GDN - 20

70 8 0
                                        


********Beberapa minggu kemudian********

Harini merupakan hari cuti. Namun sebagai orang islam, ibadah merupakan kewajipan yang wajib ditunaikan walaupun sakit kerana kepercayaan dalam islam bahawa solat merupakan alat komunikasi antara manusia dan Pencipta alam ini. Ustaz Akmal sangat lah tegas dalam hal rohani seperti itu. Dia tidak akan membiarkan anak murid jagaannya meninggalkan solat kerana solat adalah kunci bagi kehidupan seorang mukmin.

Pagi itu jam 4.45, ustaz Akmal menjalankan tanggungjawabnya sebagai penjaga. Dia mengejutkan semua pelajarnya dengan menggunakan hon kereta manakala ustaz Kamarul menggunakan hon motor. Mereka mengeliling asrama lelaki dan perempuan bagi memastikan semua pelajar bangun dari tidur dan bersiap untuk solat Subuh.

Elya & Elyn yang sudah siap, terus menyarungkan telekung dan bersiap siap ke surau. Sebelum melangkah keluar, mereka mengejutkan Eryz terlebih dahulu sehingga Eryz bangun.

Setelah selesai solat Subuh, ustaz meminta untuk pelajar membaca Al-Ma'thurat. Kemudian disambung dengan selawat dan ceramah pagi. Itu saja cara ustaz supaya pelajarnya tak tidur selepas Subuh. Well, tak elok kan.

Langit dah mula cerah. Pelajar dibenarkan untuk balik ke bilik masing-masing. Elya, Elyn dan Eryz bingkas bangun untuk mencari selipar di luar surau.

Saat fokus mencari, seorang perempuan menyapa Elya.

" Hai " - perempuan tu

Elya menoleh ke belakang, kiri, dan kanan bagi memastikan dia tak tersalah menjawab sapaan orang. Malu beb kalau tersalah camtu.

Elya menunding jari telunjuk ke arah mukanya sendiri dan bertanya,
" Cakap ngan saya ke? " - Elya

" Yup " - perempuan tu

" Owh... Hai " - Elya

" Kita ni duduk sebilik, tapi tak pernah bertegur pun... " - perempuan tu.

" Owh ye eyh... Hehe sorry tak perasan pulak " - kata Elya sambil menggaru di belakang kepala yang tak gatal. ' Tak pernah pula aku perasan perempuan ni dalam bilik tu ' - kata hati Elya.

" Hmm... Takpe la. Jumpa nanti. Bye " - perempuan tu

" Haa oke oke... " - Elya. Lepas perempuan tu melangkah jauh ke depan, " Eh gapo namo yo? Dok ingat pulok nok tanyo tadi. Hmmm... Argh kot yo la. Lagipun duk sebilik jah " Elya sempat bermonolog. Dia menyarungkan seliparnya dan terus berjalan ke asrama.

********************************************

Malam itu di blok akademik, ramai pelajar yang berdaftar membuka khemah jualan. Hari cuti memang selalu ada pelajar yang membuka khemah untuk menjual.

Selepas solat Isyak, pelajar dibenarkan berada di blok akademik sehingga jam 11 malam. Elya, Elyn, & Eryz berjalan di lorong berjalan kaki sambil meninjau makanan di bawah khemah.

" Hai kak Elyn! ". Seorang perempuan menegur Elyn. Junior lagi, baru tingkatan 1.

" Eyh, hai " - Elyn.

" Mung kenal ko? " - Elya.

" Kenal. Minggu lepah aku kenal sek yo " - Elyn.

" Sek yo? " - Elya. Elya menoleh ke arah junior tadi dan buat 'owh'.

" Bengong la Lya ni... Lek lek doh hok tegur Elyn tu tadi bowok geng " - Eryz

Junior tadi berborak sekejap dengan Elyn sebelum masing-masing meminta diri. Elyn, Elya & Eryz sambung berjalan pergi ke meja kerusi di blok asrama. Mereka mahu lepak dahulu sebelum masuk bilik.

Gelora Dunia Negatif Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang