GUSTI Ayu tersenyum puas merasa berbangga dengan kejayaan anaknya Erhan. Cita-cita Erhan untuk membuka toko buku dan Bistro tercapai juga akhirnya. Tidak sia-sia anaknya menetap di Malaysia. Erhan memang meminati bidang bisnes. Namun bisnes pilihan tidak sama seperti ayahnya yang gemar bisnes perkapalan dan resort.
Sejak dia dan suaminya berpisah. Erhan di besarkannya manakala anak sulungnya di besarkan oleh bekas suaminya. Erhan berkeras tidak mahu mengikut ayahnya dan hanya mahu tinggal bersama dengannya. Erhan boleh di katakan anak yang keras kepala dan disebabkan kedegilannya maka ayahnya mencabar Erhan untuk berdikari sendiri. Nah ternyata Erhan membuktikan kepada ayahnya bahawa dia bisa berdikari dan membuka bisnes sendiri tanpa pertolongan ayahnya.
Ternyata Erhan tidak mengharapkan harta kekayaan ayahnya dan bisa mengumpul harta sendiri. Dia tahu Erhan seorang anak yang akan kotakan apa yang dia impikan. Dia kenal benar pada anak terunanya itu.
Setibanya dia di bangunan kedai buku Erhan. Dia terus jatuh hati dengan konsepnya dan langsung tidak bertemu dengan Erhan malah leka membelek buku-buku yang terdapat di kedai anaknya.
Hampir setengah hari dia berlegar-legar di kedai buku anaknya dari satu lantai ke satu lantai. Dia dan Erhan amat gemar membaca buku. Malah Erhan mengikut jejaknya yang suka membaca sejak dia lagi kecil, manakala ayahnya Erhan pula gemarkan makanan gourmet dan Erhan mengikut selera ayahnya yang gemarkan makanan gourmet.
"Ibu Ayu..sudah ke Bistro di lantai atas?? Mas Erhan lagi menunggu ibu Ayu..," tegur Lieza bila ibu majikannya sedang leka membaca salah sebuah buku fiction karya Stephen King.
Sejak tiba di kedainya sehingga sekarang, ibu majikannya tidak datang menjenguk bossnya. Merata juga dia mencari ibu majikannya kerana kedai buku R&R besar dan mempunyai 3 lantai, ini tidak termasuk Bistro R&R jadi kesemuanya 4 lantai. Bila Erhan meminta dia mencari ibunya jenuh juga dia hendak mencarinya.
"Eh Lieza??..Apa khabar kamu?..Lama kita tidak ketemu ya..," jawab Gusti Ayu tersenyum ramah bila pembantu Erhan menegurnya.
"Alhamdullilah baik aja Ibu Ayu..ngapa Ibu Ayu tidak terus ketemu dengan Mas Erhan..dia mencari ibu terus dari tadi, saya yang jadi mangsa teriaknya!," ujar Lieza lalu tersenyum.
Dia tahu majikannya tidak sabar untuk bertemu dengan ibunya kerana sudah hampir 6 bulan dia tidak bertemu.
"Anak saya masih suka teriak-teriak ya Lieza?? Kasihan kamu Lieza..iya saya ketemu sama dia..kamu bilang sama dia, saya ketemu di Bistro jam 4.00 nanti!," ujar Gusti Ayu lalu menjeling kearah jam di pergelangan tangannya. Dia masih mahu mencari buku yang dia ingin baca.
"Ok..saya akan beritahu Mas Erhan," jawab Lieza lalu meninggalkan Gusti Ayu sendirian. Lieza menuju kearah tangga spiral yang menyambungkan tingkat 3 ke tingkat 4 Bistro R&R untuk memberitahu majikannya.
*****
Aku menolak pintu kaca kedai buku baru yang dibuka dan dekornya berkelas instagram-worthy. Apa taknya dekornya superb dan artistic. Aku teringin sangat hendak pergi tempoh hari namun belum berkesempatan. Sudah sebulan usia kedai buku itu, baru kini aku dapat menjejakkan kaki masuk ke dalamnya.
Wah so cool!! Bestnya ala Borders! It's gonna be my latest hangout place!! Aku tersenyum sendiri. Tempat ini akan menjadi tempat aku lepak selalu.
YOU ARE READING
Sayang Apa Khabar Denganmu! (Completed)
RomantikMarsha Insyirah seorang journalist di majalah hiburan tidak suka di tugaskan dalam segment fashion kerana cita-citanya mahu menulis segment yang lebih serious lebih kepada biografi seseorang yang terkenal. Marsha merasa teruja bila dia di beri tugas...