Part 38

54 6 9
                                    


AKU melabuhkan punggung di atas sofa tidak jauh dari tempat aku dan Eddy selalu duduk bila setiap kali aku berada di R&R Bistro.



Sofa itu tidak di huni sesiapa pun, akan tetapi di atas meja tersebut terletak tanda reserved. Aku merasa hairan kerana selama ini, meja itu tidak pernah di reserved sesiapa dan kenapa meja itu di reserved? Sedangkan terdapat beberapa meja yang kelihatan kosong kerana waktu-waktu begini dan hari biasa jarang penuh.


"Cik Marsha, kenapa tak duduk tempat biasa?," tegur Elena bila dilihatnya Marsha regular customernya duduk di sofa lain dan tidak duduk di tempat biasa.



"Meja tu dah direserved.., tak apalah mana-mana duduk pun sama..tak ada bezanya," jawabku lalu tersenyum.


Aku menanggalkan scraf yang aku ikat di leherku lalu memasukkannya ke dalam bag. Entah apa mimpi hari ini aku hendak berscraf bagai. Feeling-feeling Audrey Hepburn pulak.


"Meja tu ada orang reserved untuk cik Marsha dengan Mr. Eddy sebab tu kita letak tanda reserved," jawab Elena.


"Ada orang reserved untuk kita??? Siapa??," ujarku terperanjat bila mengetahui bahawa meja itu di reserved untuk kami. Huh?


"Entah! Saya pun tak tahu Cik Marsha," jawab Elena lalu berjalan pergi.


Oh ok! Ah mesti Eddy yang reserved..siapa lagi kalau bukan dia? Bukankah Eddy regular customer R&R. Sebut tentang Eddy mana pula mamat ni? Tak nampak batang hidungnya sedari tadi? Hai rindu pula aku dengan si Eddy ni? Kalau dahulu aku ke R&R sebab aku suka lepak baca novel dan santai-santai di sini. Tapi sejak akhir-akhir ni aku ke R&R sebab hendak bertemu dengan Eddy.


Sedang aku leka membaca novel Sophie Kinsella. Tiba-tiba aku di kejutkan kehadiran seseorang menghidangkan Iced Hazelnut Latte dan Chicago cheese cake, sedangkan aku belum membuat pesanan lagi.


"Eh Elena..I belum order lagi? Siapa yang order ni?," tanyaku pelik kerana diterima minuman kegemaran aku minus cheese cake sebab aku tidak pernah memesannya sebelum ini. Pasti Elena tersilap menghantar pesanan.


"I yang orderkan untuk you...," tegur seseorang membuatkan kami berdua tersentak terperanjat.


"Oh you..thanks Eddy..ingatkan secret admirer mana yang orderkan minuman kegemaran I tadi," ujarku lalu tersenyum meleret bila mengetahui Eddy yang memesankan air untuk aku. Ala sweetnya mamat ni!


Eddy tidak menjawab malah tersenyum bila Marsha berkata demikian. Dia duduk di sofa kosong di hadapan Marsha.


Hari ini dia tidak membawa sebarang buku. Dan Eddy kelihatan lain sangat hari ini, kerana dia kelihatan segak mengenakan jaket hitam dan bertie. Seperti orang baru pulang dari meeting atau conference.

Sayang Apa Khabar Denganmu! (Completed) Where stories live. Discover now