg ke dalam kereta Viva ayah. Kereta Viva tu ayah beli pada tahun aku, Elyn dan Eryz baru masuk sekolah menengah.

" Cepat gak sikit nyipe tu. 5 minit lagi baki maso ni... ". Elyn berkata pada aku

" Eleh oyak kokre. Mung pun samo gok. Tuh baju dok letok dale beg lagi. Seluar duk atah rak lagi. Spender bowok ke dok ahu. Aku cumo tingga nok letok kasut dale supek, pahtu letok dale keto. Settle slaluh ". Aku membalas dengan menuding ke sana sini untuk tunjuk pada Elyn.

" Ehh...Aku siap doh nyipe. Tu hok dok seii bowok. Spender awal-awal lagi aku sumbak dale beg. Haaa ". Elyn.

" Ceh... ".

" Hahaha... ".

*********************************

Kami semua sampai di kampung lebih kurang pada jam 5 atau 6 petang. Layanan daripada bapa saudara sebelah ayah sangat okey kecuali Ayah Mad. Ayah Mad ni memang jenis yang suka cari pasal ke apa. Aku pun memang geram tahap gila babs la kalau dengar dia bercakap. Tak habis-habis nak sindir nak kutuk orang. Mentang-mentang la aku ni kecik lagi. Tak pandai nak menjawab mulut dia lagi. Bolehla kan main sedap mulut je bila bercakap tu. Takde insurans langsung.

Aku memang ada hajat nak melawan kata-kata dia tu. Tapi aku tak buat sebab mak ayah aku cakap tak baik. Biadap namanya. Aku apa lagi....Redho jer la.

Aku malas nak sebut nama si wayar terputus tu banyak sangat. Aku balik kampung ni bukannya nak tengok muka dia. Aku nak jumpa sepupu Aku.

*Skip*

Seminggu kemudian......

" Kemah derah sikit. Lepah Asar kito tolok kelik ". Ayah

Gelora Dunia Negatif Where stories live. Discover now