SEPANJANG perjalanan pulang ke rumah aku tersenyum sendiri bila mengingati perbualan aku dengan Eddy tadi. Lama juga aku berbual dengannya sementara menunggu Salena habis kerja. And surprisingly Eddy is a good company. Aku tidak sangka he is such a nice and warm person. Tidak seperti lelaki yang aku kenal dahulu yang sombong. Dia bukan sahaja mendengar semua cerita mengarut aku tentang Erhan malah dia memberi aku nasihat agar aku mengaturkan pertemuan untuk bertemu dengan Erhan sekali lagi dan memberi Erhan peluang kedua untuk membetulkan keadaan. Dan dia juga kata, Erhan tidak akan kisah lagi jika si pengirimnya itu adalah Lasindah ataupun tidak kerana Eddy mengatakan Erhan juga suka pada penyamar Lasindah melalui surat yang di kirim kepada Marsha.
"I don't know if Erhan can accept the fact that the lady who written the letters not really Lasindah," jawabku lalu meneguk teh perlahan.
Mungkin Erhan mendapat tahu bahawa penulis surat itu bukan Lasindah di saat akhir maka dia tidak mahu bertemu dengan aku pada malam itu kerana merasa dirinya tertipu.
"How do you know??," tanya Eddy lalu menoleh kearah Marsha.
"I have a feeling Erhan tahu I'm not Lasindah, that is why dia tak nak jumpa I malam itu," jawab ku lalu memeluk tubuh yakin Erhan tahu bahawa aku bukan Lasindah maka dia mengambil keputusan untuk tidak mahu bertemu dengan aku.
"Stop guessing..and think positive," jawab Eddy bila Marsha memikirkan bermacam-macam alasan kenapa Erhan tidak mahu bertemu dengannya.
"Easy for you to say..you tak pernah get caught in this kind of situation!," jawabku perlahan.
"Truth..I tak pernah alami but why burden your mind with all the negative thoughts..you tak tahu sebab kenapa Erhan tak dapat bertemu dengan you malam itu..so stop making wild guess," ujar Eddy lalu menoleh ke arah Marsha.
Aku tersenyum lagi dan mengakui bahawa apa yang dikatakan Eddy tadi ada kebenaran juga. Kenapa aku hendak membebankan fikiran aku memikirkan perkara-perkara yang negative? Jika Erhan tidak sudi bertemu dengan aku. Dia tidak akan sanggup datang menghantar surat itu sendiri pada malam itu dan meminta agar aku memberi dia peluang kedua kali. Ye tak?
Salena menoleh kearah Marsha yang tersenyum-senyum sendiri sedari tadi sejak balik dari bertemu doctor. Sebaik sahaja tugasnya selesai. Dia terus ke staff lounge R&R menjemput Marsha yang sedang berehat di sana. Dia fikir Marsha hanya bermain-main bila dia mengatakan dia tidak sihat tadi sehinggalah temannya itu pitam dan jatuh pengsan. Nasib baiklah Eddy ada dan membantunya ketika itu. Kalau tidak hendak sahaja dia menghubungi ambulans tadi.
"Hmm..kata tak sukakan dia..tapi aku tengok kau asyik tersenyum-senyum dari tadi," usik Salena.
Dia percaya Marsha teringatkan Eddy kerana semasa dia ke lounge untuk menjemput Marsha. Marsha sudah sedar dari pengsan dan kelihatan sedang berbual mesra dengan Eddy.
"Tak suka siapa??," jawabku acuh tak acuh lalu membetulkan kedudukanku merasa tidak selesa bila Salena menyindirku.
"Eddy," ujar Salena ringkas lalu memberhentikan keretanya bila lampu bertukar merah.
"Bila pulak aku suka Eddy..," ujarku menafikan andaian Salena bahawa aku teringatkan perbualan aku dengan Eddy siang tadi. Oh gosh! I'm starting to like Eddy. This can't be happening! No Marsha No!
"Yelah tu..aku tengok kau bukan main selesa dengan dia tadi, dah jadi teman tapi mesra," usik Salena lagi.
Sekejap sahaja Marsha sudah menukar fikiran. Dahulu bukan main tak suka pada Eddy. Katanya Eddy seorang lelaki yang attractive tapi rotten attitude. Tapi sekarang dah lain. Dari body language Marsha, Salena tahu bahawa Marsha mula tertarik pada Eddy.
"Kau jeles ke?," tanyaku lalu menoleh kearah Salena.
"Eh jeles lah jugak..bukan ke kau dulu kata tak minat langsung pada Eddy..sekarang kenapa lain pulak,"
"Pernah dengar istilah 'tak kenal maka tak cinta'..dulu aku tak suka dia sebab aku tak kenal dia..so sekarang bila aku dah kenal baru aku tahu he's actually a nice person," jawabku tersenyum lagi.
"Oh so sekarang dah kenal hati budi dia lah ni? Itu yang kau senyum-senyum dari tadi..tapi sebelum kau berangan sampai kat jula juli bintang tujuh tu..aku nak ingatkan kat kau yang Eddy tu dah ada 'family'," tegur Salena mengingatkan Marsha akan status Eddy.
Dia bukan jeles kerana Marsha rapat dengan Eddy tapi dia tidak mahu Marsha lupa bahawa Eddy tidak available.
"Aku tahu..aku tak terfikir hendak merosakkan rumahtangga dia pun..lagipun kami cuma berkawan sahaja dan Eddy tak ada pun tunjuk yang dia minat kat aku, aku berbual dengan dia tadi pun sebab dia tanya tentang date aku dengan Erhan tempoh hari..," terangku panjang lebar. Aku tahu kedudukan aku. Salena tidak perlu risau kerana aku dan Eddy hanya kawan biasa dan tidak lebih dari itu.
"Kau berbual dengan dia pasal Erhan?? Macamana nama Erhan boleh terkeluar pulak?," tanya Salena berminat ingin tahu. Bagaimana topic perbualan mereka boleh sampai kepada Erhan?
"Dia yang mulakan dulu..dia tanya tentang date aku dengan Erhan tempoh hari, so aku ceritakan kat dia A-Z dari macamana aku boleh kenal dengan Erhan, itu yang berbual panjang tadi," terangku.
"Kau cerita kat Eddy tentang Erhan??? From A-Z?? Kau biar betul!,"
"Kenapa??," tanyaku bila Salena kelihatan terperanjat bila aku mengatakan bahawa aku menceritakan tentang Erhan kepada Eddy. Apa salah ke aku buat begitu. Bukan Eddy kenal dengan Erhan pun. Aku rasa tak salah.
"Buatnya Eddy kenal dengan Erhan? Tak ke naya kau di buatnya kalau dia beritahu Erhan tentang kau,"
"Isskkk aku tak rasa lah dia kenal Erhan,"
"Ok maybe dia tak kenal Erhan..or maybe dia ingat kau perempuan mental sebab angau dengan Erhan dan sanggup menyamar diri sebagai kekasih Erhan,"
"Kalau kau Eddy..kau rasa aku perempuan mental ke?," tanyaku bila Salena membuat andaian sedemikian.
"Ah yah!!..tapi disebabkan aku ni teman baik kau dan aku dah kenal sangat dengan perangai kau..aku tak fikir macam tu..tapi kalau Eddy yang tak berapa kenal kau sangat akan fikir kau pesakit mental,"
"Ah lantaklah..biar dia ingat aku perempuan sakit mental..aku tak kisah apa yang dia nak fikir tentang diri aku pun..cuma aku hendak berterima kasih pada dia sebab dia telah memberi aku inspirasi untuk meneruskan hubungan dengan Erhan,"
"Erhan lagi.., tak apalah sekurang-kurangnya kita tahu yang Erhan tu belum berkahwin dan tidak berkeluarga," ujar Salena lalu membelokkan keretanya masuk ke dalam pengkarangan rumah dan mematikan enjin.
"So esok tak kerja..ni lepas mandi solat semua terus tidur jangan nak mengadap surat Erhan atau gatal tangan hendak tulis surat pada Erhan pulak..ingat pesan doctor tadi banyakkan berehat," bebel Salena lalu menanggalkan tali pinggang keledarnya. Dia mencapai bag tangannya di tempat duduk penumpang di belakang.
"Kau macam tau aje apa aku nak buat," ujarku lalu tersengih bila apa yang dikatakan Salena tadi memang aku hendak buat maksud aku bukan lepas solat tidur. Tapi hendak baca semula surat Erhan yang aku terima tempoh hari dan aku bercadang hendak membalas suratnya.
Terasa rindu pula aku pada Erhan. Walaupun aku tidak tahu bagaimana rupa Erhan aku dapat merasakan bahawa dia seakan dekat dengan aku. Siapa tahu mungkin sebelum ini kami pernah bertembung atau berselisih bahu cuma kami tidak mengenali di antara satu dengan lain.
YOU ARE READING
Sayang Apa Khabar Denganmu! (Completed)
RomanceMarsha Insyirah seorang journalist di majalah hiburan tidak suka di tugaskan dalam segment fashion kerana cita-citanya mahu menulis segment yang lebih serious lebih kepada biografi seseorang yang terkenal. Marsha merasa teruja bila dia di beri tugas...