GDN - 8

141 11 0
                                    

Bulan Ramadhan dah pun tiba. Aku suka bulan Ramadhan sebab dalam bulan ni kalau buat amal dapat 10× ganda pahala dari hari biasa.

Tahun memang tahun yang panjang bagi aku. Namun tahun itulah tahun yang ingin aku ulangi seandainya masa boleh diputar. Terlalu banyak benda yang aku sayang tapi terpaksa aku tinggalkan.

Setelah menjalani Ramadhan Al-Mubarak dengan jayanya walaupun adalah juga aku tinggal dua hari terakhir.
" Meh sini ayoh nok bagi duit rayo Sapo poso penuh akat tangeii!!! ". Dengan teruja ayah berkata untuk menaikkan semangat raya anak-anak. Ayah pun bagi duit raya untuk anak-anaknya. Anak yang berumur 11 tahun hingga 15 tahun dapat RM 5. Anak yang berumur 16 hingga 20 tahun dapat RM 10. Umur 21 ke atas dapat RM 50.

Selepas bergambar beberapa jam bersama keluarga, aku dan Elyn bersiap-siap untuk pergi ke rumah Kak Nah dan Kak Ayu. Tahun ni adalah tahun kedua kitorang melangkah kaki ke rumah tu.

" Assalamualaikum. Kami datang nak beraya! ". Anak saudara aku yang kecil ni beri salam. Umur dia baru 3 tahun masa tu. Rayyan namanya. Aku ketawa mendengar kata-kata Rayyan.

" Waalaikumussalam. Ehh...Kembar ni rupenye. Masuk lah, masuk masuk. Meh duk sini. Makang kuih minum air ni...". Kak Nah mesra sambut kitorang. Kitorang masuk dan duduk di sofa. Kak Nah sediakan kuih dan minuman untuk kitorang. Kak Ayu pula sibuk melayan kawannya yang datang. Aku dan Elyn hanya memerhati gerak geri mereka.
" Ceksu...Rayyan nok kecing laa...Tandas duk mano eh? ". Rayyan tiba-tiba bersuara setelah makan banyak kuih raya. Sedap sangat la tu. Homemade la katakan...
" Tandas...Alamak nok tandas pulok...Ermmm...Okey gini. Ermm Kak Nah... ".
" Yer Elya ".
" Anok sedare saye nok gune tandas. Boleh dok? ".
" Boleh...Meh sini kak Nah tunjuk tandas. Jom Rayyan...". Anak saudara aku ikut Kak Nah pergi tandas. Aku pulak macam orang bodoh. Duduk ajer atas sofa tu. Dah takde nak pergi ikut temankan sekali. Yang nak guna tandas tu anak saudara aku. Tapi aku relaks jer kat sofa macam la aku ni tuan rumah...
" Bakpo dok gi temeii Rayyan gi tandas? ". Elyn tanya aku.
" Mung la gi temey Rayyan. Baso aku gi. Kak Nah ado sekali tu. Namun kei dok kecek aku ".
" Eh dok seii aku. Dok pasal aku kaku nati yo soal ". Elyn menggelengkan kepalanya.
" Haa...Tahu pun. Gitu la aku pun. Lain kali kalu diri sediri dok leh nok handle, jange harap ore pulok ". Ceramah sikit aku kat Elyn.

Tak lama lepas tu Kak Nah dan Rayyan pun datang semula kat ruang tamu tu. Kak Nah kemudian masuk salah satu bilik dan keluar bersama kamera. Aku dan Elyn berpandangan satu sama lain.

Satu persatu tetamu yang bertandang ingin pulang ke beredar. Setiap orang yang bersalaman pasti akan diambil gambar. Aku dan Elyn memikirkan cara untuk mengelak daripada sesi ambil gambar tu.

Aku nampak Najjah datang bertandang ke rumah diorang. Kawan Kak Ayu la katakan.

" Ehh kembar ni pun ade sekali...Comelnye baju raye ". Najjah.

" Biase la. Adik akat memang la mari. Hmm mari la duk minum ". Kak Ayu.

" Ooo ". Najjah.

Aku dan Elyn berpandangan satu sama lain bila dengar perbualan tu. Dahi aku berkerut bersama soalan fi benak fikiran. ' Siyes la minah ni'. Aku tak jadi nak minum air masa tu. Tak lama lepas tu aku ajak Elyn dan Rayyan balik.

" Aihh...Jom ar Lyn. Balik ar, lewat doh ni. Nok gi rayo rumoh ore lain pulok ".

" Ermm. Jom ar. Lagi pun aku dok seleso tengok kamera tu ".

" Jom Rayyan. Gi rumoh ore lain pulok ".

" Yeayy!! ".

Kami menghampiri Kak Nah dan Kak Ayu. Kami meminta diri dan bersalam. Aku Elyn sengaja bersalam serentak dengan Kak Nah dan Kak Ayu. Masa aku salam dengan Kak Nah, Elyn salam dengan Kak Ayu. Masa Elyn salam Kak Nah, aku salam dengan Kak Ayu. Tapi Kak Nah memang pantas. Sempat lagi dia ambil kamera pastu curi-curi ambil gambar kitorang yang tengah bersalam. Masa tu aku duk salam ngan mak diorang. Arrr stress siot!

Najjah dan 'geng' dia bersorak...
" Ehh acah malu la tew. Orang tahu lake doh eh sek mung adik akat Kak Nah ".

Aku dan Elyn garu kepala masing-masing yang tak gatal tu. Saling berpandangan dan menjongket bahu. Kak Nah dan Kak Ayu hanya ketawa denga sopannya. Perempuan la katakan. Kalau aku yang ketawa, satu taman boleh dengar. Lepas salam apa semua, kami pulang. Dah malas nak pergi ke mana-mana. Nanti nak kena bersiap-siap untuk balik kampung pula. Beraya lagi kat sana.

Tapi hari ini seakan-akan memberi hint pada aku yang tahun ini merupakan tahun terakhir aku bersekelokah di sini. Kakak Kak Nah dan Kak Ayu merupakan kawan kepada kakak aku. Kak Uda dan Kak Ira adalah kawan sekelas. Tak la rapat.

" Gih...rumoh Pok Has. Lya, Lyn. Meh ar gi rayo. Boleh bowok moksu tek...". Kak Ira. Pak Has merupakan ayah Kak Nah, Kak Ayu dan juga Kak Uda.

" Ouh. Boleh jah. Dok bowok Natasha tek? ".

" Boleh gok nok bowok pon ".

Kami pun pergi ke rumah Pak Has lagi sekali. Kak Ira, Mak Su, Natasha, Elyn dan aku.

" Assalamualaikum!! ". Kak Ira beri salam

" Waalaikumussalam... Ehh Zira. Masuk la. Masuk. Elya dan Elyn pun? ". Kak Nah macam pandang pelik. Mana tak nya. Tadi dah datang, sekarang datang lagi. Mesti dia fikir ' kembar ni apa sebenarnya? ' memang sah-sah perempuan ni. Nasib baik sayang.

" Kak Ira ajok tadi..."

" Laa...Patut pun. Ingatkan ade barang tinggal ke nape... Duduk la dulu. Kak Nah gi wak air ".

Hampir dua jam kami berborak di rumah Pak Has. Aku menguis tangan Kak Ira dengan siku memberi peringatan bahawa kami kena balik. Jam sudah menunjukkan pukul 3.00 petang.

" Ermm...Takpe la gitu gak... Kite gerok dulu ar. Ade banyok kije kat rumoh nuh. Mari pon meta jah nok wak jalan Mok Su Dah jer " Kak Ira.

" Ouh...takpe la gitu gak. Tapi tunggu dulu. Nok ambik gambor mok sedare tu kejap. Nah...ambik kamera wak mari sini " Pak Has

" Okeyyy " Kak Nah

"Gambar lagi ko? " Aku bertanya kepada Elyn dalam nada berbisik.
Elyn hanya angkat bahu dan menjuihkan bibir.

Setelah sesi bergambar itu habis, kami terus balik dan bersiap-siap. Aku pergi mandi manakala Elyn pergi pack barang. Yang lain semua sudah siap. Tinggal hanya masuk kereta dan bertolak sahaja. Semasa bertolak tu memang riuh. Kami semua menyanyi sepanjang perjalanan.

Published: 25 Jan 2021
P/s : kalau suka, please vote ya!😉 Kalau nak la🌝

Gelora Dunia Negatif Where stories live. Discover now