GDN - 16

70 8 1
                                    

Sejak tamatnya PT3, pelajar tingkatan sangat jarang berada di sekolah. Namun bagi pelajar asrama, ada beberapa minggu yang diwajibkan hadir ke sekolah bagi membantu cikgu-cikgu untuk menghiasi kawasan sekolah serta bersama-sama menjalankan gotong-royong.

Ini lah masanya Elya, Elyn dan Eryz mengambil peluang untuk berjumpa dengan ustazah Halimatul mengenai urusan kemasukan SBP pada tahun depan. Berdebar naww.

Tok! tok! tok! "Assalamualaikum ustazah...". Elyn memberikan salam kepada ustazah Halimatul bagi mewakili mereka bertiga.

"Waalaikumussalam... Haaa awok tiga orang... Mari sini" - ustazah Halimatul.

"Yer ustazah..." - mereka bertiga.

Kebetulan pula ada pengawas yang lalu bersama kak Syifa. Mereka mahu menghantar homework yang madam Aisyah minta. Selepas meletakkan homework yang dikumpul di atas meja madam, kak Syifa dan seorang kawannya sempat memandang ke arah Elya, Elyn dan Eryz. Mereka saling mempamerkan senyuman antara satu sama lain kemudian kak Syifa pergi meninggalkan kembar-kembi bersama ustazah.

"Fuhhh..." - getus hati Elya.

"Okey macam ni... Saya nak terangkan pada kamu bertiga tentang kemasukkan kamu bertiga di SBP tempat suami saya bekerja. Senang sikit nak pantau kamu sama ada belajar atau tak..." - ustazah Halimatul. Mendengarkan itu, mereka bertiga tersengih sambil menggaru belakang kepala yang tak gatal.

"Okey... Untuk makluman awak bertiga, saya dan suami saya sudah pun menguruskan hal-hal yang lain kecuali..." - sengaja ditekankan perkataan 'kecuali' supaya mereka bertiga memberi fokus.

"Haa kecuali emel kamu, nombor akaun bank kamu dan nama penjaga kamu bertiga. Duduk kat sini dapat biasiswa kan?" - ustazah Halimatul.

Elya, Elyn dan Eryz hanya mengangguk mendengarkan penerangan ustazah. Kadang menjawab pertanyaan ustazah yang ditanya.

"Saya yakin kalau kamu bertiga masuk ke sana nanti, biasiswa kamu dapat, duit poket dapat, duduk asrama, duit makan di asrama akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak pengurusan yang bertanggungjawab. Saya nak kamu bertiga buktikan... Buktikan yang kamu bertiga berhak dapatkan masa depan yang lebih baik. Saya dah tak nak dengar kamu bertiga ada isu lagi. Nak berhenti sekolah bagai. Kamu bertiga ni... Sangat berpotensi untuk pergi lebih jauh tau tak?" - panjang betul ustazah Halimatul bercakap ye.

"Aaa erm.... Hehehe... Tau ustazah" - Elyn.

"Okey... Sekarang ni, awok kena bagitau kepada mok ayoh awok yang saya nok mitok tolong penjaga awok bertiga untuk naik ke pejabat Daerah nanti bagi urusan pindah. Okey?" - ustazah Halimatul.

"Okey ustazah" - kembar-kembi.

"Baik la. Itu sahaja untuk hari ini. Awok boleh pergi sambung kerja awok" - ustazah Halimatul.

****************************************************

Tahun berikutnya....

Elya, Elyn dan Eryz mendaftarkan diri di sekolah seperti tahun sebelum ini bersama ayah. Masuk asrama macam biasa. Menjadi rutin harian bila duduk asrama, kena bangun awal pagi, solat, bersiap, breakfast, pergi ke sekolah, belajar, rehat, belajar lagi, balik asrama, solat, kelas Quran, solat, makan, riadah, makan, naik dorm, bersiap, solat, sembang, solat, prep, makan, kemas dan naik dorm untuk tidur. Macam tu la rutin Elya, Elyn dan Eryz selama 3 bulan pada tahun tersebut. (Masih di sekolah yang sama)

Hari pemilihan biro asrama telah pun tiba.

Ramai juga yang volunteer nak jadi biro. Aku dan kembar-kembi memang awal-awal lagi tak nak angkat tangan. Susah doo kena pikul tanggungjawab lak tu. Plus aku dan kembar-kembi memang akan pindah tak lama lagi.

Gelora Dunia Negatif Where stories live. Discover now