Kitorang dah pun naik form 2. Banyak benda berubah dalam hidup aku. Aku dah tak kejar lagi lelaki yang mulut cam longkang. Aku buat bodoh jer sebab Kak Nah pernah cakap yang diorang buat macam tu sebab diorang suka tengok kitorang marah. Lagi kitorang marah lagi menggila perangai hantu-hantu tu. Masa form 1, Eryz berhenti sekolah di pertengahan tahun. Dia stress dengan semua mulut puaka yan tak reti nak jaga hati orang dan tak reti nak hormat orang tua.
Masa hari pendaftaran sekolah, Eryz masuk sekolah semula. Tapi bukan sekolah yang sama. Sekolah lain di bandar yang sama (nama sekolah private).
Lepas lama dah tak buat hal, lelaki-lelaki yang mulut longkang ni start try untuk berkawan dengan kitorang. Eryz ni jenis yang go forward. Jadi dia tak ambil kesah apa yang dah berlalu. Elyn pun dah maafkan. Aku pulak tak ambil port pun.
Nak berkawan, datang. Taknak berkawan, pergi mampus ar. Kitorang tak kesah. Kalau kita selalu kesah dengan apa yang orang cakap, hidup kita takkan ke mana pun. Lebih baik buat tak tahu jer. Aku persetankan semuanya dan aku rasa lebih tenang.
Bila nak buat sesuatu keputusan, kitorang akan discuss. We exchanged our ideas. Bila ketiga-tiga bersetuju, kitorang buat. Walaupun kitorang dah sekolah di lain-lain tempat, kitorang masih sharing each other.
Suatu hari dalam kelas aku, cikgu Azharudin bagi tugasan secara berkumpulan. Kitorang kena bentangkan apa yang kitorang dapat kat depan kelas dan bukti yang kitorang mencari dan tak merapu mesti ditulis pada kertas majun.
Cikgu pilih ahli kumpulan. Dan kebetulan aku sekumpulan dengan Yati. Dalam satu kumpulan akan ada 3 atau 4 orang. Kumpulan aku ada 4 orang. " Haaa....bile nok settle hutang? ". Aku angkat kening sebelah tanda aku tak faham. " Dok ingat doh ke? You owe me one question...".
Omaigod. Dia masih ingat. Aku fikir setahun berlalu tu dia forgot about that. Tapi tak. Kuatnya memori dia.
" Ingat lagi mung pasal tu? ". Dia senyum dan kenyitkan mata. Aku ada juga rasa scary masa ni. Aku tunduk dan alih pandangan aku ke arah lain.
Jeena ajak untuk bincang nak buat task ni kat rumah siapa. Pada awalnya, diorang pilih rumah aku. Tapi aku bagi alasan yang rumah aku selau bising. Jadi, Jeena pun cakap.
" Kalu gitu, kite wak kat rumoh Yati. Setuju dok? ". Semua setuju.
Termasuklah aku. Kitorang pun fokus pada apa yang perlu untuk tugasan ni.
Jam menunjukkan angka 2.00 petang. Semua orang telah keluar dari kelas. Elyn sudah pun sampai depan pintu kelas aku.
" Masuk la dulu Lyn. Aku nok ngemah kelas meta. Ahad depey aku hok keno tugas ".
Elyn masuk dan duduk di kerusi yang hampir dengan pintu. Dalam 5 minit, aku dah settle bersihkan kelas.
" Haaa...jom ar balik. Aku keno gi rumoh Yati pulok kekgi. Ado task dari cikgu Azharudin ".
" Pasal gapo? ".
" Pasal Adab Bernegara. Sivik keii. Nok kutip band jah aku ni. Kalu ikutkeii meme malah nok gi rumoh Yati tu ".
" Ehh...bakpo? Mung ado maso aloh ko ngan Yati? "
" Tahun lepah yo ado tegur aku maso aku nengung dale kelas. Aku akat kening tando tanyo. Benanyo aku malah nok layeii. Yo kato pandangan aku tu pelik ".
" Gapo dio royak? ".
" Yo napok ado something inside mato aku..."
" Wowww...".
YOU ARE READING
Gelora Dunia Negatif
RandomElya mempunyai kembar dan anak saudara yang sama umur dengannya. Elya, Elyn & Eryz merupakan anak beranak yang selalu 'bertiga' apabila pergi ke mana-mana sejak sekolah rendah. Umur yang sama membuatkan mereka menjadi lebih akrab berbanding adik-ber...