"WE are so not having this conversation right now, Lieza!!..," ujar Teuku Erhan Daniel Budi dengan nada kasar tanpa menoleh kearah PAnya, dia merasa bengang bila setiap kali PAnya mengingatkannya tentang Lasindah. Setiap kali nama Lasindah disebut darahnya akan menyirap. Maka dia benar-benar tidak mengerti mengapa Lieza masih mahu menaikkan kemarahannya walaupun dia sudah pesan berkali-kali kepadanya.
Erhan memandang wajah Lieza tepat, dia sedar dan tahu ia bukan salah Lieza. PAnya itu hanya menjalankan tugas mengingatkan dirinya mengenai pesanan dari mamanya.
Namun Erhan tidak pernah ambil peduli. Dia tidak suka akan rencana mamanya untuk menemukan dia dengan Lasindah. Nama Lasindah sudah dipadam dan lenyap dari kamus hidupnya.
Lieza terkedu bila di herdik oleh majikannya. Dia tahu Erhan tidak suka bila setiap kali dia menyebut nama wanita itu. Dia tahu sangat Erhan terlalu benci pada nama itu. Namun, dia tidak punya pilihan dan terpaksa menyampaikan pesanan kepada Erhan seperti disuruh. Sebagai pembantu peribadi Erhan dan secara tidak langsung juga PA kepada Gusti Ayu Indahputri. Lieza juga terpaksa akur kepada perintah Gusti Ayu Indahputri.
"I can't believe it..she still wants me to meet her!! Does she know how that woman behave!!," marah Erhan wajahnya kelihatan merah padam menahan marah.
Pening setiap kali mamanya menyebut nama yang di bencinya itu selalu. Tidak kah mamanya mengerti dia tidak mahu punya apa-apa hubungan langsung dengan wanita itu.
"Sorry sir, I'm just doing my job," jawab Lieza terkedu bila di herdik begitu.
Setelah dia menyampaikan pesanan dari Gusti Ayu dan terima habuan dari Erhan, dia melangkah perlahan menuju kearah pintu. Dia tidak mahu menitiskan airmata di hadapan Erhan jika dia berada lebih lama di pejabat Erhan.
Erhan merasa kesal dengan perbuataannya dengan memarahi Lieza. Dia tidak sepatutnya melepaskan kemarahannya kepada Lieza. Dia sepatutnya menerangkan kepada mamanya mengenai Lasindah dan mengapa dia tidak mahu mamanya mengaitkan dia dengan Lasindah lagi.
"Lieza.., I'm sorry for yelling at you, I'm having a bad day today, I'm truly sorry," ujar Erhan perlahan dengan wajah bersalah.
Lieza berhenti melangkah lalu menoleh ke arah majikannya. Dia tidak menjawab hanya menganggukkan kepalanya tanda faham. Walaupun dia hampir sahaja mahu menitiskan air mata bila di herdik Erhan tadi. Namun dia cuba kuatkan hatinya agar tidak menangis di hadapan Erhan. Dia tahu majikannya, Erhan baik orangnya. Cuma Erhan seorang lelaki yang panas baran dan garang, bila sesuatu yang dia tidak disukai diingat-ingatkan selalu dia mudah marah.
"Err...Lieza, you sudah postkan surat yang I serahkan pada you semalam??," ujar Erhan dengan suara lembut lalu memandang wajah Lieza seolah-olah dia sudah lupa bahawa dia marahkan Lieza sebentar tadi kerana intonasi suaranya sudah berbalik kepada lembut semula.
Begitulah mood majikannya Erhan. Hot and cold.
"Sudah Encik Erhan," jawab Lieza lalu menganggukkan kepalanya perlahan.
"Terima kasih Lieza," jawab Erhan lalu membuahkan senyuman kepada Lieza.
****
Aku menuruni anak tangga menuju kearah ruang tamu. Rumah kelihatan sunyi sepi tanpa teman serumah juga merangkap teman baik aku Salena. Itulah Salena mengajak aku pergi company retreat di Genting Highlands, aku tak hendak. Sebab aku tidak berapa suka Genting. Sekarang rasa bosan sendiri. Boring to the max!!
"Arrgghhh...so much of having fun..!!," keluhku lalu menghempas punggungku di atas sofa empuk berwarna putih. Bosan kerana tidak tahu hendak buat apa.
YOU ARE READING
Sayang Apa Khabar Denganmu! (Completed)
RomanceMarsha Insyirah seorang journalist di majalah hiburan tidak suka di tugaskan dalam segment fashion kerana cita-citanya mahu menulis segment yang lebih serious lebih kepada biografi seseorang yang terkenal. Marsha merasa teruja bila dia di beri tugas...